YangSaya Nampak

Kepimpinan baru SPDP cermin parti mara ke depan.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on April 15, 2012 at 9:00 am

DALAM usaha meneruskan relevan sesebuah parti dalam masyarakat, satu yang perlu dilakukan ialah sentiasa bergerak seiring dengan suasana sekeliling. Jika gagal menjadikan parti sebati dengan perkembangan masyarakat, maka parti itu akan berasa janggal.

Justeru, SPDP sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional meletakkan agenda itu sebagai antara intipati untuk bergerak ke hadapan.

Presidennya Tan Sri William Mawan dipetik menerusi akhbar berkata, ahli Majlis Tertinggi SPDP yang baru merupakan barisan golongan profesional yang diterjemah sebagai unsur perpaduan dan kerjasama – diperlukan dalam Barisan Nasional.

“Ahli-ahli Majlis Tertinggi kita sama ada muda dan berusia dan berlatarbelakangkan pelbagai kaum akan membantu parti dalam proses transformasi dan program-program mara ke depan,” katanya dalam The Borneo Post.

SPDP mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi yang pertama pada Sabtu selepas perhimpunan perwakilan agung di Bintulu pada 17 dan 18 Mac.

Ia antara lain adalah untuk melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang bukan dari kalangan mereka yang dipilih menerusi perhimpunan berkenaan.

Berikut ialah barisan kepimpinan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bagi tempoh tahun 2012 hingga 2015.

Presiden: Tan Sri William Mawan

Tan Sri William Mawan

Timbalan Presiden: Datuk Seri Tiong King Sing

Naib Presiden Kanan: Datuk Jacob Dungau Sagan dan Jelaing Mersat

Naib Presiden: Wong Judat, Dr Roland Dom Matu, Zainuddin Hamdan, Prof Mohd Shafiq Abdullah dan Rayan Narong

Setiausaha Agung: Nelson Balang Rining
Timbalan: Paul Igai

Bendahari Agung: Senator Pau Chiung Ung
Timbalan: Tiong Kuong Ching

Ketua Penerangan: Jacky Chan Jet Hui
Timbalan: Churchill Edward
 
Ketua Pemuda: Robert Ayu

Ketua Wanita: Chiew Yen Chew

Ketua Putera: Tony Chen

Ketua Puteri: Barbara Mawan

Ahli biasa: Liew Ah Lek, Peter Howell Jilan, James Laju Ambok, Tiong Yong Hing, Ambrose Jarat, Chambai Lindong, Chai Shoon Phian, Joseph Wong King Said, Alexander Asing Sadai, Narmal Singh, Sebastian Janting, Sia Bik Jiu, Teo Boon Siew, Wan Lah, Michael Siten, Lawas Musan, Gines Ruwah dan Wendy Trang.

Wakil khas komuniti: Maslinda dan Udin Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: