YangSaya Nampak

Anak muda Penan wajar contohi Ezra Uda.

In Sarawak, Sosial on April 11, 2012 at 11:52 pm

JIKA ingin dibandingkan antara kaum-kaum di Sarawak, suku kaum Penan adalah yang paling terkenal meskipun mereka minoriti. Mereka unik kerana masih ada yang mengamalkan gaya hidup nomad. Mereka mendapat perhatian di peringkat antarabangsa kerana pelbagai isu.

Ada beberapa pihak yang mendakwa kerajaan tidak menjaga hak-hak dan kebajikan kaum berkenaan sedangkan pelbagai program pembangunan turut mengambilkira golongan tersebut.

Terdapat juga usaha pihak luar yang lebih suka melihat Penan mundur dan kekal menjadi kaum nomad.

Kita kesal dengan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya NGO asing bahawa masyarakat Penan hendaklah menjalani kehidupan asal mereka iaitu tinggal di hutan dan bergantung dengan hasil hutan untuk hidup.

Jika kerajaan membiarkan kaum Penan tinggal dalam hutan dengan cara lama, kerajaan negeri Sarawak pula dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia tidak menjalankan tugas untuk membantu komuniti itu untuk maju.

Meskipun demikian, kita sewajarnya gembira kerana majoriti orang Penan tidak lagi mengamalkan hidup berpindah-randah dan ada yang mampu memperoleh pendapatan daripada penanaman kelapa sawit.

Juga sudah ada orang Penan berkhidmat dengan kerajaan dan mereka agak cemerlangan dalam akademik.

Dari aspek pendidikan, siapa kata anak-anak Penan diabaikan?

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Jun 2011 dipetik berkata kerajaan negeri Sarawak membelanjakan RM1.2 juta bagi pengangkutan pelajar Penan di daerah Marudi, Belaga dan Limbang sejak 2008.

Kemudahan itu telah memberi manfaat kepada 5,084 pelajar Penan di sekolah rendah dan menengah dari 61 kampung dalam pelbagai daerah di Sarawak.

Bagaimanapun isu keciciran di kalangan murid-murid kaum Penan masih menghantui dalam usaha kerajaan membantu mereka membangunkan diri sendiri.

Keciciran menyukarkan usaha untuk membantu mereka mencapai keputusan lebih baik pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kedudukan rumah keluarga mereka yang jauh dari sekolah mungkin antara faktor yang menyukarkan anak Penan kembali semula ke sekolah selepas bercuti hujung minggu atau cuti penggal.

Semua anak kaum Penan di Belaga termasuk yang baru memasuki Tahun Satu ditempatkan di asrama yang ada antaranya perlu meredah denai hutan lebih tiga jam dari rumah mereka untuk ke sekolah.

Kesukaran itu menyebabkan mereka menghadiri kelas mengikut jadual mereka sendiri iaitu hadir dan mengikuti pembelajaran hanya apabila ibu bapa menghantar mereka ke sekolah selepas habis cuti hujung minggu atau cuti penggal.

Tetapi jika ibu bapa sibuk bercucuk tanam atau berburu sehingga tiada masa untuk menghantar mereka balik ke asrama, kanak-kanak yang masih memerlukan pendidikan sempurna itu turut ‘bercuti panjang’ di rumah.

Selain itu, ketiadaan ‘role model’ yang boleh menyuntik semangat mereka untuk terus menimba ilmu, dikenal pasti penyebab utama yang membuatkan ramai anak kaum Penan, bersekolah ala kadar atau memadai untuk mengenal huruf A hingga Z atau belajar mengira, campur dan tolak saja.

Tetapi isu ketiadaan model kini boleh diatasi dengan adanya anak muda kaum tersebut yang kini berjaya menjawat jawatan sebagai pegawai dalam kerajaan. Ezra Uda – nama pemuda yang wajar menjadi ikutan anak-anak muda Penan agar berjaya seperti dia dalam pelajaran dan hidup.

Ikuti sedikit-sebanyak kisah Ezra dalam keratan akhbar Berita Harian, ketika berusaha mengejar ilmu pengetahuan dalam usahanya keluar dari kepompong asal hidup kaum berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: