YangSaya Nampak

Pekerja swasta di Sarawak layak dapat gaji minimum RM800 sebulan.

In ekonomi, Sarawak, Sosial on April 30, 2012 at 11:05 pm

SAYA tidak pasti adakah ini berita gembira atau tidak bagi kalangan mereka yang bekerja dalam sektor swasta. Apa yang pasti mereka yang selama ini mendapat gaji kurang dari RM800 sebulan akan layak menikmati gaji sebanyak itu apabila kerajaan memperkenalkan Perintah Gaji Minima.

Dari segi logiknya, memang ada yang akan gembira jika majikan mereka melaksanakannya.

Saya berpendapat itu adalah usaha kerajaan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan yang dicurahkan pekerja swasta tidak bergaji besar. Itu dinamakan kerajaan yang prihatin dengan segenap lapisan masyarakat.

Gaji minimum itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu menerusi perhimpunan khas dengan pekerja sektor swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Isnin akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan.

Beliau yang dipetik menerusi Bernama berkata gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Sarawak, Sabah dan Labuan ialah RM800. Gaji minimum di Semenanjung Malaysia pula ialah RM900.

Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Ia berfungsi kepada RM4.33 sejam bagi para pekerja di Semenanjung manakala pekerja di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibayar minimum RM3.85 sejam.

Najib yang dipetik menerusi Bernama juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Kerajaan bagaimanapun berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

Tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan peluang untuk membuat persediaan supaya perniagaan mereka tidak akan terjejas.

Najib berkata, tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding.

Beliau berkata, walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan.

Beliau menambah, tempoh yang diberikan itu adalah mencukupi untuk majikan menstruktur semula gaji dan operasi perniagaan mereka.

“Kerajaan menyediakan satu mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya mereka yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh merayu untuk ditangguhkan.

“Kami juga menyediakan satu mekanisme di mana beberapa elaun atau bayaran tunai tetap dibenarkan untuk diserap dalam pengiraan bagi gaji minimum.

“Ini adalah untuk memastikan bahawa pelaksanaannya tidak membebankan majikan dan tidak akan kehilangan pekerja,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

“Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

“Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara,” katanya.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Beliau berkata, Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: