YangSaya Nampak

Bajet Sarawak 2013: Kewangan Sarawak terus kukuh.

In Uncategorized on November 20, 2012 at 8:26 am

Sumber http://www.theborneopost.com
20 Nov 2012

KUCHING: Kedudukan kewangan negeri bagi tahun 2013 dijangka kekal sihat dan kukuh dengan lebihan Belanjawan 2013 berjumlah RM83 juta.

Penjanaan lebihan belanjawan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan jumlah pendapatan sebanyak RM4.1 bi-lion berbanding perbelanjaan lazim berjumlah RM4 bilion termasuk peruntukan Akaun Dana Pembangunan (DFA).

Menteri Kewangan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika pembentangan cadangan Belanjawan 2013 semalam berkata untuk merangsang aktiviti ekonomi dan menyokong pertumbuhan ekonomi sepanjang tahun, negeri memerlukan belanjawan yang menjurus kepada pembangunan.

Oleh itu katanya, sejumlah RM3.4 bilion  atau 69 peratus daripada Belanjawan Negeri 2013 dicadangkan untuk pembangunan manakala selebihnya, RM1.5 bilion atau 31 peratus adalah untuk perbelanjaan operasi.

Malah katanya, bertepatan dengan usaha berterusan ke-rajaan untuk memastikan kedudukan kewangan negeri kekal sihat dan kukuh, Belanjawan 2013 dijangka mempunyai lebihan berjumlah RM83 juta.

“Dalam usaha kita mencapai lebih banyak pembangunan yang seimbang dan luas serta menyokong pertumbuhan ekonomi, Belanjawan 2013 juga akan fokus kepada objektif-objektif dan strategi-strategi utama seperti menyediakan peruntukan mencukupi bagi kejayaan pelaksanaan dan penyelesai-an semua projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Selain itu, Belanjawan 2013 turut akan fokus kepada kesinambungan rancangan jangka panjang transformasi dan penstrukturan semula ekonomi dan sosial bagi me-mastikan pengagihan pembangunan yang sama rata di seluruh negeri,” katanya pada Persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, Petra Jaya di sini semalam.

Antara lain Belanjawan 2013 juga akan memberikan tumpuan khas terhadap memperkukuhkan  keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan negeri serta kecekapan sistem penyampaian.

Pada masa yang sama Belanjawan 2013 juga akan terus memberikan keutamaan kepada perdagangan dan industri, pembangunan luar bandar termasuk sektor-sektor lain seperti kemudahan awam, pengangkutan dan komunikasi, pertanian dan pembangunan tanah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri dalam pembentangan cadangan Belanjawan 2013 itu semalam turut menjangkakan jumlah pendapatan bagi tahun 2013 adalah mencecah RM4.1 billion.

Pendapatan ini dijangka disumbang daripada cukai pendapatan sebanyak 23 peratus atau RM975 juta, cukai bukan pendapatan (RM3,047 juta), penerimaan bukan pendapatan (RM9 juta), serta geran-geran pusat dan pembayaran semula berjumlah RM119 juta.

“Bagi tahun 2013, kerajaan negeri bercadang untuk memperuntukkan sejumlah RM4 bilion untuk perbelanjaan lazim.

“Daripada peruntukan ini, RM1.5 bilion adalah untuk perbelanjaan semasa sementara selebihnya, RM2.5 bi-lion adalah untuk akaun peruntukan pembangunan bagi membiayai projek-projek dan program-program pembangunan,” katanya.

Terdahulu dalam pembentangannya, Taib berkata Belanjawan 2013 diformulasikan dengan pandangan untuk melestarikan pertumbuhan eko-nomi dengan pengagihan yang seimbang dan pada masa yang sama mengekalkan suasana kondusif bagi pelaburan dan perniagaan.

Belanjawan ini menurutnya juga memberi tumpuan ke atas pembangunan kawasan luar bandar bagi mera-patkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Belanjawan ini menggambarkan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperbaiki prestasi dan kedudukan kewangan dalam usaha melindungi autonomi dan kemapanan kewangan.

“Dalam penyediaan Belanjawan 2013, kerajaan turut mengambil kira pelbagai cabaran yang mungkin dihadapi daripada kedua-dua sudut sama ada domestik atau luar negeri.

“Oleh itu, perlu untuk ke-rajaan kekal seiring bukan sahaja dengan pembangunan terkini tetapi juga menjangkakan kemungkinan yang boleh memberi kesan ke atas pembangunan pelbagai sektor ekonomi negeri,” katanya.

Mengimbas prestasi kewangan 2012, Taib menjelaskan bahawa jumlah pendapatan negeri adalah RM4.7 bilion manakala perbelanjaan negeri adalah berjumlah RM4.5 bilion dengan lebihan RM167 juta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: