YangSaya Nampak

Radio Free Sarawak sekadar wujud hentam kerajaan pada musim pilihan raya.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on April 25, 2012 at 3:11 pm

LUMRAH yang perlu dihadapi Barisan Nasional menjelang pilihan raya atau pada musim pilihan raya ialah kewujudan anasir-anasir yang direka bagi memburuk-burukkan kerajaan di kalangan rakyat.

Apabila musim pilihan raya berlalu, maka mereka akan senyap dan tidak berbuat apa-apa demi manfaat rakyat. Apa yang mereka tahu ialah kritik apa jua polisi dan tindakan kerajaan Barisan Nasional.

Antara alat yang digunakan pihak yang berniat menjatuhkan Barisan Nasional ialah radio yang dinamakan Radio Free Sarawak.

Ia aktif sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada April 2011.

Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu menyekat penyebaran luas saluran Radio Free Sarawak SW2 (15,420 kHz) yang memburuk-burukkan kerajaan.

ADUN Lambir Ripin Lamat dipetik menerusi akhbar berkata radio yang diperkenalkan parti pembangkang itu hanya bertujuan untuk mengkritik kerajaan menjelang pilihan raya.

“Kami menggesa agensi terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran luas Radio Free Sarawak dengan menghentikan frekuensi radio pembangkang itu,” katanya.

Dakwaan yang diperdengarkan kepada orang ramai melalui radio itu adalah tidak tepat dan memberi kesan negatif kepada pendengar khususnya di kawasan luar bandar dengan tujuan agar undi mereka beralih kepada parti-parti pembangkang.

Radio itu dikatakan sengaja memutar belit fakta berkaitan polisi kerajaan, program-program pembangunan kerajaan.

Ripin dipetik lagi sebagai memberitahu pembangkang akan menggunakan radio terbabit untuk berkempen dan meracuni pemikiran rakyat khususnya di rumah-rumah panjang di luar bandar.

p/s Dengarlah Radio Cats FM dan Radio Malaysia Sarawak untuk maklumat yang tepat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: