YangSaya Nampak

Parti lain tiada muafakat umpama BN.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on April 15, 2012 at 9:29 am

Lambang perpaduan dalam politik.

MEMANG ada kadang-kadang bercanggah pendapat, tetapi itu tidak bermakna parti-parti komponen Barisan Nasional tidak bersatu-padu dalam melaksanakan program dan projek untuk manfaat rakyat.

Kesepakatan Barisan Nasional sudah terbukti dan sukar untuk dinafikan dalam membentuk kerajaan yang prihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat berbilang bangsa.

Sebenarnya gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat dicerminkan dalam barisan kabinet persekutuan. Dan di Sarawak ia tergambar dalam pemilihan anggota kabinet negeri yang diketuai Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pendekatan Barisan Nasional amat bersesuaian dengan latarbelakang kaum di Sarawak yang pelbagai. Menyatupadukan semua parti politik yang ahli dan pemimpinnya memiliki latarbelakang kaum berbeza dan menjadikannya sebagai satu entiti yang kukuh.

Parti-parti pembangkang tidak memiliki kesepakatan yang kukuh seperti itu. Mereka bersatu di bawah panji yang digelar mereka sebagai Pakatan Rakyat.

Adakah ia satu pakatan yang ikhlas?

Jawapannya tidak, kerana mereka kerap bercakaran. Di Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) PKR, DAP dan PAS masih belum mencapai kesepakatan berhubung agihan kerusi. Itu baru satu contoh – dari luaran sahaja sudah diketahui apakah jenis pakatan yang mereka bentuk dan sebarkan kepada rakyat.

Barisan Nasional di Sarawak mempunyai empat parti komponen – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) – yang memiliki keahlian kaum seperti Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Kayan, Kenyah, Kelabit, India dan lain-lain.

Pakatan pembangkang sebenarnya hanya meniru stail Barisan Nasional yang menggabungkan perpaduan semua kaum dalam sebuah entiti politik untuk berjuang demi pembangunan ramai.

Pendek kata, pakatan pembangkang sekadar terikut-ikut apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional tanpa menghayati dan mengamalkan sepenuhnya apa yang digambarkan pada nama.

Berikut ialah artikel berita berkaitan dalam Borneo Post Online www.theborneopost.com

Posted on April 15, 2012, Sunday
PR tidak mampu tandingi persefahaman BN

KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) yang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak mampu menandingi persefahaman yang terjalin dalam Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, biarpun menggunakan perkataan ‘pakatan’ untuk merujuk perpaduan, namun secara hakikatnya mereka tidak sebulu.

Menurutnya, semua parti komponen di bawah BN bekerjasama dan bersatu padu untuk merealiasikan matlamat perjuangan membantu rakyat secara menyeluruh.

“Walaupun BN terdiri daripada pelbagai parti, namun perjuangan semua adalah sama iaitu untuk membantu memajukan negara dan rakyat.

“Tidak seperti mereka (pembangkang) lain tempat lain cakap, malah perjuangan mereka juga tidak sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Jalan Tanjung Embang di sini, malam kelmarin.

Justeru, beliau mahu rakyat negeri ini tidak mendengar atau terpengaruh dengan janji manis pihak terbabit.

“Kita tidak cakap sahaja tetapi melaksanakan apa yang dijanji. Bukan macam mereka yang hanya tahu berkata-kata untuk menyedapkan telinga,” ujarnya.

Malah, katanya, perjuangan pihak terbabit boleh dianggap berbahaya kerana berhasrat untuk memporak peranda perpaduan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: