YangSaya Nampak

Sumber semula jadi luar bandar Sarawak diteroka demi pembangunan.

In ekonomi, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 29, 2012 at 12:00 am

Abdul Taib ... arkitek pembangunan negeri Sarawak.

JIKA begitu perancangan di Sarawak, rasa-rasanya rakyat memahami ke mana arah dan hala tuju negeri ini dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.

Kawasan bandar sudah pasti kekal menjadi bandar, manakala yang penting sekali ialah perubahan wajah luar bandar. Tidak semestinya kampung menjadi bandar – maksudnya kemudahan di luar bandar terutama di pedalaman lebih baik berbanding sekarang.

Jika sekarang jalan tidak berturap, tidak hairan jika dalam masa setahun dua lagi jalan itu bertukar licin meskipun sekadar jalan desa.

Mungkin pekan bertukar statusnya menjadi bandar, dan daerah bertukar menjadi bahagian. Tidak mustahil kerana ia berlaku terhadap Daerah Betong dan Daerah Mukah yang sudah 10 tahun menjadi Bahagian di negeri Sarawak.

Ini semua berlaku kerana wujudnya potensi untuk lebih berkembang di kawasan luar bandar.

Luar bandar menyimpan pelbagai khazanah alam yang berupaya diteroka dan seterusnya menjadi penyumbang terhadap pendapatan negeri dan rakyat.

Justeru Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini memberitahu projek-projek pembangunan akan diteruskan di luar bandar agar jurang perbezaan tidak terlalu ketara dari segi kemudahan infrastruktur.

Dalam Borneo Post Online, Ketua Menteri Sarawak dipetik berkata kerajaan akan memberi lebih banyak tumpuan kepada luar bandar memandangkan kawasan itu mempunyai potensi lebih besar untuk menggerakkan ekonomi Sarawak ke tahap lebih tinggi.

Kawasan luar bandar yang luas di negeri menjanjikan prospek amat cerah berikutan kekayaannya dari segi sumber asli dan tanah yang perlu diterokai untuk tujuan pembangunan.

Menjadikan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebagai contoh, katanya, kawasan itu yang dahulunya sangat mundur bakal menjana berbilion-bilion ringgit bukan sahaja untuk negeri ini, tetapi juga negara.

“Mereka yang tidak memahami perkara ini, harus cuba memahaminya kerana potensi lebih besar untuk Sarawak datang dari kawasan luar bandar.

“Bagaimanapun, penduduk Sarawak perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk memainkan peranan dalam ‘polisi mengejar pembangunan’ (catch-up plan) bagi memastikan matlamat untuk mengangkat ekonomi kita mampu dicapai,” katanya dipetik menerusi www.theborneopost.com ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Betong Diisytiharkan menjadi Bahagian Ke-11 di Sarawak, di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di Betong baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: