YangSaya Nampak

Bajet 2013 – memang bajet pilihan raya dan apa salahnya …..

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik on September 29, 2012 at 10:56 pm

PRESIDEN Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing menyifatkan Belanjawan 2013 yang diben­tangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai belanjawan pilihan raya.Walaupun dikaitkan dengan cubaan menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menurutnya, pem­bangunan menyeluruh tidak diketepikan.

“Ini memang bajet pilihan raya tetapi dengan tang­gungjawab dan tumpuan yang betul,” katanya yang diminta mengulas tentang Belanjawan 2013 dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata lagi bukti pembangunan menye­luruh ialah apabila kera­jaan berusaha meningkatkan pelaburan terus asing (FDI) bagi merancakkan pertum­buhan ekonomi.

Pada masa yang sama fokus terhadap pembangunan indus­tri kecil, sederhana dan besar tidak diketepikan. Ia juga fokus terhadap kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Peruntukan RM3 bilion untuk BR1M, RM100 kepada pelajar dan bonus kepada kakitangan awam merupakan petunjuk ke arah PRU13,” katanya.

Sementara itu, Ketua Se­tiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata Be­lanjawan 2013 agak seimbang antara perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Jelasnya, ini membuktikan kerajaan berhemah dalam pengurusan kewangan negara, malah ia menggambarkan belanjawan yang prihatin serta realistik terhadap kesejahter­aan rakyat.

“Falsafah serta prinsip bajet ini mendukung usaha transformasi yang rancak di­usahakan oleh kerajaan.

“Sebagai warga negeri Sarawak adalah menjadi hara­pan saya supaya keperluan di Sarawak akan mendapat tem­pias sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom menyifatkannya sebagai satu belanjawan seimbang dan mesra rakyat serta fokus kepada kesejahteraan rakyat bandar dan luar bandar.

Menurutnya, belanjawan kali ini meliputi semua rakyat dari pelbagai peringkat bermu­la daripada golongan nelayan, petani dan sebagainya.

“Program bantuan seperti BRIM, pembayaran bonus dan bantuan khas untuk sekolah amat bertepatan dan ia sejajar dengan slogan kita, Rakyat Didahulukan Pencapaian Di­utamakan.

“Apatah lagi program-pro­gram bantuan seperti ini amat diperlukan untuk menyahut wawasan 2020 negara,” katanya.

Sumber:- Utusan Borneo Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: