YangSaya Nampak

Kuching mercu tanda pembangunan negeri Sarawak yang pesat membangun.

In Barisan Nasional, Pembangunan, Sarawak on April 7, 2012 at 12:30 am

BANDAR RAYA Kuching sering disalah eja apabila menjadikan perkataan ‘bandar’ dan ‘raya’ sebagai satu patah perkataan.

Papan tanda menunjukkan arah ke pusat Bandar Raya Kuching juga ditulis dengan ejaan yang salah, malah Dewan Bandaraya Kuching  Utara pun salah.

Tetapi ia tidak mengapa kerana kesilapan yang boleh diperbetulkan dan boleh dikatakan kesalahan remeh.

Apa yang penting ialah Kuching sebagai sebuah bandar raya pusat pentadbiran negeri Sarawak berada di landasan yang betul menuju sebuah kawasan maju dalam Sarawak sesuai dengan statusnya.

Ia berada atas landasan yang betul bukan secara kebetulan atau bak kata pepatah ‘yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek’, kerana semua kejayaan bermula dengan usaha gigih dan kemudian ditentukan oleh Tuhan.

Pemandangan indah Bandar Raya Kuching

Kuasa dan takdir Tuhan kita tidak mampu melawan, apa yang mustahak ialah tekun dan bijak merancang dalam mencapai kejayaan.

Kuching tidak diiktiraf sebagai sebuah bandar raya yang sejahtera di peringkat antarabangsa hanya dengan begitu sahaja.

Bandar raya itu tidak menyaksikan pembinaan kompleks beli-belah dan kawasan peranginan yang menarik jika syarikat pelabur tidak yakin dengan perancangan.

The Spring sering jadi tumpuan ramai

Persoalan di sini ialah, siapa yang merencanakan semua ini? Siapa pula bertanggungjawab terhadap kestabilan politik?

Jawapan tidak sukar untuk dicari kerana ia ada apabila anda tahu parti apa yang memerintah negeri ini sejak merdeka.

Barisan Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Parti Perikatan tidak wajar dinafikan kebijaksanaan teraju kepimpinan mereka apabila berjaya membangunkan Sarawak dengan acuan tersendiri.

Boulevard miliki tarikan tersendiri

Dari aspek pembangunan bandar sebagai contoh di Kuching, kian banyak bandar-bandar satelit dan kawasan komersial yang wujud. Antaranya Tabuan Jaya, Kota Sentosa, Batu Kawa, Matang Jaya, Bandar Baru Samariang dan lain-lain.

Ia wujud berikutan permintaan warganya yang berbelanja untuk mendapatkan barangan dalam kategori keperluan dan kehendak. Ia wujud kerana tauke-tauke ada modal untuk membukanya.

Begitu juga kawasan perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan – ia adalah berdasarkan permintaan warga Kuching yang mampu membeli rumah baru kerana kedudukan kewangan kukuh.

Kuching memiliki kompleks beli-belah yang besar antaranya The Spring di Simpang Tiga, Boulevard di Batu 4 Jalan Kuching-Serian, Wisma Saberkas di Jalan Tun Abang Haji Openg dan pelbagai lagi. Masih banyak juga dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap tidak lama lagi lantas menambah seri terhadap bandar raya itu.

Hotel Four Points by Sheraton

Usaha meminimumkan kesesakan jalan raya giat dilakukan, antaranya di persimpangan Jalan Song dan Jalan Tun Jugah yang kini menyaksikan pembinaan jejambat dan kerja-kerja melebarkan jalan di Jalan Matang Baru. Semua itu adalah untuk warga bandar raya berkenaan.

Ada yang terfikir sejenak, apa lagi yang dicari oleh warga bandar raya itu sehingga mereka ada yang percaya bulat-bulat dengan dakwaan di Internet.

Pihak berkenaan cuba memberi imej buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat memerintah Sarawak menerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Apa yang dilakukan Barisan Nasional semua tidak betul, cuma mereka yang bijak melakukan kerja-kerja untuk rakyat.

Justeru, sokongan rakyat diperlukan untuk menjayakan kerja-kerja dan rancangan kerajaan membangunkan negeri Sarawak, bukan sahaja di Kuching tetapi di semua bahagian Bumi Kenyalang.

  1. Pembangunan Kuching adalah bergantung seratus-peratus kepada pelabur tempatan (taukey besar tempatan) dan asing. kerajaan langsung tidak membuat apa-apa. Setiap warga Kuching tahu tentang kebenarannya. shopping mall n hotels n tempat peranginan semua ni tanah persendirian dan dibangunkan oleh taukey tempatan.

  2. bonny – tidak wajar untuk mengatakan kerajaan sik ada molah apa-apa untuk pembangunan. wakakakakaka. lucu eh. dah la kitak madah pembangungan kuching bergantung seratus peratus dengan tauke. nang lucu statement kitak ya. salute dengan statement macam tok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: