YangSaya Nampak

Pandelela Rinong berpeluang dapat ganjaran RM2 juta.

In Sarawak, Sukan on April 25, 2012 at 9:38 pm

Atlet terjun negara, Pandelela Rinong yang baru sahaja dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2011, merupakan antara yang berpotensi menerima ganjaran RM2 juta jika berjaya meraih pingat emas untuk negara dalam Sukan Olimpik London Julai-Ogos ini.

Pandelela yang menjadi kebangaan Sarawak turut ‘diiringi’ oleh rakan-rakan senegara yang terdiri daripada pemain badminton Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai Cheng Chu Sian.

MStar Online melaporkan mereka merupakan atlet negara yang mampu menonjol dalam acara masing-masing  pada pertandingan sukan yang akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos 2012.

Akhbar dalam talian itu melaporkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu berkata RM1 juta akan diberi oleh sebuah syarikat korporat, manakala RM1 juta lagi daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

MSN juga menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Pandelela unggul dalam acara terjun. 

Antara kejayaannya ialah mencipta sejarah buat Malaysia apabila meraih pingat emas dalam acara terjun 10m platform serta memenangi pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita di Sukan Komanwel, New Delhi, India tahun 2010.

Semasa di Asia Guangzhou pula, beliau meraih pingat perak dalam acara 10m platform serentak dan pingat gangsa dalam acara 10m platfrom individu.

Pencapaian Pandelela

2008
– Won the Malaysian Schools Sports Council-Milo (MSSM-MILO) Gold Award

– Temasya Belia Olimpik – Silver – 10m platform (3m springboard)
  
2009
– SEA Games, Laos – Gold – 10m platform synchro with Leong Mun Yee

– World Championships, ROME – Bronze – 10m platform synchro

– Bronze -World Championships – platform 10m synchro with Leong Mun Yee
 
2010
– Youth Olympic Games (YOG), Singapore – 2 Silver – 3m springboard and 10m platform synchro with Leong Mun Yee

– Asian Games – 1 Silver and 1 bronze – 10m platform – women synchro and individual

 – Commonwealth Games, New Delhi – Gold – Individual 10m platform – Silver – 10m platform synchro

– Asian Games, Guangzhou – Silver – 10m platform – synchro – Bronze – Individual – 10m platform

2011
– Best Athlete 2010 at 2010 100PLUS-SAM Awards, received RM10,000 and a trophy from Ministry of Youth and Sports

– Finishing fourth in the World Aquatic Championships in Shanghai, China 

– Won the Malaysian Schools Sports Council-Milo (MSSM-MILO) Gold Award 2010 for the second time.

– Won gold medal in women’s 10m platform individual at the Sea Games, Palembang, Indonesia

2012
– Crowned National sportswoman of the year at the 2011 National Sports Awards

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: