YangSaya Nampak

Ada pihak cuba pengaruh Penan bencikan kerajaan.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on April 22, 2012 at 12:52 am

MACAM-macam cara dan ikhtiar cuba disusun oleh pihak-pihak tertentu agar Penan terus membenci kerajaan.

Sering kita dengar ialah Penan dihasut agar membenci kerajaan menerusi dakwaan kawasan mereka diceroboh untuk membuka ladang sawit atau mengutip sumber hutan seperti kayu balak.

Ada juga cuba menangguk di air yang keruh dengan mengatakan pembinaan empangan hidro elektrik bakal menjejaskan kehidupan seharian suku kaum Penan.

Kita di Sarawak sudah biasa sangat dengan tuduhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpendirian menentang kerajaan sejak kemasukan Bruno Manser ke dalam etnik yang dahulunya nomad.

NGO-NGO yang tergolong dalam kategori berkenaan lebih suka melihat orang Penan mundur dengan mengekalkan gaya hidup nomad. Mereka suka melihat Sarawak menjadi muzium hidup bagi mereka menjalankan pelbagai kajian.

Manakala Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan pembangunan di kalangan orang Penan, sama seperti kaum-kaum lain di Sarawak.

Barisan Nasional tidak pernah bersifat pilih kasih terhadap apa jua bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Wakil rakyat Telang Usan Dennis Ngau Jok dipetik menerusi Borneo Post Online memberitahu, komuniti Penan tidak pernah diabaikan daripada diberikan bantuan dan perhatian.

“Tidak mengira apa bangsa atau agama, semuanya mendapat bantuan dan perhatian daripada kerajaan,” katanya.

Pihak tidak bertanggungjawab yang kerap mengatakan kerajaan pemerintah bersifat pilih kasih dalam mengagihkan bantuan.

Pada masa sama, pihak berkenaan sebenarnya ingin menimbulkan rasa kemarahan di kalangan komuniti Penan dengan berkata sedemikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: