YangSaya Nampak

CEO Sarawak Energy menang anugerah.

In Sarawak, Sosial on April 19, 2012 at 10:15 pm

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat utiliti negeri Sarawak, Sarawak Energy, Torstein Dale Sjotveit, memenangi Anugerah Penasihat Tenaga Bersih Paling Berpengaruh sempena Persidangan Tenaga dan Elektrik Dunia Asia yang diadakan di Singapura.

Torstein Dale Sjotveit

Majlis yang berlangsung pada Selasa itu ialah anugerah tahunan industri Asia, khusus untuk meraikan dan menghargai sumbangan individu dan organisasi ke arah pertumbuhan sektor utiliti di Asia Pasifik.

Torstein dipetik menerusi Bernama berkata beliau berbesar hati dicalonkan bersama tokoh korporat utama dan bereputasi tinggi dari Malaysia dan syarikat antarabangsa yang lain.

“Anugerah ini diterima hasil kejayaan besar susulan kerja pegawai kami,” katanya dipetik menerusi laporan Bernama.

Beliau merupakan presiden dan CEO kumpulan pembuat kapal terbesar di Eropah, STX Europe AS, yang sebelum ini dikenali sebagai Aker Yards ASA, syarikat senaraian awam di Oslo, sebelum pelantikan ke jawatan sekarang pada 1 November 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: