YangSaya Nampak

Undi PAS: Kerana kaum atau pembangunan?

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak on April 4, 2012 at 12:26 am

SAYA NAMPAK Parti Islam Se-Malaysia atau lebih kerap disebut sebagai PAS sudah ada ‘kemajuan’ dalam menilai keupayaan serta potensi seseorang calon pilihan raya di Sarawak.

Akhbar dalam dua tiga hari ini melaporkan PAS akan meletakkan calon keturunan Iban dalam usaha menewaskan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sibuti yang kini YB Ahmad Lai adalah wakil rakyatnya.

Berdasarkan laporan itu PAS dikatakan cuba meraih undi berdasarkan komposisi kaum paling ramai di sesebuah kawasan.

Mereka juga percaya bahawa undi di kalangan masyarakat Iban akan lebih banyak diraih dengan mempertaruhkan calon keturunan Iban, kerana pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 di Dewan Undangan Negeri Beting Maro, calon PAS turut memperoleh sokongan kaum Iban meskipun ia tampil lebih dengan imej sebuah parti Melayu dan Islam.

Analisis mudah saya ialah PAS sekadar meletakkan calon yang mampu meraih sokongan berdasarkan latarbelakang orang terbabit. Adakah jika calon ini menang kelak mampu bekerja untuk rakyat dan paling mustahak, berupayakah dia merancang pembangunan untuk manfaat rakyat semua kaum?

Tidak seperti Barisan Nasional yang menawarkan calon boleh menang dalam konteks yang mendalam seperti kerja kuat untuk membangunkan kawasan dan penduduknya, serta berupaya menggerakkan minda rakyat agar bekerja gigih dan tekun demi kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pilihan raya bukan cuma medan pertempuran untuk memilih siapa yang menjadi wakil rakyat – tetapi ia sebenarnya lebih jauh dari itu – dan adakah PAS menyelami sebenar-benarnya maksud sebuah kemenangan dan amanah yang digalas di bahu selepas pengundi memilih dia?

Jika hanya bertindak sebagai pengkritik terhadap dasar-dasar dan rancangan-rancangan kerajaan, ramai yang boleh berbuat begitu tanpa meletakkan wakil di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Mereka yang layak duduk di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri ialah orang yang berfikiran jauh dan mempunyai semangat tinggi dalam memajukan semua bangsa bukan satu kaum semata.

Apa yang menjadi satu tarikan juga pada pilihan raya umum ke-13 kelak ialah mampukah pakatan pembangkang mengekalkan prestasi mereka seperti dikecapi pada pilihan raya umum 2008.

Sebenarnya apa yang didengar dari kem parti-parti pembangkang ialah berupayakah mereka mengulang kejayaan lampau dan menambah bilangan sokongan menerusi kertas undi?

Sebab itu mereka kini menggandakan serangan siber dengan menggembar-gemburkan apa jua perkara bersangkut-paut dengan kerajaan, waima isu itu sekelumit – mereka akan besar-besarkan demi kelangsungan politik.

Justeru, saya sering bermuhasabah agar berfikir panjang sebelum menyokong parti selain komponen Barisan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: