YangSaya Nampak

Pusat Penyelidikan Terubuk dibina di Lingga.

In ekonomi, Pembangunan, Sarawak, Sosial on April 19, 2012 at 1:33 pm

IKAN terubuk merupakan satu produk perikanan yang sedikit sebanyak telah menaikkan nama Sarawak di persada kebangsaan.

Terubuk memang hidangan yang lazat dan mampu membangkitkan selera. Malahan ketika bulan puasa, ia umpama satu kemestian yang ada dalam senarai lauk pauk untuk berbuka di Kuching.

Tetapi terubuk yang dipanggang dan dijual di Kuching tidak semuanya merupakan hasil produk perikanan tempatan. Ia dikatakan banyak diimport dari Thailand dan Myanmar.

Mungkin sebab satu ketika dahulu, Kuching atau Sarawak merupakan tempat orang menjual terubuk tempatan. Dan sejak itu aktiviti penjualan terubuk kian berkembang meskipun bekalan bahan mentah bukan dari Sarawak.

Kawasan habitat terubuk di Sarawak ialah di Bahagian Sri Aman dan Mukah. Tetapi kini ikan tersebut dikatakan kian pupus oleh banyak pihak menerusi kajian-kajian yang dilaksanakan.

Justeru, usaha pembinaan Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk di Lingga dalam Bahagian Sri Aman amat dialu-alukan.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Abdul Karim dipetik menerusi akhbar baru-baru ini berkata pusat berkenaan dijangka siap pada hujung tahun 2012.

Pusat yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sarawak, berperanan sebagai pengeluar baka terubuk. Sekali gus ia akan menjadikan Bumi Kenyalang sebagai pengeluar ikan terubuk mentah yang terbesar di Malaysia.

Lebih penting dari itu ialah mampu meningkatkan ekonomi negeri yang hasilnya akan disalurkan ke dalam bentuk projek-projek rakyat.

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: