YangSaya Nampak

Sekadar mengkritik, DAP sukar kuasai luar bandar.

In Politik, Sarawak on April 5, 2012 at 12:14 am

DAP di Sarawak kelihatan melangkah dengan gah dan penuh yakin apabila menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Ada berpendapat ia seolah-olah terlampau bangga dan perasan tentang kehebatan mereka, lantas kini mula mengorak langkah untuk memasuki kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang majoriti pengundinya Iban atau Bidayuh.

Tetapi saya percaya dan yakin impak usaha gigih mereka di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini kelak belum menampakkan hasil yang besar.

Jika sekadar mengadakan sidang akhbar hampir setiap hari menyatakan masalah itu dan masalah ini, saya rasa belum memadai untuk menyaingi prestasi dan pelaksanaan program pembangunan oleh Barisan Nasional di luar bandar.

Dari kajian ringkas, orang kampung lebih mempercayai dan yakin dengan usaha dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka kerana wujud bukti-bukti.

DAP tidak akan mampu pergi jauh ke kawasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya .

Isu-isu yang dibangkitkan kebanyakan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

Jenama politik DAP, tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan.

Adalah senang untuk mengkritik akan tetapi mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

Bagaimanapun keputusan pilihan raya negeri lepas wajar dijadikan pentunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, DAP di bahagian Kuching sudah jelas menunjukkan minat untuk mempertaruhkan seorang calon Bidayuh di Parlimen Mas Gading. Kini bakal calon itu, Mordi Bimol, sudah bergerak ke kampung-kampung dan mendakwa mendapat sokongan memberangsangkan.

Sokongan ketika berdepan dengan tetamu yang berkunjung ke kampung tidak akan sama dengan yang diterjemahkan di kertas undi. Orang kampung biasanya melayan tetamu dengan baik apabila orang luar datang berkunjung. Mungkin itu yang disalahertikan oleh DAP.

Bukan mudah untuk DAP merealisasikan impiannya menawan kawasan luar bandar di Sarawak. Kaum Dayak tidak mudah terpedaya dengan janji DAP.

Mungkin akan ada yang menyertai DAP tetapi parti itu tidak akan dapat memikat pemimpin Dayak yang berkualiti.

Ini kerana walaupun parti itu disertai pelbagai bangsa, DAP pada asasnya parti kaum Cina, kaum Dayak tidak akan berpeluang bersuara.

  1. DAP parti komunis…penipu dayak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: