YangSaya Nampak

Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching kian mendapat sambutan.

In Pembangunan, Sarawak, Sosial on April 13, 2012 at 4:32 pm

SAMPAI ke tengah malam Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KRIC) yang terletak di tempat letak kereta Dewan Suarah Kuching, belia sekitar bandar raya ini masih bermain futsal, sepak takraw, bola keranjang dan badminton di situ.

Itu bermakna kemudahan sukan berkenaan yang dirasmikan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memang memberi manfaat kepada golongan belia yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Malah, ia satu aktiviti yang digalakkan oleh kerajaan memandangkan gaya hidup yang sihat dikatakan bakal menghasilkan tenaga manusia yang produktif dan cerdas minda untuk menelaah pelajaran.

Semua itu menyumbang ke arah pembangunan negara.

Pehin Sri Abdul Taib dipetik menerusi akhbar berkata KRIC menawarkan pelbagai kemudahan sukan selain dapat dijadikan tempat untuk aktiviti sosial dan kebudayaan. 

“Saya harap pusat ini akan menjadi popular di masa depan. Saya berhasrat memperluaskannya ke Sibu, Miri dan pekan kecil di negeri ini misalnya Mukah, Betong, Kapit serta tempat lain. 

“Ini satu cara untuk menggalakkan anak-anak muda supaya menyertai aktiviti di luar dan menjalani gaya hidup sihat. Ia satu pelaburan yang sangat bernilai,” katanya pada Mac 2011. 

Pembinaan KRIC merupakan langkah kerajaan negeri untuk menggalakkan gaya hidup sihat sesuai dengan semangat Sarawak Cergas. 

Ia merupakan wadah sesuai dalam usaha menjalin silaturrahim antara masyarakat pelbagai peringkat umur, etnik dan latar belakang.

KRIC yang bernilai RM800,000 dibina Persatuan Lawn Tenis Sarawak.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuk tiga gelanggang futsal, dua gelanggang bola keranjang, sepak takraw, bola tampar dan badminton. 

Selain itu, tempat bagi persembahan tai chi, wushu dan silat turut disediakan manakala kemudahan WiFi sedang dalam pelaksanaan. 

Selain acara-acara sukan, pihak kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta individu boleh mengadakan pelbagai aktiviti atau majlis perayaan dan keramaian serta mengadakan program berbentuk hiburan seperti pertandingan kugiran.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: