YangSaya Nampak

Keputusan PCM untuk tidak tanding PRU-13 dialu-alukan.

In Barisan Nasional, Pilihan Raya Umum, Politik, Sarawak on March 31, 2012 at 2:57 am

PILIHAN RAYA UMUM ke-13 diramalkan semakin dekat dan semua parti politik dilihat semakin merapikan persiapan.

Apatah lagi media – sudah memainkan peranan masing-masing. Media pro pembangkang dengan serangan sibernya yang semakin bertubi-tubi dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.

Saya agak tertarik dengan media pro pembangkang, jika semakin dekat pilihan raya, semakin banyaklah cerita-cerita ‘menarik’ untuk mereka siarkan menerusi blog atau portal berita. Umpama sebelum ini tidak ada masa untuk mereka-reka cerita. Mereka menanti saat-saat sesuai untuk meraih simpati rakyat dengan cuba mengatakan mereka sahaja yang betul dan pandai mentadbir.

Dalam kehangatan cerita dongeng dan rekaan, saya juga terbaca tentang Parti Cinta Malaysia (PCM). Parti yang dipengerusikan oleh bekas ADUN Ngemah (Bebas), Gabriel Adit Demong mengesahkan mereka tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Sarawak.

Dipetik menerusi laporan berita Borneo Post Online, dia memberitahu ia adalah berpunca dari faktor kewangan.

Bagi saya memang bagus juga untuk tidak bertanding kerana ia memberi peluang lebih tinggi terhadap kemenangan Barisan Nasional di Bumi Kenyalang yang memiliki 31 kerusi Parlimen.

Biarkan Barisan Nasional terus mendapat sokongan padu penduduk di Sarawak demi pembangunan yang terjamin dan terancang terutama di kawasan luar bandar yang masih memerlukan kemudahan infrastruktur.

Meskipun Sarawak masih ditadbir oleh Barisan Nasional di peringkat negeri, tetapi adalah amat penting untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan persekutuan di tangan Barisan Nasional juga.

Bila ada keserasian di peringkat persekutuan dan negeri, baharulah senang untuk melaksanakan program pembangunan.

Lagipun saya yakin PCM mengambil keputusan itu berikutan kekurangan sokongan diraih semasa pilihan raya negeri Sarawak pada April 2011. Gabriel Adit sendiri yang bertanding dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Ngemah, terpaksa akur di tangan kehebatan calon Barisan Nasional.

Jadi, keputusan itu memang tepat dan dialu-alukan oleh rakyat yang ingin menyaksikan Sarawak muncul sebagai sebuah negeri maju dan stabil politiknya.
PCM Sarawak tidak akan bertanding pada PRU13: Adit

Posted on March 30, 2012, Friday

KOTA SAMARAHAN: Parti Cinta Malaysia (PCM) Sarawak tidak akan bertanding di mana-mana 31 kerusi Parlimen negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ekoran daripada kekurangan dana.

Pengerusinya Gabriel Adit Demong berkata, PCM Sarawak memilih untuk tidak menyertai PRU memandangkan kosnya lebih tinggi berbanding pilihan raya negeri.

“Kami perlu ingat pilihan raya Parlimen terlalu tinggi kosnya melainkan kami mempunyai dana dan untuk itu, jadi saya merasa- kan adalah lebih baik tidak bertanding.

“Secara peribadi, saya tidak akan bertanding pada PRU13 namun jika ada mana-mana ahli parti yang mahu bertanding secara individu ia terpulang kepada mereka. Kami tidak akan menghalang mereka,” katanya.

Adit yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ngemah berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku biografi Dato Sri Edmund Langgu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

“Kami memilih untuk tidak memikirkan pilihan raya Parlimen tetapi jika pilihan raya negeri barulah kami berusaha sedaya upaya,” ujarnya.

Adit individu yang tidak asing kepada politik Sarawak, pernah memenangi kerusi DUN Ngemah dalam pilihan raya negeri 1991 di bawah tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), seterusnya pada 1996 dan 2001.

Pada 2006 beliau bertanding sebagai calon Bebas dan berjaya mempertahankan kerusinya bagi penggal keempat berturut-turut selepas menewaskan dua calon iaitu Alexander Vincent daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebagai calon BN dan Richard Lias daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Bagaimanapun pada pilihan raya 2011, Adit gagal mempertahankan kerusi Ngemah pada penggal kelima apabila beliau tewas dalam pertan-dingan lima penjuru.

Dengan kekalahan itu, BN ber- jaya merampas semula kerusi DUN Ngemah melalui calonnya Alexander Vincent.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: