YangSaya Nampak

Enam kawasan Parlimen kelabu – Barisan Nasional perlu kerja keras.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 22, 2012 at 12:31 am

BANYAK tanda yang mengatakan Dewan Rakyat akan dibubar dalam tempoh tiga bulan ini. Ramai juga yang membuat telahan demikian dengan mengukuhkan jangkaan bulan Jun 2012 ialah masa yang sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sewajarnya Barisan Nasional pada saat-saat begini sudah memperkemaskan strategi dengan tidak membiarkan isu-isu di kawasan masing-masing tidak terjawab dan diselesaikan.

Andaian orang ramai terhadap Barisan Nasional yang didapati salah dan mampu menggugat keputusan mengundi di kalangan mereka wajar ditangani sebijak mungkin. Jangan nanti apabila tewas, semua pihak bermain ‘finger pointing’.

Kerusi yang dikuasai parti lawan – DAP, PKR dan PAS – harus dirampas kembali agar kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008 dapat ditebus.

Sarawak memiliki 31 kawasan Parlimen dengan dua daripadanya dikuasai DAP, yakni Parlimen Bandar Kuching dan Parlimen Sibu. Kedua-duanya merupakan kawasan majoriti pengundi Cina dan terletak di bandar.

Mengapa sokongan Cina terhadap Barisan Nasional dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyusut? Persoalan itu wajar dijawab dalam memenangi semula hati pengundi-pengundi Cina.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan memberitahu pihaknya mengenalpasti enam kawasan kelabu di Sarawak pada ketika ini.

Dia yang dipetik menerusi Borneo Post Online berkata apa yang mustahak sekarang ialah memutihkan kawasan kelabu dan hitam. Ia sudah pasti memerlukan usaha yang gigih dan benar-benar gigih, malah memerlukan kerjasama jitu di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Berikut ialah artikel berhubung perkara berkenaan.

Posted on April 21, 2012, Saturday

Enam kawasan kelabu – Bertindak sekarang, jangan tunggu Parlimen dibubar: Ahmad

KUCHING: Enam kawasan kelabu dikenal pasti daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan, berdasarkan pemantauan yang dibuat, Kuching, Sibu dan Sarikei dikenal pasti antara kerusi terbabit.

“Pada pandangan saya, kawasan kelabu adalah di mana Barisan Nasional (BN) menang atau kalah dengan jumlah undi yang kecil dan Kuching dan Sibu adalah dua kerusi yang tewas manakala Sarikei menang tipis,” katanya kepada media ketika ‘walkabout’ ke Kampung Sejingkat di sini semalam.

Pada program tersebut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, ditemani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan mengedarkan risalah mengenai program yang dianjurkan oleh kerajaan.

Antara risalah-risalah yang diedarkan ialah mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengulas mengenai ‘walkabout’ itu, Ahmad berkata, pengedaran risalah-risalah akan membolehkan rakyat mempelajari lebih banyak mengenai program kerajaan yang telah dilaksanakan untuk membantu rakyat.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan wakil rakyat dalam parti agar mempergiatkan program ‘walkabout’ di lokasi-lokasi awam seperti pasar, perhentian bas dan lain-lain.

“Kita perlu mula mengambil tindakan sekarang dan tidak hanya menunggu hingga Parlimen dibubarkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kita,” tegas Ahmad.

Ditanya mengenai peluang BN memenangi semla Kuching dan Sibu, beliau berkata: “Apa-apa boleh berubah dan saya percaya mereka ada peluang kerana rakyat telah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas membantu rakyat.”

Menurutnya lagi, BN mampu merubah persepsi masyarakat bandar yang cenderung menyokong pembangkang jika kempen penerangan dasar dilakukan secara berkesan dan berterusan.

Katanya, penerangan berkenaan Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar lain yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu dihebahkan kepada masyarakat secara berterusan dan bukan hanya semasa menjelang pilihan raya.

“Dari sehari ke sehari (penerangan dasar dibuat secara berterusan) tentunya rakyat akan berfikir tentang faktor Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) dan faktor 1Malaysia. Ini boleh merubah persepsi penduduk bandar,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: