YangSaya Nampak

Pesta Benak mampu tarik lebih ramai pengunjung.

In Pelancongan, Sarawak, Sosial on April 8, 2012 at 11:19 pm

Aksi jet ski yang menghiburkan pengunjung Pesta Benak Sri Aman 2012.

SEJAK Jumaat yang lalu beberapa orang teman-teman saya asyik bersaing muatnaik gambar-gambar di Facebook yang ditangkap di Pesta Benak – ada gambar orang dan ada gambar benak.

Benak satu kejadian alam yang unik kerana tidak banyak seumpamanya berlaku di seluruh dunia. Ia merupakan kejadian ombak yang bergerak ke hulu sungai (dalam kes ini, Batang Lupar) apabila berlaku air pasang dan ia berlaku sekali sahaja dalam setahun.

Saya tertarik dengan kemeriahan Pesta Benak yang diadakan mulai 6 April hingga 8 April 2012, tetapi sekadar melihat foto-foto ditangkap oleh teman-teman berkesempatan ke Sri Aman.

Aksi Pesta Benak Sri Aman 2012

Dengar khabar Pesta Benak kian dikenali di peringkat antarabangsa atau dengan kata lain pelancong mula tahu kewujudan kejadian alam yang tidak ada di tempat mereka. Dalam gambar-gambar yang dipertontonkan menerusi Facebook, orang putih ramai yang berada di tapak pesta.

Orang putih juga ada menyertai acara seperti luncur ombak dan kemahiran mereka dalam acara berkenaan telah menarik perhatian pengunjung terdiri daripada penduduk tempatan.

Aksi Pesta Benak Sri Aman 2012

Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Dr James Dawos Mamit dipetik menerusi akhbar pada Ahad berkata peluncur dari luar negara mengakui benak Batang Lupar antara yang terbaik di dunia untuk aktiviti luncur ombak.

“Fenomena benak Batang Lupar diiktiraf di tangga keempat dalam senarai 10 Benak Teratas Dunia,” kata Datuk Dr James Dawos.

Ah…alangkah indah dan bertuah mereka yang dapat menyaksikan kejadian benak yang sudah pasti menghiburkan. Pesta berkenaan diletakkan sebagai antara acara utama dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak.


Dikatakan tempat penginapan seperti hotel dan rumah tumpangan penuh dengan pelanggan – ada yang sudah menempah pada tahun lepas kerana enggan lepas peluang untuk menyaksikan kejadian alam itu.

Perniagaan pun turut melonjak jualannya. Kedai makanan dan minuman sentiasa penuh dengan pelanggan selama tiga hari tersebut.

Beberapa akhbar turut tidak ketinggalan menyiarkan berita dan gambar tentang Pesta Benak.

Saya percaya dan setuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa pesta berkenaan lebih ramai pengunjung jika benar ia dapat diadakan dalam masa cuti sekolah.

Pada penganjuran kali ini, dikatakan seramai 60,000 orang pengunjung telah berada di Bandar Sri Aman. Ia lebih dari jangkaan iaitu 50,000 orang.

Bagaimanapun saya percaya bilangan pengunjung memang dapat ditambah dengan menggandakan publisiti di persada tempatan dan antarabangsa.

Selamat maju jaya Pesta Benak 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: