YangSaya Nampak

Kawasan tanaman epal di Ba’ Kelalan akan bertambah luas.

In Pembangunan, Sarawak, Sosial on April 10, 2012 at 12:06 am

ORANG kata sebiji epal setiap hari dapat menjauhkan anda dengan doktor. Maksudnya,  jika anda kerap memakan buah-buahan, kesihatan anda akan kekal di tahap baik.

Sebuah laman sesawang produk kesihatan dipetik:-

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

Justeru, saya rasakan tanaman epal di Ba’ Kelalan wajar ditambah keluasannya agar harga epal lebih murah.

Dan untuk itu, akhbar Utusan Sarawak pada Isnin melaporkan pokok epal akan diagihkan kepada kira-kira 10,000 orang pengusaha tanaman berkhasiat itu.

Gambar Utusan Sarawak menunjukkan Dato Henry Sum memeriksa epal di Ba' Kelalan.

Keluasan tanaman di tanah tinggi Sarawak itu akan bertambah dari lima ekar kepada 1,000 ekar.

Itu merupakan antara usaha untuk meningkatkan lagi pendapatan penduduk di kawasan tersebut.

“Penanaman epal di sini sudahpun terbukti ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, justeru kita mahu penanaman epal ini diperluaskan untuk memenuhi permintaan pasaran,” kata Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dipetik menerusi Utusan Sarawak.

Empat jenis epal iaitu Manalagi, Tropikal, Anna dan Rome Beauty yang ditanam di situ dituai dua kali setahun dan dipasarkan di Miri, Limbang, Lawas dan Kota Kinabalu.

Produk tani tempatan - epal Ba' Kelalan.

Ia tidak mampu menampung permintaan selain empat kawasan berkenaan kerana produknya masih terhad.

Oleh itu, usaha meningkatkan kapasiti pengeluarannya harus digembleng dari masa ke semasa.

Ba’ Kelalan yang berada pada ketinggian kira-kira 1,000 meter dari aras laut itu mempunyai suhu rendah sepanjang tahun yang membolehkan epal dan tanaman seperti strawberi, anggur dan tomato hidup di situ.

Sejarah epal di Ba’ Kelalan bermula pada tahun 1974 semasa Andrew Balang Paran atau lebih dikenali sebagai Pak Balang melawat Batu Malang, Indonesia.

“Ketika berada di sana saya lihat pokok-pokok epal tumbuh segar dengan buah-buah yang ranum. Terlintas di fikiran untuk membawa pulang dan menanamnya di kebun saya. Kira-kira 10 pohon ‘diseludup’ melalui lapangan terbang Miri ketika itu,” katanya dipetik menerusi lama sesawang Pusat Maklumat Rakyat, Jabatan Penerangan.

Epal Ba' Kelalan mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan.

Selepas beberapa tahun, epal yang ditanam dan dibaja dengan tahi lembu itu mula membuahkan hasil. Tetapi ketika itu buahnya agak kecil, masam dan pohonnya mudah diserang penyakit.

Bekas kakitangan kerajaan pertama di Ba’ Kelalan itu sempat membiak kira-kira 300 pokok epal sebelum menyerahkan ladang berkenaan kepada abangnya sendiri, Pak Tagal, yang menguruskan ladang sehingga ke hari ini.

Menurut Pak Balang, tugas yang dipikul abangnya tidak mudah kerana pokok-pokok epal berada dalam keadaan tenat akibat diserang penyakit. Malangnya juga pada ketika itu, jabatan pertanian tidak dapat membantu kerana mereka tidak tahu apa-apa pasal epal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: