YangSaya Nampak

Renjer Kehormat Hidupan Liar Kehormat ke arah memastikan khazanah alam semulajadi Sarawak kekal.

In Alam Sekitar, Pelancongan, Sarawak on March 28, 2012 at 12:27 am

Pelantikan Kehormat Renjer Hidupan Liar di kalangan orang awam sejak beberapa tahun lalu berjaya membantu memelihara dan melindungi flora dan fauna.

Anggota renjer memainkan peranan aktif dalam membimbing dan menyedarkan masyarakat setempat mengenai kepentingan melindungi hidupan liar.

Anggota renjer juga turut terlibat secara langsung dalam menangani kegiatan haram apabila menjadi ejen dan pemberi maklumat kepada pihak berkuasa.

Dengan bantuan anggota renjer itu, lebih 20 kes termasuk cubaan menyeludup spesies yang dilindungi seperti Orang Utan berjaya dipatahkan pihak berkuasa, demikian menurut Menteri Muda Alam Sekitar Negeri Sarawak, Datu Len Talif Salleh menerusi akhbar baru-baru ini.

Orang Utan

Lantikan Renjer Kehormat Hidupan Liar dibuat di bawah Seksyen 8 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990 mengikut tempoh dan syarat tertentu.

Setiap renjer mempunyai tanggungjawab dan kuasa sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah ordinan berkenaan dalam membantu kerajaan negeri memulihara dan melindungi hidupan liar di negeri ini.

Bunga Rafflesia di Taman Negara Gunung Gading

Pengurus Besar Pemuliharaan dan Kawasan Terlindung Sarawak Forestry, Wilfred Landong sebelum ini berkata Renjer Kehormat Hidupan Liar adalah bagi menerapkan kepentingan pemuliharaan alam semula jadi sebagai cara hidup masyarakat di negeri itu.

Monyet Belanda

Di bawah program itu orang ramai berpeluang untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

“Program ini memberi faedah kepada masyarakat selain meningkatkan kesedaran berkenaan nilai-nilai pemuliharaan serta kepentingannya,” katanya dipetik menerusi akhbar.

Program sedemikian amat berjaya di negara-negara membangun di mana anggota masyarakat turut mengambil bahagian dalam
usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Artikel berita berikut turut memaparkan tentang Renjer Kehormat Hidupan Liar.

Source:Utusan Malaysia
Date: 03-12-1998
Author: ANUAR ARIFFIN
 

KUCHING 2 Dis. _ Sarawak menjadi negeri pertama di dunia yang mempunyai 
renjer-renjer kehormat hidupan liar yang ditugaskan mengawasi dan 
memulihara flora dan fauna di negeri ini.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Amar James Wong 
Kim Min berkata, terdapat seramai 4,500 orang ketua masyarakat di seluruh 
negeri ketika ini yang telah dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab 
tersebut.

Katanya, mereka dibantu oleh anggota polis, kastam dan pihak berkuasa 
tempatan (PBT).

``Dengan pelantikan sebagai renjer kehormat hidupan liar, ketua-ketua 
masyarakat mempunyai kuasa untuk menangkap individu atau pihak-pihak 
yang didapati tidak bertanggungjawab memusnahkan bukan saja binatang liar 
yang dilindungi malah hutan dan sungai.

``Sebagai rakyat yang cintakan kebersihan alam sekitar dan untuk kepentingan 
generasi akan datang, amatlah penting bagi kita untuk bersama-sama memikul 
tanggungjawab mengawal dan memulihara flora dan fauna daripada pupus,'' 
tegasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan buku Garis Panduan 
Renjer-Renjer Kehormat Hidupan Liar di salah sebuah hotel terkemuka di sini, 
hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Hamid 
Bugo dan Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak, Chong Aik Choon.

Menyedari kepentingan menjaga hidupan liar, James Wong turut menyarankan 
agar semua majlis daerah dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di 
Sarawak melantik anggota mereka untuk menjadi renjer kehormat.

Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan anggota kedua-dua agensi 
terbabit dapat digembleng ke arah usaha-usaha mengawal dan memulihara 
hidupan liar di negeri ini daripada musnah oleh kegiatan-kegiatan yang tidak 
bertanggungjawab.

``Sejajar dengan matlamat ini, Jabatan Perhutanan Sarawak telah pun melantik 
500 kakitangan sebagai pegawai hidupan liar bagi membantu tugas-tugas 
renjer kehormat ini,'' ujar beliau.

Sehubungan itu, James Wong meminta semua renjer kehormat yang dilantik 
menjalankan tugas dengan cekap berserta komitmen yang tinggi.

``Ia selaras dengan Ordinan Hidupan Liar 1998 yang telah diluluskan oleh 
kerajaan negeri pada Mei lalu dan mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober lepas,'' 
katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada renjer-renjer kehormat supaya 
menjalankan tugas dengan betul dan mematuhi segala peraturan yang 
ditetapkan.

``Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati menyalahi kuasa 
yang diberikan,'' ujarnya.

Mengenai buku garis panduan itu, James Wong menyifatkan ia penting bagi 
memudahkan renjer-renjer kehormat menjalankan tugas-tugas pengawalan dan 
pemuliharaan hidupan liar dengan cekap dan berkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: