YangSaya Nampak

Bersih 3.0 – antara ‘konon’ dan takut bayang-bayang.

In Masalah masyarakat, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 28, 2012 at 9:48 pm

BANYAK dinding Facebook, Twitter dan akhbar online melaporkan hampir setiap detik mengenai perkembangan perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu, terutama yang berlangsung di ibu negara, Kuala Lumpur.

Perhimpunan anjuran Ambiga itu turut dilaporkan oleh media luar negara seperti Australia News dalam slot berita utama mereka. Visual ditayangkan menunjukkan negara kita dilanda masalah. Kecoh di Kuala Lumpur.

Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.

Di Bandar Raya Kuching kira-kira 500 orang menyertai perhimpunan berkenaan. Lokasi dipilih ialah pekarangan Kompleks Pelancongan Sarawak bermula pukul 2 petang.

Dari gambar-gambar yang disiarkan dalam ruangan Facebook dan media online, majoriti peserta terdiri daripada pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang. Mereka berbaju kuning dengan tulis Bersih 3.0.

Sekurang-kurangnya suasana perhimpunan di Kuching tidak seperti di Kuala Lumpur yang dicemari dengan insiden membalikkan kereta polis, merosakkan harta benda awam dan memasuki kawasan larangan mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Bersih 3.0 di Kuching.

Bagaimanapun perhimpunan itu diadakan bagai kerana mereka takut dengan bayang-bayang sendiri. Parti-parti pembangkang bimbang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak – bukan seperti objektif digariskan mereka.

Antara sebab perhimpunan Bersih 3.0 diadakan (kononnya):-

1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0

2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi

3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dapat dilakukan dengan telus dan adil

4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih

5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi

Dengan kata ringkas, mereka menuntut proses pilihan raya yang adil dan telus.

Mengapa digunakan istilah ‘konon’? Sebab apa yang mereka katakan pilihan raya kotor tidak dibuktikan dengan kukuh.

Ramai pihak menyokong hujah bahawa pilihan raya di negara ini adil.

“Jika tidak adil bagaimana mereka (pembangkang) boleh menang di beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008,” kata seorang penduduk warga bandar raya Kuching.

Malah, pada pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, pembangkang menang di banyak kawasan Dewan Undangan Negeri .

Sukar dimengertikan apa sebenar yang tersirat di dalam minda mereka yang menyertai dan menganjur perhimpunan Bersih 3.0.

Sebab itu kesimpulannya, perhimpunan yang kononnya menuntut proses pilihan raya diadakan dengan adil dan telus, sebenarnya dieksploitasi oleh ahli politik pembangkang yang takut bayang-bayang sendiri. Seolah-olah mampu menjangkakan keputusan pilihan raya umum kelak majoriti rakyat kali ini tidak akan berpihak terhadap mereka.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: