YangSaya Nampak

Archive for October, 2012|Monthly archive page

Persenda media digital bawa padah – Kadir Jasin.

In Uncategorized on October 19, 2012 at 10:40 am

TINDAKAN memperkecilkan dan mempersendakan media digital ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi antara punca kemerosoan pencapaian BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkata ketika itu, media arus perdana juga ditegah daripada memetik blog dan blogger, malah diberi pelbagai jolokan menghina seperti goblok, penembak curi dan monkey.

“Apa yang mereka tidak sedar ketika itu ialah perbuatan memaki hamun golongan ini (blog dan blogger) membantu membangkitkan keinginan masyarakat untuk mengetahui siapa atau apa bendanya goblok, penembak curi dan monkey.

“Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 media alternatif yang dipacu internet sudah memperole nyawa serta rohnya sendiri, dan digunakan dengan luas dan berkesan oleh pembangkang,” katanya dipetik menerusi Berita Harian.

Advertisements