YangSaya Nampak

Posts Tagged ‘george lagong’

ADUN Bebas Pelagus George Lagong sertai SWP

In Politik, Sarawak on May 18, 2012 at 4:29 pm

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus George Lagong mengesahkan telah menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan tidak lagi memegang status wakil rakyat Bebas.

Beliau membuat pengumuman itu ketika membahaskan usul ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Dipertua Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Khamis.

“Saya berdoa dengan harapan bahawa saya tidak lagi bersendirian di Dewan yang mulia ini pada masa terdekat ini,” katanya dipetik menerusi Bernama.

Pengumuman itu mengakhiri spekulasi selama beberapa minggu yang mengaitkan beliau dengan SWP yang diterajui oleh saudaranya yang juga ahli politik veteran Datuk Sng Chee Hua.

SWP diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan pada April lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri 2011, George, yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Pelagus, menewaskan calon Barisan Nasional Stanley Nyitar dan calon PKR Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2837 undi.

Advertisements