YangSaya Nampak

Archive for September, 2012|Monthly archive page

Bajet 2013 – memang bajet pilihan raya dan apa salahnya …..

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik on September 29, 2012 at 10:56 pm

PRESIDEN Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing menyifatkan Belanjawan 2013 yang diben­tangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai belanjawan pilihan raya.Walaupun dikaitkan dengan cubaan menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menurutnya, pem­bangunan menyeluruh tidak diketepikan.

“Ini memang bajet pilihan raya tetapi dengan tang­gungjawab dan tumpuan yang betul,” katanya yang diminta mengulas tentang Belanjawan 2013 dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata lagi bukti pembangunan menye­luruh ialah apabila kera­jaan berusaha meningkatkan pelaburan terus asing (FDI) bagi merancakkan pertum­buhan ekonomi.

Pada masa yang sama fokus terhadap pembangunan indus­tri kecil, sederhana dan besar tidak diketepikan. Ia juga fokus terhadap kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Peruntukan RM3 bilion untuk BR1M, RM100 kepada pelajar dan bonus kepada kakitangan awam merupakan petunjuk ke arah PRU13,” katanya.

Sementara itu, Ketua Se­tiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata Be­lanjawan 2013 agak seimbang antara perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Jelasnya, ini membuktikan kerajaan berhemah dalam pengurusan kewangan negara, malah ia menggambarkan belanjawan yang prihatin serta realistik terhadap kesejahter­aan rakyat.

“Falsafah serta prinsip bajet ini mendukung usaha transformasi yang rancak di­usahakan oleh kerajaan.

“Sebagai warga negeri Sarawak adalah menjadi hara­pan saya supaya keperluan di Sarawak akan mendapat tem­pias sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom menyifatkannya sebagai satu belanjawan seimbang dan mesra rakyat serta fokus kepada kesejahteraan rakyat bandar dan luar bandar.

Menurutnya, belanjawan kali ini meliputi semua rakyat dari pelbagai peringkat bermu­la daripada golongan nelayan, petani dan sebagainya.

“Program bantuan seperti BRIM, pembayaran bonus dan bantuan khas untuk sekolah amat bertepatan dan ia sejajar dengan slogan kita, Rakyat Didahulukan Pencapaian Di­utamakan.

“Apatah lagi program-pro­gram bantuan seperti ini amat diperlukan untuk menyahut wawasan 2020 negara,” katanya.

Sumber:- Utusan Borneo Online.

Advertisements

No racial clash in Lawas.

In Sarawak, Sosial on September 26, 2012 at 2:15 pm

(From YB Baru Bian facebook)

Update from Lawas. (26th September 2012)

The protest organised by the Lawas community yesterday went successfully without any incident. They March to the Police station to submit a memorandum demanding Justice for the brutally murdered victim, the late Edwin Singa Pelipus. There was no riots in Lawas as was alleged by some. The Police Chief of Lawas thanked the organiser for the peaceful event and promise to look into their grouses. Among the content of memorandum are

1. Request the police to investigate this brutal case swiftly without prejudice. (The group responsible for the murder have several criminal cases connected to them but no charge was ever brought against them until now. There is allegation that this group have ‘protection’ from higher up).

2. Rid Lawas of the drug menace (Syabu). ( Its seems that the suspect were high on drug while committing the murder)

3. They want to stress that the protest is about demanding for justice and has nothing to do with race or religion. ( Among the 13 suspect under police remand now is an Iban youth and a Lun Bawang youth.)

We urge the public not to listen to rumors of racial clashes in Lawas. Lawas town is back to normal today and we urge everyone to remain calm and do not listen to rumors or spread rumors about racial clashes happening in Lawas.

All the Lawas community wants is Peace and Harmony.

Naik taraf Lapangan Terbang Sibu – satu mercu pembangunan berterusan.

In Pelancongan, Pembangunan, Sarawak, Uncategorized on September 21, 2012 at 9:29 am

Projek walkabout PM dan TPM di Sarawak yang siap.

In Pembangunan, Sarawak on September 21, 2012 at 8:28 am

Ringkasan status pelaksanaan projek walkabout Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak Februari 2012 hingga 19 September 2012.

Jumlah projek ialah 342 buah dengan nilai RM2.31 bilion.

Sudah siap setakat 19 September 2012 ialah 256 buah projek dengan nilai RM229.77 juta.

Masih dalam pelaksanaan ialah 58 buah projek dengan nilai RM1.85 bilion.

Belum mula ialah 28 buah projek dengan nilai RM236.2 juta.

Dato Sri Douglas Uggah Embas, menteri bertanggungjawab memantau projek-projek dijanjikan PM dan TPM di Sarawak, berkata beliau mengjangkakan kebanyakan projek yang belum bermula akan dilaksanakan menjelang hujung tahun ini.