YangSaya Nampak

Pekebun kecil digesa tanam pokok getah baka baru untuk lebih pendapatan.

In ekonomi, Sarawak, Sosial on March 31, 2012 at 2:23 am

KEPELBAGAIAN sumber pendapatan di kalangan penduduk Sarawak terutama dalam bidang pertanian tidak mustahil memandangkan faktor tanah yang luas belum diterokai.

Kita sering didedahkan dengan tanaman kelapa sawit yang tidak dapat dinafikan lagi mampu memberi kekayaan kepada pengusahanya.

Malah, masa depan perladangan kelapa sawit tidak usah diragui memandangkan produknya mempunyai tempat di pasaran antarabangsa meskipun wujud unsur-unsur ingin mensabotaj di kalangan pesaing-pesaing dalam industri yang sama.

Selain kelapa sawit, tanaman getah dilihat memiliki potensi tersendiri jika dinilai dari sudut keperluan produk getah dalam industri terutama yang berasaskan getah, misalnya tayar kenderaan.

Justeru, pekebun kecil di negeri ini wajar memanfaatkan peluang menyertai skim penanaman semula pokok getah baka baru lebih produktif dan seterusnya memberikan pendapatan lebih tinggi.

Baka baru yang diperkenalkan berupaya menghasilkan susu getah yang lebih banyak dan berkualiti.

Pengenalan getah baka baru, Latex Timber Clone (LTC) yang mampu menghasilkan susu getah dengan lebih banyak dan berkualiti, merupakan satu langkah kerajaan ke arah merancakkan industri getah negara ini, memandangkan ia merupakan punca pendapatan kepada lebih 260,000 pekebun kecil.

Industri getah dijangka akan menyumbang kepada pendapatan negara melalui peningkatan eksport produk-produk getah Malaysia dari RM32.4 bilion pada 2011 kepada RM98 bilion pada 2020 kelak.

Di samping itu purata pendapatan tahunan pekebun kecil juga dijangka akan meningkat sebanyak 51 peratus iaitu daripada RM1,435 bagi sehektar (tanaman getah) pada tahun 2011 kepada RM2,167 pada tahun 2020.

Pada tahun 2011, kerajaan meluluskan peruntukan RM53 juta bagi melaksanakan program penanaman getah bermutu tinggi di
negeri Sarawak.

Dipetik menerusi laporan  Utusan Malaysia pada Oktober 2011, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang berkata, program tersebut yang bermula sejak awal tahun ini melibatkan penanaman semula getah serta penanaman anak pokok baharu oleh para pekebun kecil.

“Program penanaman semula getah diselia oleh Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) manakala penanaman anak pokok baharu pula adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian.

“Kita menyasarkan kira-kira 200,000 hektar kawasan akan ditanam dengan getah dalam tempoh sembilan tahun akan datang dan sebagai permulaan, kerajaan negeri telah menyediakan kawasan seluas kira-kira 10,000 hektar tahun ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: