YangSaya Nampak

Projek kecil tetapi impak besar kepada rakyat.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak, Sukan on April 30, 2012 at 10:19 am

MESKIPUN projek itu kecil dan bersifat tempatan di mata sesetengah pihak yang tidak berkaitan, sebenarnya ia adalah sebaliknya bagi mereka yang berkenaan.

Misalnya yang berlaku di Telaga Air, sebuah kampung tidak jauh dari Bandar Raya Kuching.

Berikut ialah kegembiraan seorang penduduk di Telaga Air apabila wakil rakyat daripada Barisan Nasional membantu membina titi, seperti dilaporkan Borneo Post Online.

Perasaan gembira jelas terpancar di wajah Abu Musa apabila jalan titi daif menuju ke rumahnya diganti semula dengan yang lebih kukuh.

Pembinaan jalan itu dilakukan secara gotong-royong dengan dianjurkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Program tersebut turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), RELA Telaga Air, SABERKAS dan Sukarelawan Al-Falah Pantai Damai.

Abu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ia merupakan usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Saya berterima kasih kepada YB (Dr Abdul Rahman Junaidi) kerana sanggup menghulurkan bantuan dan turun padang dalam gotong-royong ini,” katanya.

Dia yang merupakan ayah kepada empat anak yang masih bersekolah memuji usaha tersebut dan mahu ia diteruskan agar lebih ramai golongan susah dapat dibantu.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman menjelaskan bahawa program itu berkemungkinan besar akan diadakan setiap tahun dalam usaha membantu golongan susah dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung.

“Ia juga merupakan usaha menggalakkan generasi muda meneruskan budaya gotong-royong seperti yang menjadi amalan masyarakat sebelum ini,” ujarnya.

Tambahnya, rancangan selepas ini adalah untuk membina lorong pejalan kaki untuk penduduk miskin di Kampung Santubong.

“Kami akan menjemput lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam program seperti ini,” jelasnya sambil menambah keluarga yang akan dibantu itu terdiri daripada lapan ahli keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: