YangSaya Nampak

Resepi kejayaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.

In Politik, Sarawak on April 23, 2012 at 9:35 am

MEMANG layak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh sokongan berterusan dari rakyat jika mereka terus mengamalkan konsep “politik ialah landasan untuk berkhidmat kepada rakyat”.

Sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional di Sarawak, PBB mendapat sokongan majoriti pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada April 2011 apabila menang di semua 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka tandingi.

Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg sehubungan itu berkata pemimpin PBB terdiri daripada orang yang rendah diri dan mengamalkan gaya hidup sederhana.

Dia membayangkan cara hidup demikian merupakan tuntutan agama Islam dan bukan sekadar baik untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong mereka dalam arena politik.

“Agama ialah pegangan hidup, politik ialah untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dipetik menerusi akhbar pada Isnin.

Falsafah politik sedemikian dijangka membawa PBB mencapai kemenangan 100% dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, PBB menang di semua kawasan Parlimen yang ditandingi. Ia merupakan parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional di Sarawak dengan dipimpin oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Kerusi PBB ialah Parlimen Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjung Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.

Kesinambungan penguasaan PBB di kawasan-kawasan terbabit adalah amat perlu dalam meneruskan agenda-agenda pembangunan menyeluruh di Bumi Kenyalang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: