YangSaya Nampak

Murid catat A dalam UPSR 2012 di Sarawak meningkat.

In Uncategorized on November 20, 2012 at 8:18 am

Sumber http://www.theborneopost.com
20 Nov. 2012

KUCHING: Sarawak mencatat peningkatan 0.22 peratus atau 111 orang calon yang berjaya mencatat pencapaian cemerlang peringkat A bagi semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam berkata, pada tahun ini seramai 2,010 calon mendapat A untuk semua mata pelajaran berbanding 1,935 calon tahun 2011.

“Walaupun peningkatan yang dicatatkan sedikit namun kita berbangga kerana ada antara sekolah di luar bandar mencatat keputusan cemerlang,” katanya semasa mengumumkan Keputusan UPSR Peringkat Negeri semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Putit Matzen dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Rosli Terhim.

Daripada jumlah itu, menurutnya seramai 1,430 orang daripada Sekolah Kebangsaan (SK) berbanding 1,319 orang pada tahun lepas iaitu peningkatan 111 orang.

Beliau menambah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) juga mencatat peningkatan seramai 64 orang iaitu dari-pada 516 orang pada 2011 kepada 580 orang pada tahun ini.

Selain itu katanya, seramai 26,009 calon atau 56.90 peratus berjaya mencatat seku-rang-kurangnya penguasaan minimum C dalam semua mata pelajaran berbanding 24,344 calon (55.52 peratus) pada tahun lepas.

“Sebanyak 94 sekolah mencatat pencapaian 100 peratus pada tahun ini iaitu 79 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan 15 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Selain itu, 45 buah sekolah mencatat pencapaian antara 90 hingga 99.9 peratus dan 136 buah mencatat pencapaian antara 80 hingga 89.9 peratus tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdillah menjelaskan, mata pelajaran Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan signifikan dari segi penguasaan minimum C iaitu meningkat 3.3 peratus daripada 66.96 peratus (2011) kepada 70.25 peratus tahun ini.

“Penurunan dicatatkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) iaitu daripada 91.89 peratus pada tahun lepas kepada 88.05 pe-ratus tahun ini,” jelasnya.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) semua mata pelajaran menunjukkan pe-ningkatan pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Abdillah berkata, berdasarkan keputusan tahun ini jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar semakin rapat.

“Banyak sekolah luar bandar yang mendapat 100 peratus lulus. Pada masa akan datang kita akan memberi penekanan agar lebih banyak sekolah luar bandar mencapai prestasi terbaik,” kata Abdillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: