YangSaya Nampak

Kucing merah ditemui di Hulu Baram, Sarawak.

In Uncategorized on November 21, 2012 at 11:24 am

Kucing merah atau nama saintifiknya, ‘pardofelis badia’ yang jarang ditemui di dunia berjaya direkodkan penemuannya di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram, pedalaman Sarawak.

Imej haiwan liar yang turut dikenali ‘bay cat’ itu dirakam di kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sela’an Linau yang keluasannya melebihi 56,000 hektar berhampiran Taman Negara Pulong Tau yang turut menjadi Jantung Borneo, membabitkan Malaysia, Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Pengarah Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC), Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Andrew Alek Tuen, berkata kehadiran haiwan liar itu berjaya dirakam berhampiran banjaran Gunung Murud Kecil yang turut dikenali sebagai kawasan penting bagi hidupan liar di Borneo.

“Imej kuching merah yang turu menjadi endemik di Borneo dirakam di dua lokasi di Gunung Murud Kecil iaitu pada September dan Oktober lalu oleh penyelidik di bawah kendalian IBEC.

“Kucing Merah diklasifikasi sebagai terancam oleh Kesatuan Koservasi Dunia (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di Sarawak mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998,” katanya dipetik menerusi Berita Harian bertarikh 21 November 2012.

Alek berkata memandangkan hanya beberapa kawasan hutan di kawasan berkenaan menjadi habitat lima spesis kucing liar termasuk ‘hose’s civet diplogale hosei’ yang dianggap endemik di Borneo, ia perlu dilindungi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: