YangSaya Nampak

Archive for May, 2012|Monthly archive page

Eksport produk kayu Sarawak meningkat 17.2 peratus.

In Pembangunan, Sarawak on May 22, 2012 at 3:02 pm

EKSPORT produk kayu Sarawak mencatat pertumbuhan 17.2 peratus kepada RM1.91 bilion bagi suku pertama tahun ini berbanding RM1.63 bilion tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pertumbuhan itu disumbangkan oleh peningkatan permintaan ke atas kayu balak, papan lapis dan kayu bergergaji.

Beliau berkata jumlah nilai eksport bagi tiga produk itu meningkat 18.1 peratus dari RM1.44 bilion dalam suku pertama tahun lalu kepada RM1.7 bilion bagi tempoh yang sama tahun ini.

“Kerajaan menjalankan kegiatan galakan secara berterusan bagi membantu industri perkayuan terus mengukuhkan kedudukan di pasaran antarabangsa dan tahun ini melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Perkayuan Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama agensi lain dalam misi pelaburan dan jualan kayu Sarawak ke Korea Selatan dan India,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannyadi Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, pada Isnin.

Menurutnya misi tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengimport dan pembeli di Korea dan India dengan memperoleh RM41 juta nilai dagangan.

Helina Sarani menang Ratu Cergas WHF 2012.

In belia Sarawak, Sarawak on May 20, 2012 at 8:22 am

HELINA Sarani Saba, 24, muncul sebagai Ratu Cergas yang diadakan sebagai sebahagian kategori dalam pertandingan Ratu Pesta Menuai Sedunia (WHF) 2012 yang diadakan di Sarawak Plaza di Kuching pada Sabtu.

Dalam persembahan terakhir atas pentas yang menguji tahap kecergasan mereka, dia mempersembahkan senaman dengan diiringi lagu dendangan Shakira ‘Waka Waka’.

Helina (kiri) bersama pemenang kedua Farahana.

Helina yang bekerja di sebuah firma guaman di Bintulu membawa balik hadiah RM600 dan hamper daripada Nestle.

Tempat kedua ialah Farahana Zita Joes yang menang RM400, manakala program kecergasan 14 hari Nestle dimenangi Rachel Frankie.

Helina (dua kiri) dan Farahana (dua kanan) bersama wakil penganjur.

Pertandingan akhir Ratu Pesta Menuai Sedunia 2012 akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada 26 Mei.

Peserta-peserta Ratu Cergas WHF 2012.

Finalis Ratu Pesta Menuai terdiri daripada Rebekah Livan Balan, Magrina Awing George, Farahana Zita Joes, Karissa Kasa Simon, Angelica De Rozario, Rachel Frankie, Diana Kedeny, Annie Salang, Helina Sarani Saba, Stephanie Yiap Ai Nee, Corry Angking, Gracia Vicky Chua, Alfira Asmilia Asmi, Dayang Haizum Kerni dan Prescilla Mark.

Aksi cergas.

Hafiz cipta kejuaraan di Mania.

In belia Sarawak, hiburan, Sarawak on May 20, 2012 at 7:47 am

Tahniah!

Juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Hafiz mendapat undian 28 peratus, telah menjadi pilihan para pengundi untuk ditabalkan sebagai juara Mania yang pertama dalam Konsert Akhir Mania yang berlangsung secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,19 Mei 2012.

Murah betul rezeki Hafiz, penyanyi dari Sarawak ini, tahniah kepada beliau yang semakin menyerlah bakatnya. Sebelum ini, yang terbaru, beliau memenangi Anugerah Juara Lagu 2011.

Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip, 22, turut merangkul gelaran Superstar Mania sekali gus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu.

Dengan kemenangan ini, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, memperolehi wang tunai sebanyak RM100,000.

Lebih 15,000 Pesakit Tunggu Organ

In kesihatan, Masalah masyarakat on May 18, 2012 at 9:05 pm

DIANGGARKAN lebih 15,000 pesakit di Malaysia sedang menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, dan majoritinya adalah pesakit buah pinggang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, memandangkan angka itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, cabaran utama kementerian ialah merapatkan jurang antara permintaan dan bekalan organ serta sel tisu manusia di negara ini.

“Amat malang untuk mengetahui jumlah pesakit yang menjalani rawatan dialisismeningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun lepas, seperti yangdilaporkan Daftar Dialisis dan Transplan Malaysia, iaitu daripada 7,800 pesakitdialisis pada 2001 kepada 23,000 pada 2010,” katanya dipetik menerusi Bernama pada pembukaan MesyuaratSaintifik ke-15 Persatuan Transplan Malaysia 2012 di Kuching, Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr ZulkifliJantan.

Meskipun kadar derma organ di Malaysia dianggap rendah, iaitu kira-kira 0.6 untuk sejuta penduduk, Dr Hasan berkata, perlu diakui ia menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan 29,500 penderma yang meninggal dunia dicatat tahun lepas, jumlah tertinggi sejak 1975 (47 penderma).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementerian tidak menggalakkanrakyat ke luar negara untuk melakukan pemindahan komersial, menerusi kajian danpelaksanaan polisi termasuk yang berkaitan dengan pembekalan imunosupresan.

Baru-baru ini, katanya, kementerian mengeluarkan garis panduan berhubungpendermaan organ daripada penderma hidup yang tidak ada kaitan kekeluargaan, perlu mendapat penilaian dan kelulusan satu jawatankuasa bebas iaitu Jawatankuasa Kelulusan Transplan Tiada Kaitan Kekeluargaan (UTAC).

ADUN Bebas Pelagus George Lagong sertai SWP

In Politik, Sarawak on May 18, 2012 at 4:29 pm

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus George Lagong mengesahkan telah menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan tidak lagi memegang status wakil rakyat Bebas.

Beliau membuat pengumuman itu ketika membahaskan usul ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Dipertua Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Khamis.

“Saya berdoa dengan harapan bahawa saya tidak lagi bersendirian di Dewan yang mulia ini pada masa terdekat ini,” katanya dipetik menerusi Bernama.

Pengumuman itu mengakhiri spekulasi selama beberapa minggu yang mengaitkan beliau dengan SWP yang diterajui oleh saudaranya yang juga ahli politik veteran Datuk Sng Chee Hua.

SWP diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan pada April lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri 2011, George, yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Pelagus, menewaskan calon Barisan Nasional Stanley Nyitar dan calon PKR Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2837 undi.

Reporting in bad taste.

In Masalah masyarakat, Sarawak, Sosial on May 16, 2012 at 11:22 pm

SARAWAKIANS have rallied around the Penans. A newspaper’s allegations on Sunday of incest among the still semi-nomadic tribe have disgusted many of us in this fair state.

Yes, incest is wrong. No doubt. However, you do not publish such sensational allegations by naming an entire race, yet leave out crucial details including exact location, when the marriages occurred and not even quoting names in the article. Of course, reporters can’t publicly identify alleged victims in such situations, but could the reporter not interview at least one Penan expert on the matter, and then name that expert’s view in the article?

This was reporting in bad taste. The report headlined “My mother is my wife, my father is my husband” together with a side story “Brother marries his own sister”, was shoddily written.

The way it was presented was outright insensitive. Aside from bastardising the phrase “investigative journalism”, it has shamed an entire race unjustifiably. Even if incest has occurred, you do not single out the race. Incest and rape are ugly, but it happens all over the world. Of course incest occurs with higher frequency among poorly educated segment. That is a fact.

What is also a fact is that people steal and cheat, yet we do not go around writing articles with headlines like: “Chinese steal and cheat”. To single out races, label them with stereotypes and propagate misconceptions based on the actions of a few is racist.

That article was an exercise in selling newspapers and to get people’s attention. It certainly has, but for the wrong reasons.

The chatter online since Sunday – when the article was published – has been interesting. Among many from Peninsular Malaysia, there’s been renewed interests in old allegations of truckers who have sexual relations with underage schoolgirls in rural areas.

Among most of us from Sarawak, talk has been defensive. There are rebukes of rural communities’ alleged acceptance of incest. Most native traditions called adat strictly forbid incest. It is taboo and adat warns that incest brings with it suffering to the entire community.

To digress a little, what I’ve also found surprising is that in Peninsular Malaysia, the issue of sex is used to split the people, sex is so highly politicised there; here, this nasty allegation brought us together. Kudos to us. As far as I’m concerned, opinions of sex should be left as personal matters, while sex education must be taught in the classrooms.

A day after the allegations were published, the 17th Sarawak Legislative Assembly was called into session. At the opening, elected representatives and Cabinet members were asked of the allegations.

Assistant Rural Development Minister Datuk John Sikie Tayai said the allegation of casual sex and marriage between blood relatives among the rural community was news to him. “This is the first I’ve heard about this allegation. I really don’t believe it is like that,” Sikie said.

State PKR vice-chairman See Chee How said the writer of the article (who is from the peninsula) appeared unfamiliar with Sarawak.

“Firstly, Tinjar is in the middle of Baram and far away from Ulu Baram. Secondly, no nomadic Penan would build houses as shown in the photograph in the newspaper,” See told reporters.

“In fact, I’ve inquired with Telang Usan assemblyman Dennis Ngau, who confirmed that there is no Long Baram within his constituency. To say that there are incestuous marriages in 10 of the 15 families found in this mythical ‘nomadic Penan community’ is an absolute falsehood.”

The Opposition member also said the police should follow up on the matter, including obtaining statements and evidence from the writer of the article.

Welfare, Women and Family Development Minister Datuk Fatimah Abdullah was just as forthright. She said that any report was written from the “perspective of the writer”.

Fatimah kept relatively mum on the issue, reiterating many times that her stance was “non-judge- mental” until the allegations were proven, and even then, the context of rural life had to be understood first.

“Whatever it is, we take this (newspaper) report as the start (not the conclusive finding). You really have to look at it from their (rural people’s) perspective. You do not make any judgement. I’m not an expert in Penan culture, but generally, in any culture, if something is allowed, you should not be judgemental,” Fatimah said.

At the end of the day, sex is not the real issue here. What is key is education, and within that, easy access to quality education. Sex as a subject matter is simple yet complicated. At its simplest, sex is simply a fact of life; one with great ramifications depending on a person’s actions.

In a country like Malaysia, different segments of the public have their own opinions on how society as a whole should approach the subject. It is best that we leave it to experts, social scientists and educationists to help us deal with it.

A nasty report in the newspaper is only detrimental. — The Star, Sarawak Edition.

Keajaiban alam di Mulu.

In Alam Sekitar, Pelancongan, Sarawak on May 13, 2012 at 9:19 pm

CUBA diam seketika dalam ruang yang gelap hakiki. Padamkan juga semua sumber cahaya lampu suluh, kamera mahupun gajet komunikasi. Di dalam perut gua, ternyata segalanya nampak hitam pekat. Tiada guna membuntangkan mata untuk cuba melihat atau meneka ‘siapa’ dan ‘apa’ yang berada dekat dengan tubuh sendiri.

Dalam situasi seumpama hilang nikmat penglihatan itu, kepekaan deria pendengaran mengambil alih.

Titisan air dari rekahan lelangit gua dan hujung stalaktit ke atas tanah, bongkah batu atau takungan air pun jadi jelas serta bergema.

Sesekali, angin yang berhembus dingin adakalanya kedengaran seperti bunyi lolongan makhluk yang tidak ingin dibayangkan. Mungkin juga bunyi itu menambah kencangnya cungapan nafas mereka yang akluofobia.

“Rasakan apa yang dirasai oleh penghuni-penghuni gua ini. Bukan sekadar anda mengenal habitat ular, kelawar, serangga dan mamalia kecil lain. Bayangkan pada suatu masa dahulu, manusia juga pernah menjadikan tempat ini sebagai pelindung mereka,” terlantun suara seorang wanita yang dalam nadanya, bagaikan sengaja mencetus mood seram.

Usai lima minit disuruh bergelap sebegitu, arahan diberi kepada para peserta untuk menghidupkan semula lampu suluh masing-masing. Arahan itu sebenarnya datang daripada Syria Lejau, seorang jurupandu gua berpengalaman di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.

“Itu hanya secebis daripada nilai kehidupan di dalam gua. Semakin jauh anda masuk ke dalam, makin banyak cerita yang anda akan ketahui,” ujarnya sebagai mukadimah ekspedisi.

Eksplorasi gua yang disertai kumpulan Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Malaysia (SKUM) itu adalah sebahagian daripada pengisian memperkenalkan program galakan akademik, NatCom: Reaching The Grassroots di Bumi Kenyalang.

FORMASI berbentuk obor-obor ini menjadi tumpuan ramai di Gua Lang.

Kosmo! yang secara eksklusif dijemput menyertai program tersebut dibawa menyusuri rangkaian gua hidup yang kompleks di situ.

Aktiviti ilmiah di Tapak Warisan Dunia UNESCO itu dibahagikan kepada dua hari. Para peserta berkesempatan melawat ke beberapa buah gua seperti Gua Rusa, Gua Lang, Gua Lagang, Gua Angin dan Gua Clearwater.

Sejarah gua hidup

Bermula dengan rasa kagum terhadap formasi unik jutaan kelawar yang terbang keluar dari pintu gua pada lewat petang, Syria mempesonakan kami dengan sejarah geologi Borneo sewaktu membawa kami menyusuri Gua Lagang.

“Pulau Borneo pada mulanya tidak wujud. Puluhan juta tahun lalu, plat bumi bergerak dan bergeser di dasar laut lalu menghasilkan lapisan batu pasir. Seiring peredaran masa, lapisan tersebut semakin meninggi lantas membentuk perairan cetek yang mencetus evolusi pelbagai hidupan.

“Tindak balas mineral di perairan cetek seperti pembentukan kalsium karbonat terus terjadi,” ujarnya.

Syria turut bercerita panjang lebar tentang aturan semula jadi yang akhirnya mewujudkan lapisan batu kapur, batu lumpur dan batu syal. Lapisan-lapisan itu lama-kelamaan tertolak ke permukaan laut lalu membentuk daratan.

Gua juga, menurut Syria, menyimpan pelbagai rekod kejadian alam. Sebagai contoh, kehadiran fosil cangkerang marin yang terenap pada batu dinding Gua Lagang membuktikan teori bahawa Borneo suatu ketika dahulu merupakan lantai samudera.

Di gua yang sama juga, terdapat bongkah batu yang mempunyai pelbagai lapisan berbeza warna, tekstur dan kepadatan. Syria mencuri tumpuan peserta dengan menunjukkan lapisan berwarna kelabu setebal dua ruas jari pada segmen tengah bongkah itu.

“Lapisan ini dipercayai debu daripada letusan gunung berapi Krakatau, Indonesia pada tahun 1883. Selain laharnya yang mendap di laut, debunya turut dibawa arus air bawah tanah lantas membentuk sebahagian daripada fizikal gua ini,” terangnya yang dibalas riak wajah takjub para peserta.

Jangan sentuh

Setiap gua mempunyai tarikan tersendiri. Bagaikan masuk ke sebuah alam ajaib, suasana remang dan mistik itu dilatari landskap jurang, tebing, rongga, juntaian stalaktit, stalagmit yang tumbuh bercerancang, menara (apabila stalaktit bercantum dengan stalagmit) serta heliktit yang tumbuh mengufuk.

Pengerasan mineral yang membentuk pelbagai dimensi begitu mempesonakan. Cuma awas kalau Syria ternampak ada tangan-tangan yang ‘gatal’ mahu menyentuhnya!

“Saya boleh menjerit, memarahi atau menghalau seseorang itu keluar dari gua jika larangan itu tidak diendahkan. Tahukah, anda sebenarnya boleh ‘membunuh’ gua ini sekiranya menyentuhnya?” katanya.

Jelasnya, jari manusia mempunyai minyak atau bahan kimia yang boleh menghalang unsur mineral daripada melekat, misalnya yang dibawa dalam titisan air dari stalaktit ke atas stalagmit.

“Di banyak lokasi gua lain di Malaysia, saya dapati formasi hidup itu menjadi warna hitam dan ‘mati’. Ia gara-gara disentuh, apatah lagi kalau dirosakkan dengan sengaja.

WALAU disambut bau amonia kuat daripada najis kelawar, eksplorasi gua nyata meninggalkan banyak kenangan istimewa.

“Di Taman Negara Gunung Mulu ini, hal seperti itu tidak dibenarkan berlaku sewenang-wenangnya,” tegas Syria.

Susur laluan

Selain menghargai landskap gua yang mencetus rasa ajaib dan mistik, ada seperkara lagi yang mengundang kagum serta tanda tanya. Bagaimanakah agaknya kerja-kerja pemasangan susur laluan dijalankan di dalam gua-gua itu?

Kesemua platform tempat berpijak dibina dengan kukuh namun perlu diadaptasi mengikut rupa fizikal sesuatu zon yang hendak direntasi. Dengan cabaran tebing curam, batu licin, lorong berliku, ruang sempit dan pola kedudukan batuan hidup yang berselerak, ia bukan kerja mudah.

“Menarik bukan? Kontraktor yang bertanggungjawab membuatnya perlu mengikuti kursus etika dan tanggungjawab pemuliharaan serta keselamatan.

“Bukan sekadar memasak kayu dan besi tanpa menjejaskan struktur gua, mereka juga bekerja dengan ketelitian maksimum agar kerosakan serta pencemaran dapat dielakkan.

“Pihak konsultansi taman negara juga memantau penuh sewaktu kerja-kerja pemasangan dijalankan,” jelas seorang lagi jurupandu eksplorasi, Jenny Malang, yang menunjuk arah dalam ekspedisi Gua Rusa.

Sungai bawah tanah

Lawatan terakhir kami adalah ke lokasi gua paling hujung dalam kompleks gua di taman negara tersebut iaitu Clearwater Cave. Mendengar namanya sahaja sudah mencetuskan bayangan tentang sebuah tempat takungan air yang indah. Namun, ganjaran pemandangan sebegitu tidak mudah dikecapi.

Menurut salah seorang peserta eksplorasi yang juga mantan Setiausaha Eksekutif SKUM, Mohd. Zulkifli Hashim, 32, dia amat teruja mengikuti aktiviti treking ke gua berkenaan walaupun menempuh jerih payah di laluan yang jauh, tinggi dan curam.


BENTUK batu yang dikatakan mirip profil sisi wajah Presiden ke-16 Amerika Syarikat, Abraham Lincoln, di dinding Gua Rusa.

“Treking ke Clearwater Cave tidak akan lengkap jika tidak mandi di kolam yang jernih airnya. Rasa letih serta-merta hilang sejurus tiba di situ,” ujarnya yang tidak melepaskan peluang beraksi di dalam air untuk lensa kamera.

Menarik mengenai kolam yang juga kepala sungai itu ialah sifat lembut airnya yang membias warna hijau firus. Air kolam itu sebenarnya muncul dari sistem air bawah tanah yang mengalir melalui celah-celah batu dari kaki bukit.

Di sebalik bukit batu itu pula tersembunyi sebuah terowong gua dengan sistem aliran sungai bawah tanah. Dengan penemuan laluan air yang bersambung dengan sistem gua lain, ia merupakan sungai bawah tanah yang terpanjang di bahagian Asia Selatan iaitu melebihi 150 kilometer!

Segala yang ditemukan di dalam kompleks gua di Taman Negara Gunung Mulu adalah warisan negara yang tidak tertanding kehebatannya. Sememangnya tanggungjawab mengekalkan khazanah itu terletak pada bahu setiap daripada kita yang menghargai kejadian ciptaan Tuhan.

Plat bumi akan terus bergerak. Air akan terus mengalir dan menitis di atas batu. Hujan asid dan bencana gempa di rantau ini juga akan terus meninggalkan kesan terhadap nasib fizikal gua-gua di Mulu. Semua itu tidak seharusnya mengubah apresiasi kita terhadapnya.

Bak kata Syria: “Andainya saya ditakdirkan mati di dalam gua dan sukar untuk ditemui atau dikeluarkan, tinggalkan saja saya. Biarkan mayat saya bersemadi di sini kerana inilah dunia saya”.

Peniaga Pasar Minggu Satok rela tidur di kaki lima.

In Sarawak, Sosial on May 13, 2012 at 8:53 pm

SEBAIK sahaja langkah kaki menghampiri pekarangan Pasar Minggu Satok di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm di Kuching, pandangan mata semakin meliar tatkala melihat pacakan deretan khemah niaga yang memayungi pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.

Sedang mata asyik membelek keunikan kuih tumpik, cincin, bakar labu dan apam Sarawak, peniaga di situ tidak putus-putus mempelawa pengunjung yang lalu lalang untuk membeli kuih-muih tradisi Melayu Sarawak itu.

“Datang dari Malayakah? Mahu dicuba dulu kuih-kuihnya? Kalau berkenan beli, kalau tidak, tak mengapa,” ujar peniaga kuih, Noralisa Aceh, 24.

Dia yang ditemani sepupunya, Saleha Ramli, 22, menawarkan sepotong kuih yang masih dibaluti sejenis daun.

“Cuba rasa kuih celorot ini, sedap rasanya,” pelawa Noralisa.

Diperbuat daripada tepung beras dan gula merah, adunan kuih yang teksturnya sedikit kenyal dan manis itu kemudian dibalut dengan pucuk daun nipah sebelum dikukus sehingga masak.

Selain itu, gadis Melayu Melanau ini turut menjual tapai madu yang ramuannya beras pulut, gula dan ragi.

Kata Noralisa, tapai yang dibungkus menggunakan daun nipah lebih enak dan lemak.

“Tapai madu ini dijual pada harga 25 sen sebungkus. Kalau nak tahu, tapai ini cukup popular di Sarawak pada bulan puasa sebagai juadah pencuci mulut.

“Ketika itu, kalau sediakan 4,000 bungkus tapai sehari pun belum tentu cukup untuk penuhi permintaan pelanggan,” ujarnya yang membantu menjual hasil air tangan ibunya itu, Sabariah Ali, 48.

Tidak jauh dari gerai kuih-muih, pandangan mata beralih ke arah deretan gerai yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.

SELAIN ikan terubuk masin, ikan terubuk bakar turut dijual di pasar ini dengan harga berpatutan bermula daripada RM10 hingga RM30 seekor.

Penulis tidak pasti apa yang dijual di sana namun kepulan asap nipis yang menyebarkan aroma harum masakan panggang seakan-akan magnet yang menarik sesiapa sahaja ke situ.

Dari celahan orang ramai, kelihatan deretan kepak ayam, ikan terubuk dan ayam pansuh di panggang di atas tungku mudah alih yang sama.

Di belakang gerai tersebut, tersedia beberapa buah meja lipat dan kerusi yang secara tidak langsung memberi pilihan kepada pembeli sama ada ingin menikmati juadah panas-panas di situ atau dibawa pulang.

Bagi pengunjung setia Pasar Minggu Satok, pemandangan seperti itu sudah menjadi kebiasaan kepada mereka.

Malah, pasar yang dipacak di atas jalan raya ini sudah berpuh-puluh tahun menjadi destinasi penduduk kampung dari serata daerah untuk menjual hasil tanaman, sayuran kampung serta buah-buahan yang tidak boleh didapati tempat lain.

“Inilah keunikan Pasar Minggu Satok. Pengunjung boleh membeli pelbagai jenis hasil tanaman dengan harga yang sangat berpatutan.

“Selain itu, mereka berpeluang mengenali pelbagai jenis herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak dalam masakan dan perubatan tradisional mereka,” ujar pemandu pelancong, Lenjoe Nigo, 30.

Kata-katanya itu disokong oleh Mohammad Jo, 60, yang sudah lama berniaga buah asam paya di pasar minggu itu.

“Bukan mudah untuk ambil buah ini. Pokoknya tumbuh di dalam hutan tebal dan hanya boleh ditemui ketika musim menuai iaitu antara Mac dan Mei.

“Buah ini menjadi ramuan penting untuk masakan kukus dan dibuat jeruk. Bagi yang mahu elak ulser mulut, cubalah makan asam ini dua biji seminggu,” katanya.

Bagi Helen Wee, 50-an, pula, kepelbagaian jenis nanas yang dijual di gerainya menjadi daya penarik.

“Selain buah nanas, saya juga menjual bunganya. Orang Cina suka beli bunga nanas untuk dijadikan perhiasan topekong,” katanya.

Selain melihat rentak peniaga dan pembeli tawar-menawar, pelbagai hasil hutan yang jarang ditemui ada di sini. Antaranya batang tepus, kechala, kepayang, binjai, jambu ara dan belimbing hutan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh membeli bermacam-macam jenis kraf tangan dan cenderamata seperti pua kumbu, sumpit dan manik

“Pasar ini beroperasi pada hari Sabtu bermula pukul 3 petang hingga 10 malam. Manakala keesokannya, ia dibuka semula seawal pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari,” kata seorang guru yang berasal dari Samarahan, Norliza Tinggal, 29.

Bercerita tentang keunikan Pasar Minggu Satok, Norliza memberitahu, di sini sahaja pengunjung boleh melihat peniaga memasang kelambu dan tidur di pasar terutamanya yang datang dari Serian dan Serikin yang terletak di sempadan Kalimantan, Indonesia.

Tatkala gelap malam mula menyelubungi Satok, suasana hingar-bingar dengan jerit-pekik suara peniaga yang menjadi nadi pasar itu beransur sepi apatah lagi jalan masih basah dek timpahan hujan lebat petang tadi.

Menjelang pukul 10 malam, tapak pasar itu benar-benar sunyi. Ada tinggal sebahagian kecil peniaga yang masih ada di gerai dan mengemas hasil jualan.

Sementara sekumpulan peniaga lain sudah bersiap sedia untuk merehatkan badan di sebalik tirai kelambu yang dipasang di kaki-kaki lima berhadapan gerai jualan mereka.

TIDUR di tapak pasar sudah menjadi kebiasaan peniaga Bidayuh di Pasar Minggu Satok.

Biarpun hanya beralaskan kanvas yang dilapisi kepingan kotak, tidur mereka cukup nyenyak lantaran keletihan.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Justin, 49, berkata bermalam di situ merupakan rutin mingguan dia bersama isteri dan anaknya yang berniaga hasil hutan dan sayuran.

“Keluarga mertua saya sudah berniaga di sini sejak 30 tahun lalu dan kini isteri saya mewarisinya.

“Kami tidak ada masalah untuk tidur dalam keadaan serba kekurangan. Apa yang penting, perlu ada kelambu kerana banyak nyamuk di sini,” katanya.

Sementara itu, bagi Maria Mayo, 65, dia terpaksa tidur di pasar walaupun kediamannya hanya terletak kira-kira 45 kilometer dari Kuching.

“Walaupun mengambil masa cuma sejam, ketiadaan kenderaan sendiri menyukarkan kami untuk berulang-alik.

“Lagipun kebanyakan peniaga di sini ialah orang Bidayuh yang datang dari kawasan luar bandar seperti Kampung Annah Rais dan Kampung Benuk di Padawan.

“Dari rumah panjang ke sini, kami terpaksa menumpang lori dengan bayaran RM17 seorang tidak termasuk barang jualan yang dicaj sebanyak RM3 setiap satu bakul.

“Bayaran tersebut sudah cukup mahal bagi kami sedangkan hasil daripada jualan tidak seberapa.

“Dek kerana itu, kami memilih untuk bermalam di pasar sahaja. Pendek kata, pasar Satok ini sudah menjadi hotel buat kami.

“Lagipun, jika bermalam di sini, kami mudah untuk menyambung perniagaan awal pagi esok,” katanya yang menjual umbut dan rebung. – Sumber: Kosmo!

Sarawak mahu tarik pelancong perubatan.

In kesihatan, Pelancongan, Sarawak on May 13, 2012 at 8:09 am

image

Emas Olimpik dalam bayangan Pandelela.

In Sosial on May 8, 2012 at 12:47 pm

IMPIAN pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik, Julai ini kini mungkin tidak lagi hanya disandarkan ke atas bahu Lee Chong Wei, sebaliknya kelibat ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang memenangi emas di sirkit kedua Grand Prix (GP) Terjun di Montreal, Kanada pada Isnin mula memberi sinaran baru.

Gadis berusia 19 tahun dari Sarawak itu menewaskan 22 penerjun dari seluruh dunia untuk gah menjuarai acara 10 meter platform wanita – sekali gus membantu pasukan negara melakar sejarah pulang dengan dua emas pada sirkit kedua ini selepas kejayaan gandingan Bryan Nickson Lomas – Huang Qiang mengungguli acara 3m papan anjal seirama lelaki, pada Ahad.

Menjelang 80 hari lagi Temasya London bermula, pencapaian atlit terjun negara di Kanada memberi harapan baru koleksi pingat mampu ditambah berbanding hanya satu perak menerusi Chong Wei di Beijing, empat tahun lalu.

image