YangSaya Nampak

Saberkas dan SDNU penyatuan ke arah pembangunan.

In Pembangunan, Politik, Sarawak, Sosial on April 8, 2012 at 1:22 pm

SUDAH namanya persatuan, semestinya ahli dan pemimpinnya bersatu dalam mencapai matlamat dan objektif yang dilaungkan ketika penubuhan dan dari masa ke semasa.

Secara amnya setiap persatuan mempunyai hala tuju yang berkaitan dengan kemajuan sesebuah kumpulan.

Saya melihat sesebuah persatuan dari aspek perpaduan ahli-ahli dalam usaha mencapai objektif. Jika tidak wujud ikatan di kalangan ahli dan pemimpin, maka ia bukan lagi persatuan kerana sudah wujud perpecahan yang menggugat proses mencapai matlamat.

Di Sarawak memang banyak persatuan – bukan di Sarawak sahaja, tempat lain pun demikian juga – antaranya ialah Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU).

Saya memilih dua persatuan ini memandangkan hari ini (8 April 2012) dua akhbar di Sarawak menyiarkan berita – Utusan Sarawak memaparkan Saberkas, manakala Utusan Borneo dengan laporan SDNU.

Pandangan saya tentang berita yang disiarkan itu ialah negeri kita memerlukan sokongan semua pihak untuk maju. Persatuan sebegini wajar dijadikan landasan untuk menyumbang terhadap ilham-ilham yang bernas sebagai antara proses membangunkan Sarawak kita yang tercinta.

Presiden Saberkas, Datuk Amar Abg Johari Abg Openg dipetik berkata Saberkas terbukti telah memberi sumbangan terhadap pembangunan belia yang kini sudah menempa kejayaan dalam pelbagai bidang.

Penubuhan Saberkas adalah atas kerjasama semua pihak di Sarawak untuk mengumpul belia agar dapat membangunkan masyarakat seiring dengan pembangunan negeri.

Dan dengan melihat pucuk kepimpinan Datuk Amar Abg Johari, kita sudah pasti bahawa perjuangan Saberkas adalah sebagai pelengkap terhadap usaha kerajaan yang ingin menyaksikan belia maju dan mampu menyumbang terhadap pembangunan.

image

Manakala SDNU semalam mempunyai presiden baru iaitu Tan Sri William Mawan Ikom menerusi perhimpunan tiga tahun sekali persatuan berkenaan. Tan Sri William Mawan yang juga presiden SPDP menggantikan Mengga Mikui.

Peralihan pucuk pimpinan baru itu dilihat sebagai satu petanda positif dalam merapatkan lagi SDNU dengan kerajaan memandangkan Tan Sri William Mawan ialah Menteri Kanan Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Sosial Sarawak.

Dengan pemilihan itu dia berharap akan lebih ramai kaum Bidayuh menyertai SDNU yang kini ahlinya sejak akhir ini majoriti adalah berketurunan Iban.

“Perpaduan dan sokongan daripada kaum Dayak lain amat penting bagi SDNU dalam menerajui era baru dan berharap dengan penyertaan itu tidak dihalang disebabkan perbezaan pendapat, pendirian dan kepercayaan masing-masing,” katanya dipetik menerusi Utusan Borneo.

Tan Sri Wiliam Mawan turut menyeru ahli-ahli agar mengenepikan fahaman politik apabila berada dalam persatuan, demi memajukan pertubuhan berkenaan.

Justeru, sebagai negeri yang masih dalam proses mencapai kemajuan, tidak usahlah kita terlalu berpolitik. Politik sana politik sini hingga tidak ada satu pun kerja selesai.

Apa kata lupakan politik selepas dan sebelum pilihan raya – berpolitik ketika pilihan raya tiba – dan masa lain manfaatkan untuk membangunkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Moga Sarawak terus membangun dan kekal stabil politik.

Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: