YangSaya Nampak

Batal projek peleburan aluminium – di sebalik penjelasan masih ada menilai dengan cara negatif.

In Barisan Nasional, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 29, 2012 at 11:32 pm

SEORANG rakan pada lewat petang 27 Mac 2012 ‘tag’ saya di Facebook tentang berita ‘besar’ untuk Sarawak pada hari itu.

Artikel berita dari sebuah portal itu mengatakan CMS dan Rio Tinto membatalkan perjanjian untuk membina kilang melebur aluminium di Samalaju – kawasan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Wah, dalam hati saya perkembangan terbaru itu memang besar dan sudah pasti ada akhbar di Sarawak yang mengetengahkan berita itu di muka depan pada keesokan hari.

Dan memang benar telahan saya bahawa ada akhbar yang memaparkan berita pengumuman Cahya Mata Sarawak menerusi kenyataan media.

Utusan Borneo dipetik melaporkan begini:

“Cahya Mata Sarawak (CMS) semalam mengumumkan surat perjanjian di antara Rio Tinto Aluminium (Malaysia) Sdn Bhd (RTA), sebuah anak syarikat milik penuh Rio Tinto PLC, dengan Samalaju Aluminium Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh CMS, dan Memorandum Persefahaman antara Sarawak Energy Bhd (SEB), CMS dan RTA sudah ditamatkan menerusi persetujuan semua pihak.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS Datuk Richard Curtis, berkata CMS dan RTA sudah berusaha selama beberapa tahun untuk melancarkan projek peleburan aluminium tetapi tidak dapat memuktamadkan terma bekalan tenaga komersial dengan SEB yang dapat memenuhi pertimbangan kewangan dan kepentingan ekonomi pihak-pihak terbabit.

Sehubungan itu, RTA dan CMS bersetuju untuk menamatkan rancangan bagi membina sebuah kilang peleburan aluminium di Samalaju tetapi tetap terbuka kepada kerjasama lain pada masa depan”.

Susulan itu pada malam itu juga sudah ada analisis rambang beberapa pihak bahawa tindakan berkenaan adalah keputusan politik – apa dimaksudkan dengan politik pihak itu saya sendiri pun tidak faham.

Bagi saya SCORE itu penting – meskipun saya sekadar rakyat biasa – kerana dari apa yang dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini ia merupakan wawasan dan impian kerajaan negeri untuk melihat Bumi Kenyalang maju.

SCORE dikatakan mampu meningkatkan KDNK negeri Sarawak berikutan  pertumbuhan industri-industri berintensifkan tenaga. Tenaga yang dijual pada harga kompetitif bagi menggalakkan pelabur menanam modal di negeri ini.

Lagipun tumpuan utama SCORE ialah kawasan tengah. Maknanya, kawasan antara Samalaju di Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah akan giat membangun dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Bagaimanapun Pehin Sri Abdul Taib memberitahu perancangan SCORE tidak terjejas dengan pembatalan perjanjian antara dua pihak terbabit.

Beliau dipetik menerusi akhbar berkata dua pelabur lain juga menaruh minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Cahya Mata Sarawak dalam industri yang sama.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula memberitahu kegagalan mencapai kata sepakat dalam rundingan mengenai tarif elektrik faktor pembatalan perjanjian oleh Rio Tinto.

Malahan Datuk Amar Awang Tengah menegaskan kebimbangan sekarang bukan terhadap kekurangan pelabur, sebaliknya kekurangan keupayaan untuk membekal tenaga elektrik yang amat mustahak bagi menggerakkan industri-industri di SCORE.

Bagi saya penjelasan sedemikian sudah memadai dan tidak wajar mendapat analisis tidak berasas daripada pihak-pihak tertentu.

SCORE ialah satu perancangan teratur dan besar dalam meletakkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju dari segenap aspek – bukan hanya ekonomi.

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: