YangSaya Nampak

FAS dipersalahkan gagal ‘kawal’ botol dan kata-kata kesat.

In Sarawak, Sukan on April 22, 2012 at 5:20 pm

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) dikenakan denda kerana gagal mengawal tindak tanduk penonton dalam perlawanan pasukan Sarawak menentang pasukan Singapura di Stadium Negeri di Kuching pada 17 Mac 2012.

Denda kerana perbuatan penonton adalah satu perkara biasa didengar dalam sejarah bola sepak negara.

Apa yang tidak lazim ialah didenda kerana tiga perbuatan penonton yang berada di luar kawal FAS!

Datu Sudarsono Osman

Akhbar hari ini melaporkan FAS didenda RM29,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila didapati FAS bertanggungjawab gagal menyediakan tahap keselamatan yang memuaskan kepada pasukan pelawat dan pengadil.

Presiden FAS, Datu Sudarsono Osman dipetik menerusi akhbar dirumuskan sebagai kecewa apabila tiga perkara yang dinilai FAM adalah luar kawasan mereka.

Tiga perbuatan penonton dimaksudkan luar kawal ialah memancarkan sinaran laser, melemparkan kata-kata kesat dan membaling botol ke dalam padang. Malah, FAS didakwa kerana gagal menyediakan persekitaran stadium yang selamat.

Dalam penafian terhadap empat dakwaan, Datu Sudarsono dipetik menerusi Utusan Sarawak pada Ahad berkata:-

1) “Untuk pengetahuan semua, jawatankuasa penganjur mempunyai tidak kurang daripada 300 pengawal keselamatan yang merangkumi PDRM, RELA dan lain-lain dalam setiap perlawanan di Stadium Negeri”

2) “Mengenai lontaran botol minuman dalam stadium dan pancaran laser oleh penonton pula adalah sesuatu yang di luar kawalan kami. FAS tidak membiarkan perkara seperti ini.

3) “Anda harus ingat betapa kecilnya ‘gadget laser’. Lainlah jika kami mempunyai mesin keselamatan ‘scanner’ di setiap pintu masuk stadium”.

4) Mengenai kata-kata kesat penonton pula, kami tidak dapat mengawal mereka. Bagi FAS dihukum hanya kerana kata-kata kesat penonton adalah sesuatu yang amat malang”.

Perlawanan yang berlangsung pada 17 Mac 2012 mencetuskan ketegangan apabila LionsXII mencatatkan kemenangan 1-0 menerusi sepakan penalti kapten kelab Singapura itu, Shahril Ishak pada minit ke-72.

Berikut ialah petikan berita berkaitan keputusan FAM:-

Kegagalan mengawal penyokong dan pemain pada perlawanan menentang LionsXII membawa padah buat Sarawak apabila didenda RM35,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak menjelaskan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didapati bersalah terhadap empat tuduhan membabitkan isu keselamatan.

“Kegagalan menyediakan anggota keselamatan mencukupi menyebabkan FAS didenda RM15,000 termasuk insiden membaling botol yang terkena dada pegawai pertandingan, Ismadi Ibrahim,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat terbabit.

Katanya, tuduhan lain adalah insiden penonton Sarawak membaling botol kepada pemain LionsXII (denda RM2,500), penonton berkumpul di luar stadium seolah-olah berdemonstrasi dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘pengadil rasuah’ dan ‘bodoh’ (RM6,000) selain kesalahan penggunaan laser terhadap penjaga gol LionsXII (RM6,000).

“Semua hukuman dikenakan adalah minimum dan tidak boleh dirayu. Ini juga jumlah denda paling tinggi terhadap mana-mana persatuan bola sepak negeri pada musim ini selain peringatan terakhir kepada FAS agar perkara membabitkan keselamatan ini tidak berulang kerana denda boleh mencecah RM100,000,” katanya.

Selain itu, penolong jurulatih Sarawak, Mohd Farhan Abdullah turut didapati bersalah kerana menolak pengadil dan digantung lapan perlawanan serta denda RM4,000. 

“Kapten Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar pula didapati bersalah terhadap satu pertuduhan iaitu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil digantung tiga perlawanan dan denda RM2,000. Tuduhan kedua iaitu menendang pengadil perlawanan dari belakang digugurkan kerana tiada bukti kukuh,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: