YangSaya Nampak

Portal rasmi kerajaan negeri Sarawak salur informasi.

In Sarawak on March 26, 2012 at 12:21 am

KAPIT merupakan Bahagian yang paling luas kawasan pentadbirannya dengan 38,933 kilometer persegi, manakala Betong dengan 4,180.74 kilometer persegi ialah Bahagian paling kecil di negeri Sarawak.

Itu antara maklumat berguna berkisar tentang geografi Sarawak yang diperolehi daripada laman sesawang rasmi kerajaan negeri Sarawak di alamat http://sarawak.gov.my.

Maklumat lain yang dipaparkan di halaman ‘Tentang Sarawak’ ialah:

Sarawak diterajui oleh Ketua Menteri yang juga mengetuai Kabinet Menteri. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya diadakan selang tempoh lima tahun. Ketua Menteri sekarang ialah Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud.Sarawak juga mempunyai Yang di-Pertua Negeri yang sekarang disandang oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Semasa Sarawak menyambut Ulang Tahun ke-25 pada tahun 1988, negeri ini menerima pakai bendera, Lencana, Moto dan Lagu Kebesaran yang baru.

Laman sesawang yang ditampilkan dalam dua bahasa – Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia – itu turut memaparkan pengertian bendera Sarawak. Maklumat seperti ini nampak remeh tetapi penting untuk generasi muda yang perlu ditanamkan semangat cintakan tempat kelahiran mereka.

Pengertian benderawarna merah melambangkan keberanian, keazaman dan pengorbanan rakyat dalam usaha mereka mewujudkan negeri Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan, perpaduan dan kestabilan dalam kepelbagaian. Warna hitam menggambarkan khazanah kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti petroleum dan kayu balak. Bintang berwarna kuning dan berbucu sembilan melambangkan sembilan bahagian pentadbiran yang diwujudkan pada masa itu. Bintang ini juga melambangkan aspirasi rakyat negeri Sarawak dalam perjuangan mereka menambah baik kualiti kehidupan mereka.

Ia turut menyajikan pelawat sedikit-sebanyak maklumat pelaburan di Bumi Kenyalang di halaman ‘Pelabur’. Ia pastinya membawa kepada pencarian maklumat lebih terperinci mengenai peluang pelaburan apabila pihak terbabit membaca maklumat di ruangan ini.

Pada halaman berkenaan, kerajaan negeri Sarawak mengatakan tenaga kerja seperti berikut:

“Sarawak mempunyai tenaga kerja yang muda, produktif dan boleh dilatih. Kira-kira ¾ atau 74% penduduk di negeri ini di bawah umur 40 tahun. Pada amnya pekerja-pekerja kita mempunyai sikap bekerja yang baik dan integriti.

Sarawak mempunya institusi pendidikan yang baik yang terdiri daripada sekolah, kolej, politeknik dan universiti antarabangsa untuk melatih tenaga kerja kita. Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Institusi pendidikan dan latihan dibangunkan untuk memenuhi keperluan yang kian meningkat di industri-indusri.

Pada amnya, Sarawak mempunyai tenaga buruh yang terpelajar, mahir, separuh mahir, muda dan boleh dilatih untuk memenuhi keperluan persekitaran teknologi tinggi pelbagai industri”.

Faktor penarik pelaburan juga diberikan kepada pelawat laman berkenaan menerusi petikan di bawah:

“Negeri Sarawak mempunyai politik yang stabil di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dinaungi Barisan Nasional yang ditubuhkan dalam tahun 1970.

Kerajaan Negeri menyokong dasar-dasar mesra perniagaan dan berfokuskan pelanggan dan juga menggalakkan kegiatan ekonomi yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan potensi pelaburan.

Kerjasama ole kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam soal dasar perindustrian dan pelaburan telah mewujudkan jaminan yang panjang yang sangat diperlukan dalam kegiatan perniagaan.

Suasana politik yang stabil merupakan faktor utama yang menarik pelabur-pelabur asing ke negeri yang mempunyai potensi yang banyak ini”.

Maklumat-maklumat seumpama dimuatkan dalam laman sesawang itu amat dihargai oleh mereka yang mencari hal ehwal berkaitan Sarawak.

Ia merupakan usaha yang amat dialu-alukan dalam antara usaha memodenkan pentadbiran kerajaan negeri.

Meskipun demikian, harus diakui setiap perkara ada kelemahan yang perlu diperbaiki – misalnya ada ‘link’ yang tidak berfungsi ke laman dikehendaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: