YangSaya Nampak

Archive for April, 2012|Monthly archive page

Pekerja swasta di Sarawak layak dapat gaji minimum RM800 sebulan.

In ekonomi, Sarawak, Sosial on April 30, 2012 at 11:05 pm

SAYA tidak pasti adakah ini berita gembira atau tidak bagi kalangan mereka yang bekerja dalam sektor swasta. Apa yang pasti mereka yang selama ini mendapat gaji kurang dari RM800 sebulan akan layak menikmati gaji sebanyak itu apabila kerajaan memperkenalkan Perintah Gaji Minima.

Dari segi logiknya, memang ada yang akan gembira jika majikan mereka melaksanakannya.

Saya berpendapat itu adalah usaha kerajaan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan yang dicurahkan pekerja swasta tidak bergaji besar. Itu dinamakan kerajaan yang prihatin dengan segenap lapisan masyarakat.

Gaji minimum itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu menerusi perhimpunan khas dengan pekerja sektor swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Isnin akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan.

Beliau yang dipetik menerusi Bernama berkata gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Sarawak, Sabah dan Labuan ialah RM800. Gaji minimum di Semenanjung Malaysia pula ialah RM900.

Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Ia berfungsi kepada RM4.33 sejam bagi para pekerja di Semenanjung manakala pekerja di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibayar minimum RM3.85 sejam.

Najib yang dipetik menerusi Bernama juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Kerajaan bagaimanapun berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

Tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan peluang untuk membuat persediaan supaya perniagaan mereka tidak akan terjejas.

Najib berkata, tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding.

Beliau berkata, walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan.

Beliau menambah, tempoh yang diberikan itu adalah mencukupi untuk majikan menstruktur semula gaji dan operasi perniagaan mereka.

“Kerajaan menyediakan satu mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya mereka yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh merayu untuk ditangguhkan.

“Kami juga menyediakan satu mekanisme di mana beberapa elaun atau bayaran tunai tetap dibenarkan untuk diserap dalam pengiraan bagi gaji minimum.

“Ini adalah untuk memastikan bahawa pelaksanaannya tidak membebankan majikan dan tidak akan kehilangan pekerja,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

“Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

“Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara,” katanya.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Beliau berkata, Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Kek lapis kian dapat sambutan di pasaran luar Sarawak.

In Sarawak, Sosial on April 30, 2012 at 6:17 pm

Lagi tentang kek lapis Sarawak – antara produk kebanggaan industri desa Bumi Kenyalang – yang kini kian dikenali ramai di luar negeri itu.

Sebab nama yang popular dan rasa yang memang enak dan lazat, ia mudah menembusi pasaran domestik atau antarabangsa.

Baru-baru ini kek lapis yang diusahakan oleh sekumpulan usahawan wanita di Kuching disahkan bakal dipasarkan di Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikendalikan oleh Mydin Sdn Bhd.

Mungkin itu satu rahmat kepada para pengusaha kek lapis selepas kejatuhannya pada tahun 2011 susulan pengesahan mentega jenama Golden Churn bukan halal. Majotiti pengusaha kek lapis dikatakan Mentega itu dikatakan bahan berkenaan.

Tetapi syukur sebab sekarang industri itu mula bangkit kembali. Itu yang kita mahukan kerana kukuh ekonomi rakyat, itu bermakna kerajaan bijak mengendalikan pentadbiran negara.

Borneo Post Online pada Sabtu melaporkan kek lapis Sarawak mempunyai pasaran luas di Johor kerana amat popular dalam kalangan penduduk negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Datuk Maulizan Bujang dipetik berkata produk berkenaan boleh dilabelkan barangan wajib dibeli bagi penduduk Johor setiap kali berkunjung ke Sarawak.

Malah, terdapat beberapa pengusaha sudah mula menjalankan perniagaan Kek Lapis Sarawak di Johor.

“Ia (Kek Lapis Sarawak) amat popular di Johor. Kita memang mengalu-alukan usahawan negeri ini (Sarawak) melabur di Johor,” katanya dipetik dalam artikel itu.

Maulizan menjelaskan, produk-produk tempatan amat sesuai dipasarkan di Johor memandangkan lebih 40,000 rakyat Sarawak menetap di negeri itu.

Projek kecil tetapi impak besar kepada rakyat.

In Barisan Nasional, Politik, Sarawak, Sukan on April 30, 2012 at 10:19 am

MESKIPUN projek itu kecil dan bersifat tempatan di mata sesetengah pihak yang tidak berkaitan, sebenarnya ia adalah sebaliknya bagi mereka yang berkenaan.

Misalnya yang berlaku di Telaga Air, sebuah kampung tidak jauh dari Bandar Raya Kuching.

Berikut ialah kegembiraan seorang penduduk di Telaga Air apabila wakil rakyat daripada Barisan Nasional membantu membina titi, seperti dilaporkan Borneo Post Online.

Perasaan gembira jelas terpancar di wajah Abu Musa apabila jalan titi daif menuju ke rumahnya diganti semula dengan yang lebih kukuh.

Pembinaan jalan itu dilakukan secara gotong-royong dengan dianjurkan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Program tersebut turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), RELA Telaga Air, SABERKAS dan Sukarelawan Al-Falah Pantai Damai.

Abu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ia merupakan usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

“Saya berterima kasih kepada YB (Dr Abdul Rahman Junaidi) kerana sanggup menghulurkan bantuan dan turun padang dalam gotong-royong ini,” katanya.

Dia yang merupakan ayah kepada empat anak yang masih bersekolah memuji usaha tersebut dan mahu ia diteruskan agar lebih ramai golongan susah dapat dibantu.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman menjelaskan bahawa program itu berkemungkinan besar akan diadakan setiap tahun dalam usaha membantu golongan susah dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung.

“Ia juga merupakan usaha menggalakkan generasi muda meneruskan budaya gotong-royong seperti yang menjadi amalan masyarakat sebelum ini,” ujarnya.

Tambahnya, rancangan selepas ini adalah untuk membina lorong pejalan kaki untuk penduduk miskin di Kampung Santubong.

“Kami akan menjemput lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam program seperti ini,” jelasnya sambil menambah keluarga yang akan dibantu itu terdiri daripada lapan ahli keluarga.

Internet lebih laju beberapa tempat di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu – TM.

In Pembangunan, Sarawak, Sosial on April 30, 2012 at 9:56 am

SERING kita terdengar keluhan tentang keupayaan Internet yang melampau lambat. Malah kadang-kadang ada yang menyumpah seranah penyedia perkhidmatan telekomunikasi disebabkan masalah berkenaan.

Keupayaan Internet (laju atau lambat) memang satu tajuk perbandingan sebelum seseorang mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat telekomunikasi.

“****** (syarikat telekomunikasi) laju ka? Bagaimana dengan kelajuan ****** (syarikat telekomunikasi)”. Itu kata-kata yang sering diturutkan oleh pelanggan sebelum membuat pilihan.

Jelas itu menunjukkan kepentingan bagi syarikat telekomunikasi sentiasa meletakkan perkhidmatan mereka pada tahap yang tinggi. Dan bukannya apabila membuka satu laman web, umpama kucing bertanduk.

Ini akan menimbulkan kebencian kepada para pelanggan yang merasakan wang bayaran bil tidak berbaloi.

Akhbar pada Isnin dipetik berkata 

Justeru, usaha menaikkan mutu perkhidmatan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi wajar dialu-alukan dan seelok-eloknya menjadi teladan syarikat yang lain.

Akhbar pada Isnin melaporkan lebih 8,000 rumah di Sarawak bakal menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi menerusi pelan baharu jalur lebar TM Unifi menjelang September 2012. Unifi adalah gentian optik ke rumah seperti yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Menurut Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Sarawak Abdul Rahim Mohd Ali, pihaknya kini sedang giat melakukan kerja-kerja pemasangan gentian optik bagi menggantikan tembaga.

Fasa pertama di negeri ini melibatkan kawasan di Tabuan Jaya Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Lutong.

Untuk Kuching, tempoh fasa itu dalam suku keempat bermula September, itu pun jika kami  dapat mengikut jadual,” jelasnya.

Abdul Rahim dipetik sebagai berkata untuk fasa seterusnya ia akan dilaksanakan pada tahun 2013.

Diharap usaha sebegini mampu meningkatkan mutu keupayaan Internet di Sarawak. Kita tidak mahu ketinggalan dalam dunia ICT yang kian mustahak dalam kehidupan harian.

Bersih 3.0 – antara ‘konon’ dan takut bayang-bayang.

In Masalah masyarakat, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 28, 2012 at 9:48 pm

BANYAK dinding Facebook, Twitter dan akhbar online melaporkan hampir setiap detik mengenai perkembangan perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu, terutama yang berlangsung di ibu negara, Kuala Lumpur.

Perhimpunan anjuran Ambiga itu turut dilaporkan oleh media luar negara seperti Australia News dalam slot berita utama mereka. Visual ditayangkan menunjukkan negara kita dilanda masalah. Kecoh di Kuala Lumpur.

Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.

Di Bandar Raya Kuching kira-kira 500 orang menyertai perhimpunan berkenaan. Lokasi dipilih ialah pekarangan Kompleks Pelancongan Sarawak bermula pukul 2 petang.

Dari gambar-gambar yang disiarkan dalam ruangan Facebook dan media online, majoriti peserta terdiri daripada pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang. Mereka berbaju kuning dengan tulis Bersih 3.0.

Sekurang-kurangnya suasana perhimpunan di Kuching tidak seperti di Kuala Lumpur yang dicemari dengan insiden membalikkan kereta polis, merosakkan harta benda awam dan memasuki kawasan larangan mahkamah iaitu Dataran Merdeka.

Bersih 3.0 di Kuching.

Bagaimanapun perhimpunan itu diadakan bagai kerana mereka takut dengan bayang-bayang sendiri. Parti-parti pembangkang bimbang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak – bukan seperti objektif digariskan mereka.

Antara sebab perhimpunan Bersih 3.0 diadakan (kononnya):-

1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0

2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi

3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dapat dilakukan dengan telus dan adil

4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih

5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi

Dengan kata ringkas, mereka menuntut proses pilihan raya yang adil dan telus.

Mengapa digunakan istilah ‘konon’? Sebab apa yang mereka katakan pilihan raya kotor tidak dibuktikan dengan kukuh.

Ramai pihak menyokong hujah bahawa pilihan raya di negara ini adil.

“Jika tidak adil bagaimana mereka (pembangkang) boleh menang di beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008,” kata seorang penduduk warga bandar raya Kuching.

Malah, pada pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, pembangkang menang di banyak kawasan Dewan Undangan Negeri .

Sukar dimengertikan apa sebenar yang tersirat di dalam minda mereka yang menyertai dan menganjur perhimpunan Bersih 3.0.

Sebab itu kesimpulannya, perhimpunan yang kononnya menuntut proses pilihan raya diadakan dengan adil dan telus, sebenarnya dieksploitasi oleh ahli politik pembangkang yang takut bayang-bayang sendiri. Seolah-olah mampu menjangkakan keputusan pilihan raya umum kelak majoriti rakyat kali ini tidak akan berpihak terhadap mereka.

 

600 kampung wifi di Sarawak menjelang awal 2013.

In Barisan Nasional, Pembangunan, Sarawak on April 28, 2012 at 9:06 pm

INI merupakan antara berita gembira, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang dibesarkan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Pendek kata semua banyak bergantung dengan Internet.

Sejajar dengan hasrat kerajaan ingin menyaksikan semua penduduk kampung mempunyai capaian terhadap teknologi komunikasi dan maklumat, Sarawak bakal mempunyai 600 kampung tanpa wayar (wifi) menjelang awal tahun 2013.

Ini membolehkan rakyat memperoleh maklumat berguna dan mengikuti perubahan dan perkembangan terkini dengan eksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi.

BERNAMA melaporkan Timbalan Menteri Penerangan Komuniksi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum (gambar) ia juga merupakan antara usaha kerajaan merapatkan jurang digital luar bandar dan bandar.

Dalam satu majlis di Julau dekat Sibu beliau berkata kini sebanyak 210 kampung wifi telah beroperasi di negeri Sarawak.

Sebanyak 116 lokasi lagi dalam proses pelaksanaan.

Datuk Joseph Salang berkata lagi kini 295 menara komunikasi beroperasi di seluruh Sarawak, tiga daripadanya di Julau, dan 10 lagi sedang didirikan.

Mengenai komputer notebook 1Malaysia pula, katanya, setakat ini Sarawak diperuntukkan 150,000 unit dan pengagihannya dibuat secara berperingkat.

Dalam majlis di Kuching, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik menerusi laporan BERNAMA sebagai berkata Sarawak berazam melupuskan reputasi sebagai titik hitam komunikasi dengan kadar penembusan jalur lebar dijangka meningkat lebih 50 peratus menjelang akhir tahun 2012.

Kerajaan persekutuan dan negeri mempertingkatkan usaha membangunkan infrastruktur komunikasi khususnya di kawasan pedalaman di Sarawak.

“Sudahpun 34 Pusat Jalur Lebar Komuniti dengan jalur lebar berkelajuan tinggi telah diwujudkan di 27 kawasan parlimen di seluruh negeri ini,” katanya.

 

Ribuan warga Kuching saksikan pameran koridor dan bandar raya.

In Barisan Nasional, ekonomi, Sarawak, SCORE on April 28, 2012 at 5:21 pm

Peluang untuk menyaksikan rancangan pembangunan ekonomi kerajaan negeri Sarawak menerusi Hari Terbuka Koridor dan Bandar Raya pada Sabtu tidak dilepaskan oleh warga bandar raya Kuching.

Dari riak wajah ternyata mereka ingin tahu apakah yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas diberikan mandat memerintah Sarawak menerusi Pilihan Raya Negeri ke-10 pada April 2011.

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan rancangan besar dan berpandangan jauh yanh diilhamkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Yang jelas, menerusi pameran itu kerajaan ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa rancangan-rancangan adalah untuk manfaat bersama.

image

image

Baca petikan berita berkaitan:-

Posted on April 28, 2012, Saturday – www.theborneopost.com
PM to launch Corridors and Cities Open Day today

KUCHING: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will launch the Corridors and Cities open day to be held at the old State Legislative Assembly building at Petra Jaya today.

Members of the public are invited to the one-day event where they can see the results of the Corridors and Regional Cities Lab announced by the Prime Minister on June 21 last year.

It is jointly organised by the State Government and Prime Minister’s Office through the participation of, among others, State Planning Unit (SPU), Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), Regional Corridor Development Authority (Recoda) and Public – Private Cooperation Unit (Ukas).

The main objective of the event is to inform the people of the outcome of the Corridors and Regional Cities Lab and to gauge their feedback on the proposed action plans.

Entrance is free and it is open from 10am to 5pm.

For Sarawak, the Corridors and Regional Cities Lab was conducted in Kuala Lumpur and Kuching last year and was organised and facilitated jointly by Pemandu, which is a unit in the Prime Minister’s Department.

The Sarawak Corridor Of Renewable Energy (SCORE) is a major initiative undertaken by the government to develop the central region and to transform Sarawak into a developed state by the year 2020 and beyond.

It aims to achieve the goals of accelerating the state’s economic growth and development, as well as improving the quality of life for the people of Sarawak.

SCORE is one of the five regional development corridors being developed throughout the country.

Apart from Recoda, the other corridor authorities are Iskandar Regional Development Authority, Northern Corridor Implementation Authority, East Coast Economic Region Development Council, Regional Corridor Development Authority and Sedia Sabah.

The economic corridors were established to maximise, leverage and build on existing programmes in every economic corridor and aligning them with the government’s Economic Transformation Programme (ETP).

The importance of ensuring maximum impact and benefits to the locals will also be highlighted.

The people are invited to the open day to view the various Entry Point Projects (EPP) and new opportunities in the state’s 10 key focus areas which include aluminium industry, glass industry, steel industry, oil-based industry, palm oil industry, fishing and aquaculture industry, livestock industry, timber-based industry, marine engineering and tourism industry.

Sokongan Sarawak diperlukan dalam meneruskan agenda besar Barisan Nasional.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 28, 2012 at 1:25 am

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat di Sarawak meneruskan sokongan terhadap Barisan Nasional agar kerajaan berpeluang menyambung program-program pembangunan negara.

Bernama melaporkan ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kabong, Betong pada Jumaat beliau berkata mandat yang diberikan rakyat bukan hendak diselewengkan tetapi digunakan bagi meneruskan agenda besar pembangunan.

Barisan Nasional memerlukan sokongan yang berterusan daripada rakyat Sarawak yang selama ini telah banyak memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN.

Sedangkan pembangkang cuma bijak berkata-kata dan menabur janji kosong, katanya.

Rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni jika terus terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji bagi meraih sokongan undi setiap kali menjelang pilihan raya.

“Pembangkang mungkin boleh menjanjikan kita bermacam-macam pada pilihan raya umum 2008, mereka buat banyak janji di Selangor tetapi hari ini kebanyakan janji itu tidak ditunaikan,” katanya.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang mana pemimpinnya sentiasa memastikan rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mendapat nikmat pembangunan secara adil dan saksama.

Agenda pembangunan yang dibawa Barisan Nasional bukan untuk jangka masa yang singkat sahaja tetapi program yang berpandangan jauh dan berterusan.

“Agenda ini berpanjangan dan diperkenalkan oleh Allahyarham bapa saya (Tun Abdul Razak), namun ia tidak akan dilaksana jika tiada kesinambungan kepimpinan sebagai mana dalam Barisan Nasional hari ini dan kini sampai giliran saya untuk teruskan,” katanya.

Prihatin dengan masalah penduduk luar bandar, Najib berkata, kerajaan sudah meletakkan program pembangunan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih sebagai agenda penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Jika rakyat terus memberikan mandat mentadbir negara kepada Barisan Nasional untuk tempoh lima tahun lagi, kerajaan boleh melaksanakan lebih banyak program memakmurkan rakyat dan ia bukan satu janji kosong.

Najib berada di Sarawak untuk lawatan rasminya bermula 26 April hingga 28 April.  Pada 28 April, beliau akan mengakhiri lawatan di Kuching dengan menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Najib: Pendidikan Cina penting.

In Pendidikan, Sosial on April 27, 2012 at 3:45 pm

PENDIDIKAN Cina akan terus menjadi bahagian penting dalam sistem pendidikan negara dan ini terbukti dengan peningkatan peruntukan kerajaan sekolah Cina terutama sejak tiga tahun lepas, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambil berkata bantuan yang telah diberikan adalah jauh lebih banyak berbanding sebelum ini beliau memberitahu:

“Dalam Belanjawan 2012 sebagai contoh, sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk sekolah Cina di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwong di Sibu yang dibina dengan kos RM12.5 juta pada Jumaat.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tiga dari kanan) melihat kain yang diberikan oleh penari tarian Orang Hulu Sarawak yang bermaksud perpaduan antara kaum selepas merasmikan SJK (C) Thai Kwang di Sibu.

Najib dipetik menerusi Bernama berkata bagi komuniti itu, mereka sangat berbangga dengan budaya mereka yang berusia lebih 5,000 tahun.

“Bahasa Cina adalah bahagian penting budaya itu, selain nilai-nilai berkaitan budaya. Nilai seperti ketaatan kepada ibu bapa dan tanggapan untuk sentiasa memulangkan semula kepada masyarakat serta pelbagai lagi diajar di sekolah Cina,” katanya.

Najib turut menegaskan jumlah peruntukan yang sama diberikan kepada sekolah Tamil, kebangsaan dan sekolah agama di negara ini.

Beliau berkata adalah menjadi polisi kerajaan untuk berlaku adil dan merangkumi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

“Di bawah konsep 1Malaysia, kami mahu semua rakyat Malaysia berasa bahawa di negara ini dia akan menerima nikmat yang adil dan saksama daripada kerajaan,” katanya.

Kerajaan kata beliau, akan terus meletakkan pendidikan sebagai kepentingan utama untuk membangunkan sumber manusia yang amat penting bagi negara.

“Kami bukan sekadar menyatakannya tetapi juga mampu melaksanakannya, perbuatan dan polisi. Tidak ada sektor lain yang menerima peruntukan sebanyak pendidikan sejak merdeka,” katanya.

Najib berkata antara ciri unik sistem pendidikan negara ialah :”kesediaan kerajaan membangunkannya berasaskan kehendak dan aspirasi rakyat.

“Kami putuskan untuk membiarkan rakyat menentukan jenis sistem pendidikan yang mereka mahu. Tidak ada negara di Asia Tenggara yang membangun atau mengamalkan polisi begini,” kata beliau.

Najib juga memuji Anggota Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King yang merupakan pengerusi lembaga pengurusan sekolah, atas peranannya dalam membangunkan semula program sekolah itu, yang diwujudkan pada 1932.

Tiong bukan saja memimpin tetapi turut menyumbang sebahagian besar kepada dana sekolah,katanya.

“Rakyat patut ingat perbuatan baik seorang wakil rakyat Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum,” katanya.

Kerajaan BN Terus Laksanakan Janji Pilihan Raya Kepada Sibu – PM

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on April 27, 2012 at 12:16 am

Datuk Seri Najib Razak

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memenuhi janjinya dalam konteks Sarawak, terutamanya di Sibu meskipun kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Beliau berkata keadaan Sibu lebih baik hari ini, termasuk dari segi projek tebatan banjir dan prasarana, kerana tidak seperti pembangkang, kerajaan BN memenuhi segala janjinya kepada rakyat.

“Saya masih ingat (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) Datuk Douglas Uggah bertanya saya apa yang akan dilakukan sekarang memandangkan Sibu bukan lagi kawasan pilihan raya parlimen BN tetapi jawapan saya kepada beliau ialah apa saja yang kita telah janjikan kepada penduduk Sibu, kita mesti laksanakan,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Sibu malam Khamis.

Beliau berkata fasa kedua projek tebatan banjir akan bermula tidak lama lagi selepas kerajaan membelanjakan RM230 juta untuk membangunkan lima sistem saliran di Sibu.
image
Projek perluasan dan penambahbaikan terminal lapangan terbang Sibu yang berharga RM137 juta dijangka siap September tahun ini manakala jalan raya berkembar dua hala baharu yang bernilai RM200 juta akan memudahkan perjalanan ke lapangan terbang dari jambatan Durin, katanya.