YangSaya Nampak

James Masing, anda betul apabila tolak pelawaan ‘Forum siapa bos’

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on April 6, 2012 at 11:04 am

APA YANG SAYA NAMPAK apabila menteri kanan Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menolak untuk menyertai “Forum Siapa Bos?” ia adalah satu tindakan yang betul dan wajar, serta mempamerkan kematangan beliau dalam percaturan dunia politik.

Forum itu dianjurkan selepas hangat isu ‘jangan lawan tauke’ didebat oleh anggota politik pembangkang di Sarawak menerusi akhbar-akhbar.

Frasa itu dituturkan oleh Tan Sri James Masing ketika mengulas isu Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang memohon agar bantuan kerajaan kepada Frusis Lebi yang dikatakan OKU.

Tan Sri James Masing merupakan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), manakala Datuk Mong sebagai Ketua Pemuda PRS.

Ekoran pendedahan surat permohonan itu, ramai pihak mengecam tindakan Mong Dagang yamg disifatkan mereka sebagai tidak patut dilakukan terhadap OKU, meskipun Frusis terang-terang menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Apatah lagi apabila pembangkang atau khususnya DAP dan PKR mengetahui perkara tersebut,lantas menjadikannya sebagai isu terbaik untuk mengenakan ahli-ahli politik Barisan Nasional, sekali gus cuba meraih sokongan umum.

Lantaran itu, forum itu didakwa pembangkang sebagai medan untuk menentukan siapa sebenarnya ‘tauke’ – rakyat atau wakil rakyat? Persoalan itu sebenarnya subjektif dan tidak ada jawapan khusus untuk menentukan siapa betul atau salah.

Justeru, adalah betul tindakan Tan Sri James Masing untuk menolak penyertaannya dalam forum yang tidak memberi manfaat kepada umum. Dan sudah semestinya ahli politik pembangkang selepas ini melabelkan beliau sebagai tidak berani menyahut cabaran.

Tan Sri James Masing dipetik menerusi akhbar berkata banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan beliau berbanding datang berbahas isu yang polemik, pda 15 April 2012 kelak.

“Tidak, saya tidak berminat (menjadi panel). Banyak lagi perkara yang lebih bermanfaat perlu saya lakukan untuk rakyat khususnya di kawasan saya bukannya membuang masa berhukah mengenai isu-isu polemik,” kata Tan Sri James Masing dipetik menerusi akhbar pada Jumaat.

Apalah guna juga untuk membincangkan isu penggunaan frasa ‘siapa tauke’ atau ‘jangan lawan tauke’ – sedangkan lagi banyak benda lain hendak dibincangkan.

Ini menggambarkan ahli politik pembangkang suka melakukan kerja yang sekadar bercakap dan berbahas tentang sesuatu isu. Tetapi segala program pembangunan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.

Berbahas atau melontarkan pandangan menerusi forum untuk menunjuk-nunjuk siapa yang petah bercakap dan berhujah di khalayak, tidak memberi manfaat kepada orang ramai. Kerja demikian sekadar untuk seronok-seronok dan tidak ada matlamat pembangunan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: