YangSaya Nampak

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan senarai Agong yang terdahulu.

In Politik on April 11, 2012 at 2:06 pm

Pemerintahan beraja di Malaysia dikatakan paling unik berbanding negara-negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja.

Di negara lain takhta pemerintahan terus kekal dikuasai waris, tetapi di Malaysia raja yang memegang jawatan sebagai Ketua Negara atau dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran di kalangan sembilan sultan atau raja yang memerintah negeri.

Hari ini, 11 April 2012, negara kita menyaksikan pertabalan Agong yang ke-14. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Baginda merupakan sultan pertama menjadi Agong sebanyak dua kali. Kali pertama ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1971.

 

Agong Ke-13 ialah Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda merupakan Agong bagi tempoh 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011. 

Agong ke-12 ialah Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail iaitu Raja Perlis. Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001, dan berada di jawatan tersebut hingga 13 Disember 2006.

Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-11 Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Baginda ialah Sultan Selangor. Tempoh berada di jawatan, 26 April1999 hingga 21 November 2001.

Yang di-Pertuan Agong Yang Kesepuluh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda ialah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Yang di-Pertuan Agong Yang Kesembilan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Baginda ialah Sultan Perak. Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994.

Yang di-Pertuan Agong Yang Kelapan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Baginda ialah Sultan Johor. Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Yang di-Pertuan Agong Yang Ketujuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah. Baginda ialah Sultan Pahang. Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Yang di-Pertuan Agong Yang Keenam Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim. Baginda ialah Sultan Kelantan. Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979.

Yang di-Pertuan Agong Yang Kelima Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Baginda ialah Sultan Kedah. Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Yang di-Pertuan Agong Yang Keempat Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Sultan Terengganu. Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970.

Yang di-Pertuan Agong Yang Ketiga Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Baginda ialah Raja Perlis. Memerintah dari 21 September 1960  hingga 20 September 1965.

Yang di-Pertuan Agong Yang Kedua Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah. Baginda ialah Sultan Selangor. Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960.

Yang di-Pertuan Agong pertama.

Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad. Baginda ialah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: