YangSaya Nampak

Sokongan Sarawak diperlukan dalam meneruskan agenda besar Barisan Nasional.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 28, 2012 at 1:25 am

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat di Sarawak meneruskan sokongan terhadap Barisan Nasional agar kerajaan berpeluang menyambung program-program pembangunan negara.

Bernama melaporkan ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kabong, Betong pada Jumaat beliau berkata mandat yang diberikan rakyat bukan hendak diselewengkan tetapi digunakan bagi meneruskan agenda besar pembangunan.

Barisan Nasional memerlukan sokongan yang berterusan daripada rakyat Sarawak yang selama ini telah banyak memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN.

Sedangkan pembangkang cuma bijak berkata-kata dan menabur janji kosong, katanya.

Rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni jika terus terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji bagi meraih sokongan undi setiap kali menjelang pilihan raya.

“Pembangkang mungkin boleh menjanjikan kita bermacam-macam pada pilihan raya umum 2008, mereka buat banyak janji di Selangor tetapi hari ini kebanyakan janji itu tidak ditunaikan,” katanya.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang mana pemimpinnya sentiasa memastikan rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mendapat nikmat pembangunan secara adil dan saksama.

Agenda pembangunan yang dibawa Barisan Nasional bukan untuk jangka masa yang singkat sahaja tetapi program yang berpandangan jauh dan berterusan.

“Agenda ini berpanjangan dan diperkenalkan oleh Allahyarham bapa saya (Tun Abdul Razak), namun ia tidak akan dilaksana jika tiada kesinambungan kepimpinan sebagai mana dalam Barisan Nasional hari ini dan kini sampai giliran saya untuk teruskan,” katanya.

Prihatin dengan masalah penduduk luar bandar, Najib berkata, kerajaan sudah meletakkan program pembangunan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih sebagai agenda penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Jika rakyat terus memberikan mandat mentadbir negara kepada Barisan Nasional untuk tempoh lima tahun lagi, kerajaan boleh melaksanakan lebih banyak program memakmurkan rakyat dan ia bukan satu janji kosong.

Najib berada di Sarawak untuk lawatan rasminya bermula 26 April hingga 28 April.  Pada 28 April, beliau akan mengakhiri lawatan di Kuching dengan menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: