YangSaya Nampak

Bila PRU 13? Teka-teki ligat di minda semua.

In Pilihan Raya Umum, Politik on April 9, 2012 at 10:28 pm

HAMPIR majoriti rakyat Malaysia pada masa ini menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekali gus akan memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) diadakan.

Ramalan sana, ramalan sini … sudah lali telinga mendengarnya. Di mana-mana, apatah lagi apabila merapati golongan ahli politik, itu sahaja perbualan mereka.

Apa yang bagusnya ialah, rakyat pada masa ini menjadi semakin berharga. Tidak kira apa parti politik, rakyat diutamakan.

Barisan Nasional mempunyai slogan “Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan” sejak Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan. Memang sejak dahulu lagi Barisan mengutamakan rakyat sepanjang masa, tetapi kali ini ia diberi penekanan lebih agar keyakinan rakyat terus ada pada kerajaan sekarang.

Di Sarawak, menerusi Pilihan Raya Negeri ke-10 pada April 2011, terbukti sikap pemimpin yang dekat dengan rakyat telah membuatkan rakyat terus memberi mandat kepada parti-parti komponen Barisan untuk meneraju Bumi Kenyalang.

Manakala parti-parti pembangkang semakin deras angin menderu membawa perkhabaran pilihan raya akan diadakan, makin deras juga seruan mereka agar rakyat memilih mereka supaya kononnya kehidupan lebih baik apabila mereka memegang tampuk pemerintahan negara atau negeri. Sesiapa boleh berkata demikian tetapi menunaikannya satu tugas getir.

Poster pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011.

Cakap-cakap tarikh PRU 13, Bloomberg baru-baru ini menjangkakan ia bakal diadakan pada 3 Jun 2012. Hebat! Bukan semua mampu menilik dengan tepat tarikh sesuatu peristiwa penting negara.

Berapa ramai yang terus ‘gagal’ menjadi peramal tarikh pilihanraya yang tepat, baik penulis akhbar di Malaysia sehingga sehinggalah kalangan ahli politik termasuklah pembangkang sendiri, masih lagi gagal.

Di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Dewan Rakyat. Itu adalah hakikatnya.

Ia akan disusuli oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Tarikh yang paling banyak dijangkakan umum ialah Jun 2012.

Laporan berita di bawah ada sangkut paut dengan topik ramalan tarikh PRU 13.

Kenyataan Pengerusi SPR cetus spekulasi tarikh PRU ke-13

2012/04/09

KUCHING, (Bernama): Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof hari ini mengenai persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.

Apabila beliau berkata, SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu. 

“Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun…tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di sini.

Abdul Aziz berkata, mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.

Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.

Abdul Aziz berkata, taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baru yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.

“Pilihan raya umum ke-13 tidak sama dengan pilihan raya umum sebelum ini. Banyak perkara baru akan diperkenalkan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: