YangSaya Nampak

Semoga Barisan Nasional maju jaya dalam PRU 13.

In Barisan Nasional, NCR, Pilihan Raya Umum, Politik on April 10, 2012 at 12:32 am

PERJUANGAN untuk memenangi hati rakyat agar mampu kekal sebagai parti pemerintah di negara ini wajar ditingkatkan, apatah lagi ketika ura-ura mengatakan Dewan Rakyat akan dibubarkan pada bila-bila masa.

Jentera Barisan Nasional di peringkat akar umbi perlu melaksanakan peranan bagi membantu pimpinan atasan mempromosikan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan demi manfaat rakyat.

Tidak usah dengar apa yang dilaungkan atau dicabar oleh parti lawan – teruskan dengan memberi penjelasan dan bekerja demi rakyat yang masih memerlukan pembangunan.

Perang di alam siber bagi menyalurkan fakta sahih kepada golongan pengundi muda harus digandakan mulai sekarang.

Di Sarawak seperti lazim tiap kali pilihan raya, serangan pembangkang kekal bersenjatakan isu tanah Hak Ada Bumiputera (NCR). Mereka mendakwa pemimpin kerajaan cuba merampas tanah rakyat, sedangkan apa yang disyorkan ialah cuma jalinan kerjasama antara pemilik tanah NCR dengan syarikat perladangan kelapa sawit.

Selain itu, pada pilihan raya umum atau parlimen isu turut berkisar dengan apa yang berlaku di peringkat persekutuan. Justeru, sebagai menangkis tohmahan parti lawan, Barisan Nasional mempunyai senarai perkara yang telah dilaksanakan untuk dinilai rakyat.

Ia seperti berikut:-

Sesungguhnya kerajaan yang baik seperti Barisan Nasional wajar dikekalkan menerusi pemberian mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus mengemudi negara, manakala Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan mengemudi haluan negeri Sarawak ke arah destinasi kemajuan jika itu yang majoriti rakyat inginkan.

Sarawak tidak dipinggir dalam pelaksanaan program pembangunan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: