YangSaya Nampak

Calon PRU 13: SUPP umum tiga nama mendahului empat yang lain.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 22, 2012 at 10:50 pm

MENJADI satu kelaziman hampir setiap kali pilihan raya, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mendedahkan nama bakal calon kepada khalayak menerusi media massa.

Meneruskan tradisi itu, Presidennya Datuk Seri Peter Chin pada Ahad di ibu pejabat parti di Kuching, mengumumkan tiga bakal calon daripada parti itu untuk diketengahkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Laporan Bernama mengatakan daripada tiga individu terbabit, seorang yang ditampilkan merupakan muka baru iaitu Ketua Pemuda Tan Kai yang akan menggalas tanggungjawab merampas kerusi Parlimen Bandar Kuching daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Tan Kai

Ahli Parlimen Bandar Kuching kini ialah Chong Chieng Jen, Setiausaha DAP negeri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.

Ramai yang mempersoalkan keupayaan SUPP untuk merampas semula kerusi berkenaan, tetapi Barisan Nasional harus bersikap positif dengan menghayati kata-kata keramat orang Iban ‘Agi Idup Agi Ngelaban’.

Justeru, Tan Kai perlu bekerja kuat untuk mencapai kemenangan. Berjuanglah berhabis-habisan.

Untuk rekod, Parlimen Bandar Kuching, sebuah kerusi majoriti pengundi Cina, merupakan antara kerusi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Selain Tan Kai, Datuk Seri Peter Chin mengumumkan timbalannya, Datuk Richard Riot Jaem kekal di Parlimen Serian. Dia yang juga Timbalan Menteri Luar, bukan asing lagi di kalangan masyarakat di kawasan berkenaan. Parlimen Serian merupakan kawasan majoriti pengundi kaum Bidayuh. DAP dikatakan menyimpan minat untuk bertanding di kerusi pinggir bandar itu.

Datuk Richard Riot

Bakal calon SUPP di Parlimen Sarikei ialah Ding Kuong Hing. Dia merupakan penyandang kerusi berkenaan dan ini merupakan penggal pertama dia berada di Parlimen mewakili penduduk di kawasan itu. Kawasan tersebut dilabel sebagai kelabu berikutan kemenangan tipis terhadap calon lawan pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ding Kuong Hing

Bakal calon di empat kawasan SUPP belum diumumkan atas sebab-sebab tertentu, kata Datuk Seri Peter Chin.

Kawasan terbabit ialah Parlimen Stampin, Sibu, Lanang  dan Miri.

SUPP mencari pengganti bagi Parlimen Stampin berikutan penyandangnya Datuk Yong Khoon Seng ingin berehat dari arena politik selepas sekian lama menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit. Dia kini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya dan seorang yang  mesra dengan orang ramai dan gemar bersikap rendah diri.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP juga belum memutuskan calon untuk Sibu dan Lanang kerana menunggu nama dikemukakan oleh cawangan SUPP di dua kawasan terbabit. Parlimen Sibu selepas pilihan raya kecil pada 2010 jatuh ke tangan DAP menerusi kemenangan Wong Ho Leng, Pengerusi DAP negeri Sarawak. Parlimen Lanang yang kini diwakili Datuk Tiong Thai King.

Datuk Seri Peter Chin yang kini merupakan Ahli Parlimen Miri dan juga Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air memberitahu dia menyerahkan keputusan sama ada untuk bertanding atau sebaliknya kepada jawatankuasa parti Parlimen Miri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, SUPP menang enam daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan. Mereka tewas kepada Chong Chieng Jen daripada DAP di Parlimen Bandar Kuching. SUPP bagaimanapun kehilangan kerusi Parlimen Sibu menerusi Pilihan Raya Kecil pada tahun 2010.

SUPP dijangka berdepan situasi lebih getir berbanding PRU 2008 apabila keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 secara umumnya tidak memihak mereka. Mereka tewas di 13 daripada 19 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: