YangSaya Nampak

Maju setapak: Kek lapis Sarawak akan dibekal ke Kedai Rakyat 1Malaysia.

In ekonomi, Pembangunan, Sarawak, Sosial on April 18, 2012 at 8:15 am

INI pasti berita yang mampu merangsang semangat pengusaha kek lapis lain di Sarawak untuk berusaha lebih gigih dalam memasarkan produk masing-masing.

Dan sudah pasti ia menuntut penghasilan produk yang bermutu dan konsisten kerana ia antara syarat untuk memastikan kek lapis laris di

Berita baik yang dimaksudkan tadi ialah apabila sembilan pengusaha kek lapis dari Medan Pelita akan membekalkan produk masing-masing kepada Mydin Sdn Bhd yang seterusnya dihantar ke Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara.

Projek itu akan bermula Jun 2012, membabitkan 20,000 kek lapis dengan nilai RM70,000.

Ia satu nilai yang besar bukan sahaja dari perspektif wang ringgit, tetapi wajar dilihat sebagai pengiktirafan terhadap produk unggul Sarawak yang amat terkenal.

Apatah lagi apabila ia satu projek selepas industri kek lapis di Sarawak diselubungi masalah penurunan tempahan musim menjelang Hari Raya Aidilfitri pada 2011.

Masalah itu timbul berikutan mentega import Golden Churn yang sebelum ini diiktiraf halal telah disahkan mempunyai kandungan bahan yang menyebabkan ia dibatalkan persijilan halal.

Jenama mentega tersebut antara bahan utama dalam menghasilkan kek dan ada pengusaha kek lapis di Sarawak tidak terkecuali menggunakannya. Justeru, berikutan pendedahan penggunaan bahan haram dalam Golden Churn, jualan kek lapis Sarawak dikatakan menyusut.
image
Warganegara Malaysia dari Semenanjung dan Sabah ketika berkunjung ke Sarawak terutamanya Kuching boleh dikatakan setiap orang akan membawa balik kek lapis sebagai buah tangan. Umpama tidak lengkap kunjungan kunjungan ke sini tanpa ada kek lapis dibawa balik.

Bagi sembilan pengusaha kek lapis berkenaan, mereka wajar menjadikan langkah ini sebagai projek permulaan untuk menguasai pasaran di seluruh Malaysia.

Kek lapis mungkin dahulu hanya tergolong dalam industri desa (cottage industry) tetapi ia kini telah diusahakan di kawasan-kawasan perindustrian ringan.

Kredit atau pujian juga wajar diberikan kepada kerajaan negeri dalam memberi galakan dan dorongan kepada para pengusaha kek lapis dari segenap aspek. Kerjasama sebegini bakal melonjakkan industri kek lapis ke martabat yang lebih tinggi.

Semoga industri kek lapis di Sarawak kian maju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: