YangSaya Nampak

UltraCrocs pungut wang bantu FAS bayar denda FAM.

In Sarawak, Sukan on April 22, 2012 at 10:02 pm

BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing – itu yang cuba diamalkan UltraCrocs, kelab penyokong pasukan bola sepak Sarawak atau lebih dikenali Ngap Sayot.

UltraCrocs telah melancarkan kempen ‘Bukan Kerana Denda, Tapi Kerana Sayang’ dalam usaha membantu meringankan beban kewangan ditangung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) selepas didenda membayar RM35,000 kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber, kempen berkenaan bertujuan mengumpul dana sebanyak yang mungkin mulai sekarang hingga 30 April 2012.

Orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh mendepositkan wang sumbangan ke dalam akaun bank Zulhardy Mohamad dan memaklumkannya menerusi zulhardy@gmail.com. Keterangan lanjut seperti nombor akaun bank boleh diperolehi menerusi www.facebook.com/ultracrocs.

UltraCrocs ialah kelab penyokong pasukan bola sepak Sarawak sejak tahun 2005.

Berikut ialah petikan berita berkaitan keputusan FAM yang dikatakan kontroversi.

Kegagalan mengawal penyokong dan pemain pada perlawanan menentang LionsXII membawa padah buat Sarawak apabila didenda RM35,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak menjelaskan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didapati bersalah terhadap empat tuduhan membabitkan isu keselamatan.

“Kegagalan menyediakan anggota keselamatan mencukupi menyebabkan FAS didenda RM15,000 termasuk insiden membaling botol yang terkena dada pegawai pertandingan, Ismadi Ibrahim,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat terbabit.

Katanya, tuduhan lain adalah insiden penonton Sarawak membaling botol kepada pemain LionsXII (denda RM2,500), penonton berkumpul di luar stadium seolah-olah berdemonstrasi dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘pengadil rasuah’ dan ‘bodoh’ (RM6,000) selain kesalahan penggunaan laser terhadap penjaga gol LionsXII (RM6,000).

“Semua hukuman dikenakan adalah minimum dan tidak boleh dirayu. Ini juga jumlah denda paling tinggi terhadap mana-mana persatuan bola sepak negeri pada musim ini selain peringatan terakhir kepada FAS agar perkara membabitkan keselamatan ini tidak berulang kerana denda boleh mencecah RM100,000,” katanya.

Selain itu, penolong jurulatih Sarawak, Mohd Farhan Abdullah turut didapati bersalah kerana menolak pengadil dan digantung lapan perlawanan serta denda RM4,000. 

“Kapten Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar pula didapati bersalah terhadap satu pertuduhan iaitu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil digantung tiga perlawanan dan denda RM2,000. Tuduhan kedua iaitu menendang pengadil perlawanan dari belakang digugurkan kerana tiada bukti kukuh,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: