YangSaya Nampak

Archive for the ‘Barisan Nasional’ Category

PRU 13: Senarai nama calon BN Sarawak.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik on April 16, 2013 at 9:18 pm

Barisan Nasional (BN) Sarawak mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 di Kuching, petang tadi.

Berikut ialah senarainya :-

1) mas gading – nogeh gumbek (muka baru) (spdp)

2) santubong – datuk wan junaidi tuanku jaafar (penyandang) (pbb)

3) petra jaya – datuk fadillah yusof (penyandang) (pbb)

4) bandar kuching – tan kai (muka baru) (supp)

5) stampin – datuk yong khoon seng (penyandang) (supp)

6) kota samarahan – rabiah Wang (muka baru) (pbb)

7) mambong – datuk seri dr james dawos mamit (penyandang) (pbb)

8) serian – datuk richard riot (penyandang) (supp)

9) batang sadong – nancy shukri (penyandang) (pbb)

10) batang lupar – datuk rohani abdul karim (penyandang) (pbb)

11) sri aman – masir kujat (penyandang) (prs)

12) lubok antu – william nyalau badak (penyandang) (prs)

13) betong – dato sri douglas uggah embas (penyandang) (pbb)

14) saratok – tan sri william mawan ikom (juga adun pakan) (spdp)

15) tanjung manis – datuk norah abdul rahman (penyandang) (pbb)

16) igan – datuk wahab dollah (penyandang) (pbb)

17) sarikei – ding kuong hiing (penyandang) (supp)

18) julau – datuk joseph salang gandum (penyandang) (prs)

19) kanowit – datuk aaron ago dagang (penyandang) (prs)

20) lanang – datuk tiong thai king (penyandang) (supp)

21) sibu – temenggung vincent lau (muka baru) (supp)

22) mukah – dato sri dr muhammad leo michael toyad (penyandang) (pbb)

23) selangau – datuk joseph entulu belaun (penyandang) (prs)

24) kapit – datuk alexander nanta linggi (penyandang) (pbb)

25) hulu rajang – ugak kumbong (penyandang) (prs)

26) bintulu – datuk tiong king sing (penyandang) (spdp)

27) sibuti – ahmad lai bujang (penyandang) (pbb)

28) miri – datuk sebastian ting (muka baru) (supp)

29) baram – anyi ngau (muka baru) (spdp)

30) limbang – hasbi habibollah (penyandang) (pbb)

31) lawas – henry sum agong (penyandang) (pbb)

pecahan kerusi mengikut parti:-

PBB (14)
SUPP (7)
PRS (6)
SPDP (4)

Advertisements

Bajet 2013 – memang bajet pilihan raya dan apa salahnya …..

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik on September 29, 2012 at 10:56 pm

PRESIDEN Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing menyifatkan Belanjawan 2013 yang diben­tangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai belanjawan pilihan raya.Walaupun dikaitkan dengan cubaan menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menurutnya, pem­bangunan menyeluruh tidak diketepikan.

“Ini memang bajet pilihan raya tetapi dengan tang­gungjawab dan tumpuan yang betul,” katanya yang diminta mengulas tentang Belanjawan 2013 dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata lagi bukti pembangunan menye­luruh ialah apabila kera­jaan berusaha meningkatkan pelaburan terus asing (FDI) bagi merancakkan pertum­buhan ekonomi.

Pada masa yang sama fokus terhadap pembangunan indus­tri kecil, sederhana dan besar tidak diketepikan. Ia juga fokus terhadap kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Peruntukan RM3 bilion untuk BR1M, RM100 kepada pelajar dan bonus kepada kakitangan awam merupakan petunjuk ke arah PRU13,” katanya.

Sementara itu, Ketua Se­tiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata Be­lanjawan 2013 agak seimbang antara perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Jelasnya, ini membuktikan kerajaan berhemah dalam pengurusan kewangan negara, malah ia menggambarkan belanjawan yang prihatin serta realistik terhadap kesejahter­aan rakyat.

“Falsafah serta prinsip bajet ini mendukung usaha transformasi yang rancak di­usahakan oleh kerajaan.

“Sebagai warga negeri Sarawak adalah menjadi hara­pan saya supaya keperluan di Sarawak akan mendapat tem­pias sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom menyifatkannya sebagai satu belanjawan seimbang dan mesra rakyat serta fokus kepada kesejahteraan rakyat bandar dan luar bandar.

Menurutnya, belanjawan kali ini meliputi semua rakyat dari pelbagai peringkat bermu­la daripada golongan nelayan, petani dan sebagainya.

“Program bantuan seperti BRIM, pembayaran bonus dan bantuan khas untuk sekolah amat bertepatan dan ia sejajar dengan slogan kita, Rakyat Didahulukan Pencapaian Di­utamakan.

“Apatah lagi program-pro­gram bantuan seperti ini amat diperlukan untuk menyahut wawasan 2020 negara,” katanya.

Sumber:- Utusan Borneo Online.

PRU-13: BN Sarawak kekal gabung muka lama, baru: Taib

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak, Sosial on May 7, 2012 at 6:27 pm

BARISAN NASIONAL (BN) Sarawak akan tetap berpegang kepada strategi yang telah terbukti kejayaannya iaitu dengan meletakkan calon muka lama dan baharu atau penyandang bagi sesuatu kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, muka lama atau penyandang diperlukan kerana mereka berpengalaman dan telah diuji walaupun mereka mungkin kurang aktif.

“Kita perlu muka baharu supaya kita dapat melatih mereka dengan pengalaman kita untuk menjadi pemimpin masa depan. Yang baru juga lebih aktif,” katanya pada sesi bertemu orang ramai di Oya dekat Mukah, pada Isnin.

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata parti beliau akan meletakkan satu atau dua muka baharu pada pilihan raya akan datang.

“Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN untuk membuat keputusan dan menyokongnya.

“Sudah pasti kita masih memerlukan pemimpin muda yang mahu melihat Sarawak dan negara ini kekal teguh, stabil, bersatu dan progresif,” katanya.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan 14 daripadanya dipegang oleh PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (tujuh), enam oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan empat dipegang Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Taib berkata pada pilihan raya negeri lepas, PBB juga meletakkan 10 muka baharu manakala enam daripada 14 Ahli Parlimennya merupakan mereka yang pernah berkhidmat satu penggal.

Beliau juga berkata tiga anggota wanitanya merupakan Ahli Parlimen dan ada kemungkinan mereka akan meletakkan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya pada masa depan. – BERNAMA.

Kerjasama SUPP dan MCA untuk raih kejayaan pilihan raya umum.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak, SUPP on May 6, 2012 at 11:00 pm

SUPP meluaskan kerjasama dengan MCA untuk meningkatkan peluang mereka mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk Seri Peter Chin.

Beliau berkata kepimpinan pelbagai peringkat kedua-dua parti itu juga akan meningkatkan komunikasi dan perkongsian maklumat sesama mereka dalam menghadapi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS pada pilihan raya itu.

“MCA mempunyai pengalaman dan kekuatan tersendiri. Kami akan lihat bagaimana kami boleh saling membantu, terutama pada pilihan raya akan datang. Sebelum ini, kerjasama yang dijalin begitu minima, tapi sekarang, ia akan ditingkatkan,” katanya kepada Bernama.

Chin berkata demikian bagi mengulas perjumpaan antara barisan kepimpinan tertinggi SUPP yang beliau ketuai dengan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Kuching pada Khamis.

Bagi memenuhi undangan SUPP, Dr Chua berkunjung ke Sarawak di mana berlangsungnya perbincangan antara kepimpinan kedua-dua parti tentang langkah untuk mengukuhkan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional.

MCA bertanding di kawasan majoriti kaum Cina dan kawasan bandar di Semenanjung Malaysia, manakala SUPP, sebuah parti pelbagai kaum dari Sarawak, memberi tumpuan terhadap kerusi di kawasan bandar dan kawasan bumiputera di negeri itu.

### Semoga SUPP dan MCA mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum kelak.

Projek kecil tetapi impak besar kepada rakyat.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak, Sukan on April 30, 2012 at 10:19 am

MESKIPUN projek itu kecil dan bersifat tempatan di mata sesetengah pihak yang tidak berkaitan, sebenarnya ia adalah sebaliknya bagi mereka yang berkenaan.

Misalnya yang berlaku di Telaga Air, sebuah kampung tidak jauh dari Bandar Raya Kuching.

Berikut ialah kegembiraan seorang penduduk di Telaga Air apabila wakil rakyat daripada Barisan Nasional membantu membina titi, seperti dilaporkan Borneo Post Online.

Perasaan gembira jelas terpancar di wajah Abu Musa apabila jalan titi daif menuju ke rumahnya diganti semula dengan yang lebih kukuh.

Pembinaan jalan itu dilakukan secara gotong-royong dengan dianjurkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Program tersebut turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), RELA Telaga Air, SABERKAS dan Sukarelawan Al-Falah Pantai Damai.

Abu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ia merupakan usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Saya berterima kasih kepada YB (Dr Abdul Rahman Junaidi) kerana sanggup menghulurkan bantuan dan turun padang dalam gotong-royong ini,” katanya.

Dia yang merupakan ayah kepada empat anak yang masih bersekolah memuji usaha tersebut dan mahu ia diteruskan agar lebih ramai golongan susah dapat dibantu.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman menjelaskan bahawa program itu berkemungkinan besar akan diadakan setiap tahun dalam usaha membantu golongan susah dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung.

“Ia juga merupakan usaha menggalakkan generasi muda meneruskan budaya gotong-royong seperti yang menjadi amalan masyarakat sebelum ini,” ujarnya.

Tambahnya, rancangan selepas ini adalah untuk membina lorong pejalan kaki untuk penduduk miskin di Kampung Santubong.

“Kami akan menjemput lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam program seperti ini,” jelasnya sambil menambah keluarga yang akan dibantu itu terdiri daripada lapan ahli keluarga.

600 kampung wifi di Sarawak menjelang awal 2013.

In Barisan Nasional, Pembangunan, Sarawak on April 28, 2012 at 9:06 pm

INI merupakan antara berita gembira, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang dibesarkan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Pendek kata semua banyak bergantung dengan Internet.

Sejajar dengan hasrat kerajaan ingin menyaksikan semua penduduk kampung mempunyai capaian terhadap teknologi komunikasi dan maklumat, Sarawak bakal mempunyai 600 kampung tanpa wayar (wifi) menjelang awal tahun 2013.

Ini membolehkan rakyat memperoleh maklumat berguna dan mengikuti perubahan dan perkembangan terkini dengan eksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi.

BERNAMA melaporkan Timbalan Menteri Penerangan Komuniksi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum (gambar) ia juga merupakan antara usaha kerajaan merapatkan jurang digital luar bandar dan bandar.

Dalam satu majlis di Julau dekat Sibu beliau berkata kini sebanyak 210 kampung wifi telah beroperasi di negeri Sarawak.

Sebanyak 116 lokasi lagi dalam proses pelaksanaan.

Datuk Joseph Salang berkata lagi kini 295 menara komunikasi beroperasi di seluruh Sarawak, tiga daripadanya di Julau, dan 10 lagi sedang didirikan.

Mengenai komputer notebook 1Malaysia pula, katanya, setakat ini Sarawak diperuntukkan 150,000 unit dan pengagihannya dibuat secara berperingkat.

Dalam majlis di Kuching, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik menerusi laporan BERNAMA sebagai berkata Sarawak berazam melupuskan reputasi sebagai titik hitam komunikasi dengan kadar penembusan jalur lebar dijangka meningkat lebih 50 peratus menjelang akhir tahun 2012.

Kerajaan persekutuan dan negeri mempertingkatkan usaha membangunkan infrastruktur komunikasi khususnya di kawasan pedalaman di Sarawak.

“Sudahpun 34 Pusat Jalur Lebar Komuniti dengan jalur lebar berkelajuan tinggi telah diwujudkan di 27 kawasan parlimen di seluruh negeri ini,” katanya.

 

Ribuan warga Kuching saksikan pameran koridor dan bandar raya.

In Barisan Nasional, ekonomi, Sarawak, SCORE on April 28, 2012 at 5:21 pm

Peluang untuk menyaksikan rancangan pembangunan ekonomi kerajaan negeri Sarawak menerusi Hari Terbuka Koridor dan Bandar Raya pada Sabtu tidak dilepaskan oleh warga bandar raya Kuching.

Dari riak wajah ternyata mereka ingin tahu apakah yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas diberikan mandat memerintah Sarawak menerusi Pilihan Raya Negeri ke-10 pada April 2011.

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan rancangan besar dan berpandangan jauh yanh diilhamkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Yang jelas, menerusi pameran itu kerajaan ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa rancangan-rancangan adalah untuk manfaat bersama.

image

image

Baca petikan berita berkaitan:-

Posted on April 28, 2012, Saturday – www.theborneopost.com
PM to launch Corridors and Cities Open Day today

KUCHING: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will launch the Corridors and Cities open day to be held at the old State Legislative Assembly building at Petra Jaya today.

Members of the public are invited to the one-day event where they can see the results of the Corridors and Regional Cities Lab announced by the Prime Minister on June 21 last year.

It is jointly organised by the State Government and Prime Minister’s Office through the participation of, among others, State Planning Unit (SPU), Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), Regional Corridor Development Authority (Recoda) and Public – Private Cooperation Unit (Ukas).

The main objective of the event is to inform the people of the outcome of the Corridors and Regional Cities Lab and to gauge their feedback on the proposed action plans.

Entrance is free and it is open from 10am to 5pm.

For Sarawak, the Corridors and Regional Cities Lab was conducted in Kuala Lumpur and Kuching last year and was organised and facilitated jointly by Pemandu, which is a unit in the Prime Minister’s Department.

The Sarawak Corridor Of Renewable Energy (SCORE) is a major initiative undertaken by the government to develop the central region and to transform Sarawak into a developed state by the year 2020 and beyond.

It aims to achieve the goals of accelerating the state’s economic growth and development, as well as improving the quality of life for the people of Sarawak.

SCORE is one of the five regional development corridors being developed throughout the country.

Apart from Recoda, the other corridor authorities are Iskandar Regional Development Authority, Northern Corridor Implementation Authority, East Coast Economic Region Development Council, Regional Corridor Development Authority and Sedia Sabah.

The economic corridors were established to maximise, leverage and build on existing programmes in every economic corridor and aligning them with the government’s Economic Transformation Programme (ETP).

The importance of ensuring maximum impact and benefits to the locals will also be highlighted.

The people are invited to the open day to view the various Entry Point Projects (EPP) and new opportunities in the state’s 10 key focus areas which include aluminium industry, glass industry, steel industry, oil-based industry, palm oil industry, fishing and aquaculture industry, livestock industry, timber-based industry, marine engineering and tourism industry.

Sokongan Sarawak diperlukan dalam meneruskan agenda besar Barisan Nasional.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 28, 2012 at 1:25 am

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat di Sarawak meneruskan sokongan terhadap Barisan Nasional agar kerajaan berpeluang menyambung program-program pembangunan negara.

Bernama melaporkan ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kabong, Betong pada Jumaat beliau berkata mandat yang diberikan rakyat bukan hendak diselewengkan tetapi digunakan bagi meneruskan agenda besar pembangunan.

Barisan Nasional memerlukan sokongan yang berterusan daripada rakyat Sarawak yang selama ini telah banyak memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN.

Sedangkan pembangkang cuma bijak berkata-kata dan menabur janji kosong, katanya.

Rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni jika terus terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji bagi meraih sokongan undi setiap kali menjelang pilihan raya.

“Pembangkang mungkin boleh menjanjikan kita bermacam-macam pada pilihan raya umum 2008, mereka buat banyak janji di Selangor tetapi hari ini kebanyakan janji itu tidak ditunaikan,” katanya.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang mana pemimpinnya sentiasa memastikan rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mendapat nikmat pembangunan secara adil dan saksama.

Agenda pembangunan yang dibawa Barisan Nasional bukan untuk jangka masa yang singkat sahaja tetapi program yang berpandangan jauh dan berterusan.

“Agenda ini berpanjangan dan diperkenalkan oleh Allahyarham bapa saya (Tun Abdul Razak), namun ia tidak akan dilaksana jika tiada kesinambungan kepimpinan sebagai mana dalam Barisan Nasional hari ini dan kini sampai giliran saya untuk teruskan,” katanya.

Prihatin dengan masalah penduduk luar bandar, Najib berkata, kerajaan sudah meletakkan program pembangunan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih sebagai agenda penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Jika rakyat terus memberikan mandat mentadbir negara kepada Barisan Nasional untuk tempoh lima tahun lagi, kerajaan boleh melaksanakan lebih banyak program memakmurkan rakyat dan ia bukan satu janji kosong.

Najib berada di Sarawak untuk lawatan rasminya bermula 26 April hingga 28 April.  Pada 28 April, beliau akan mengakhiri lawatan di Kuching dengan menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Kerajaan BN Terus Laksanakan Janji Pilihan Raya Kepada Sibu – PM

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 27, 2012 at 12:16 am

Datuk Seri Najib Razak

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memenuhi janjinya dalam konteks Sarawak, terutamanya di Sibu meskipun kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Beliau berkata keadaan Sibu lebih baik hari ini, termasuk dari segi projek tebatan banjir dan prasarana, kerana tidak seperti pembangkang, kerajaan BN memenuhi segala janjinya kepada rakyat.

“Saya masih ingat (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) Datuk Douglas Uggah bertanya saya apa yang akan dilakukan sekarang memandangkan Sibu bukan lagi kawasan pilihan raya parlimen BN tetapi jawapan saya kepada beliau ialah apa saja yang kita telah janjikan kepada penduduk Sibu, kita mesti laksanakan,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Sibu malam Khamis.

Beliau berkata fasa kedua projek tebatan banjir akan bermula tidak lama lagi selepas kerajaan membelanjakan RM230 juta untuk membangunkan lima sistem saliran di Sibu.
image
Projek perluasan dan penambahbaikan terminal lapangan terbang Sibu yang berharga RM137 juta dijangka siap September tahun ini manakala jalan raya berkembar dua hala baharu yang bernilai RM200 juta akan memudahkan perjalanan ke lapangan terbang dari jambatan Durin, katanya.

Barisan Nasional ada peluang cerah menang di Parlimen Sibu.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak, SUPP on April 26, 2012 at 11:17 pm

KETUA Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan keyakinannya terhadap keupayaan Barisan Nasional memenangi semula kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Beliau yang dipetik menerusi Bernama berkata petunjuk positif itu dapat disaksikan menerusi sokongan besar daripada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka dan Bawang Assan.

“BN telah memperoleh sokongan yang lebih besar daripada rakyat yang boleh dilihat dari calon-calon memenangi kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka dan Bawang Assan pada pilihan raya negeri yang lepas,” katanya dalam majlis makan malam di Sibu pada Khamis sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sarawak mulai Khamis.

Barisan Nasional menang kerusi Dewan Undangan Negeri Bawang Assan dengan 1,808 undi dan Nangka dengan 5,302 undi tetapi kalah di Pelawan dengan 6,391 undi, iaitu memperoleh lebih 719 berbanding pembangkang.

Kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei 2010 tidak wajar dijadikan ukuran dan Barisan Nasional perlu melihat ke depan dalam berusaha merampas semula kerusi itu daripada DAP.

SUPP dijangka akan mengetengahkan muka baru bagi memikul tanggungjawab tersebut. Orang berkenaan ialah Temenggung Vincent Lau yang sekian lama memiliki hubungan di peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Sibu pada masa ini ialah Pengerusi DAP negeri Sarawak, Wong Ho Leng. Beliau juga ADUN Bukit Assek.

Pada pilihan raya kecil itu, Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi dalam perlawanan tiga penjuru yang turut membabitkan calon Bebas.

Barisan Nasional gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew dalam Pilihan Raya Umum 2008. Pada masa itu, calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew mendapat 18,447 undi kurang daripada 18, 845 yang diperoleh Wong Ho Leng. Calon Bebas Narawi Haron mendapat 232 undi.

Malah, dalam tulisan terdahulu di blog ini, Wong Ho Leng dikatakan mengakui sukar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibu memandangkan kemenangan tipis yang diperolehinya pada masa lampau.

Analisis Bernama turut menyatakan Barisan Nasional boleh menang dengan dua syarat iaitu calon yang betul dan strategi yang berkesan.

“BN harus memilih calon yang sesuai dan melaksanakan strategi yang betul, seperti memainkan isu Wong, yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, yang memikul banyak tanggungjawab, ia mungkin berjaya menyebelahi BN,” kata laporan Bernama itu yang memetik anggota majlis tempatan Dr Gregory Hii.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak, diberi sambutan meriah sebaik tiba di lapangan terbang di sini petang Khamis.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, timbalannya Tan Sri Alfred Jabu, menteri Kabinet negeri dan persekutuan, ketua jabatan-jabatan kerajaan, orang kenamaan setempat dan kira-kira 2,000 rakyat.

Dari lapangan terbang, Perdana Menteri dan rombongan beliau terus ke Hotel Kingwood Hotel di sini untuk menghadiri majlis makan malam komuniti.

Pagi esok, Najib akan melawat Pasar Besar Sibu, dikatakan yang terbesar di negara ini dengan mempunyai 1,100 gerai tetap dan antara 200 hingga 250 “Tamu” atau gerai pribumi yang diusahakan peniaga Iban, Melayu, Melanau dan kaum etnik lain.

Najib dijadual menikmati sarapan pagi roti canai di sebuah daripada gerai di tingkat satu pasar itu bersama-sama beberapa wakil peniaga sebelum melawat gerai makanan yang menjual menu 1Malaysia di situ.

Ini merupakan lawatan kali ketiga beliau ke pasar itu selepas lawatan pada Februari dan Mei 2010.

Najib kemudiannya akan melawat dan merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan (C)Thai Kwong berharga RM12 juta di Upper Lanang Road dan diikuti dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid An Nur dan kemudiannya menyertai jamuan tengah hari di perkarangan masjid itu.

Perdana Menteri kemudiannya akan menaiki pesawat untuk ke Kabong, sebuah kampung di Bahagian Betong untuk sesi bertemu rakyat dan melakukan tinjauan mesra.

Beliau kemudiannya akan kembali ke Kuching untuk menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan Taib di kediamannya di Demak Jaya.

Pada Sabtu, Najib akan melakukan tinjauan mesra di Pasar Tani Matang Jaya sebelum menghadiri program “Jelajah Janji Ditepati” di tempat letak kereta di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Selepas itu, beliau akan melawat hari terbuka Makmal Koridor dan Bandaraya di bangunan Dewan Undangan Negeri dan disusuli dengan majlis perjumpaan dengan pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur.