YangSaya Nampak

Hafiz, artis dari Sarawak, bakal lancar single di Indonesia

In Sarawak, Sosial on April 22, 2012 at 11:14 pm

PEMENANG Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini.

Hafiz yang terkenal dengan lagu Awan Nano selepas muncul sebagai Juara Akademi Fantasia dipetik menerusi mStar Online  pada Ahad berkata dia telah bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou disamping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri.

“Alhamdulilah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Untuk album single itu nanti, Hafiz yang berasal dari Kuching, Sarawak akan memuatkan tiga buah lagu sebagai permulaan.

“Tengok dulu penerimaan peminat bagaimana dan selepas itu mungkin akan melancarkan album penuh pula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran lain kerana ingin fokus kepada Mania.

Ujar Hafiz, dia bertuah dapat bekerja dengan Ahmad dhani dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

“Bukan senang nak bekerjasama dengan orang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, jadi saya akan fokus untuk Mania sahaja buat masa ini,” katanya.

Semoga anak muda ini terus menyumbang dalam mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak di persada antarabangsa menerusi bidang muzik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: