YangSaya Nampak

Najib: Pendidikan Cina penting.

In Pendidikan, Sosial on April 27, 2012 at 3:45 pm

PENDIDIKAN Cina akan terus menjadi bahagian penting dalam sistem pendidikan negara dan ini terbukti dengan peningkatan peruntukan kerajaan sekolah Cina terutama sejak tiga tahun lepas, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambil berkata bantuan yang telah diberikan adalah jauh lebih banyak berbanding sebelum ini beliau memberitahu:

“Dalam Belanjawan 2012 sebagai contoh, sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk sekolah Cina di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwong di Sibu yang dibina dengan kos RM12.5 juta pada Jumaat.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tiga dari kanan) melihat kain yang diberikan oleh penari tarian Orang Hulu Sarawak yang bermaksud perpaduan antara kaum selepas merasmikan SJK (C) Thai Kwang di Sibu.

Najib dipetik menerusi Bernama berkata bagi komuniti itu, mereka sangat berbangga dengan budaya mereka yang berusia lebih 5,000 tahun.

“Bahasa Cina adalah bahagian penting budaya itu, selain nilai-nilai berkaitan budaya. Nilai seperti ketaatan kepada ibu bapa dan tanggapan untuk sentiasa memulangkan semula kepada masyarakat serta pelbagai lagi diajar di sekolah Cina,” katanya.

Najib turut menegaskan jumlah peruntukan yang sama diberikan kepada sekolah Tamil, kebangsaan dan sekolah agama di negara ini.

Beliau berkata adalah menjadi polisi kerajaan untuk berlaku adil dan merangkumi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

“Di bawah konsep 1Malaysia, kami mahu semua rakyat Malaysia berasa bahawa di negara ini dia akan menerima nikmat yang adil dan saksama daripada kerajaan,” katanya.

Kerajaan kata beliau, akan terus meletakkan pendidikan sebagai kepentingan utama untuk membangunkan sumber manusia yang amat penting bagi negara.

“Kami bukan sekadar menyatakannya tetapi juga mampu melaksanakannya, perbuatan dan polisi. Tidak ada sektor lain yang menerima peruntukan sebanyak pendidikan sejak merdeka,” katanya.

Najib berkata antara ciri unik sistem pendidikan negara ialah :”kesediaan kerajaan membangunkannya berasaskan kehendak dan aspirasi rakyat.

“Kami putuskan untuk membiarkan rakyat menentukan jenis sistem pendidikan yang mereka mahu. Tidak ada negara di Asia Tenggara yang membangun atau mengamalkan polisi begini,” kata beliau.

Najib juga memuji Anggota Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King yang merupakan pengerusi lembaga pengurusan sekolah, atas peranannya dalam membangunkan semula program sekolah itu, yang diwujudkan pada 1932.

Tiong bukan saja memimpin tetapi turut menyumbang sebahagian besar kepada dana sekolah,katanya.

“Rakyat patut ingat perbuatan baik seorang wakil rakyat Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: