YangSaya Nampak

Polis Kuching mengerat hubungan dengan masyarakat untuk mudah basmi jenayah.

In ekonomi, Masalah masyarakat, Sarawak, Sosial on March 26, 2012 at 11:24 pm

SEMPENA Hari Memperingati Polis ke-205, kita wajar mengenang jasa dan pengorbanan anggota polis sejak awal kemerdekaan lagi.

Tanpa usaha dan kegigihan mereka, kita tidak mungkin berada di kedudukan sekarang. Biar apa pun kritikan dan dakwaan, mereka tetap melaksanakan tugas demi keamanan negara.

Tetapi tidak dinafikan ada segelintir mereka yang mencemar imej kepolisian semata-mata hendak hidup senang-lenang.

Ramai lagi anggota polis yang berintegriti tinggi dan komited dalam melaksanakan tugas menegak undang-undang negara.

Ketegasan merupakan satu prinsip yang perlu dipegang oleh mereka yang bergelar polis memandangkan mereka berdepan dengan pelbagai karenah orang ramai setiap hari.

Bagaimanapun ketegasan tidak semestinya membantutkan usaha polis untuk rapat dengan masyarakat setempat.

Hubungan yang baik dengan masyarakat sedikit sebanyak akan membantu mereka mengurangkan kadar jenayah.

Malah, orang ramai tidak akan teragak-agak menyalurkan maklumat tentang kegiatan jenayah kepada polis.

Apabila rapat dengan masyarakat di sekeliling, langkah-langkah pencegahan jenayah dapat dilakukan secara bersahaja. Bukankah pencegahan lebih baik sebelum jenayah dilakukan, misalnya anggota polis menasihatkan remaja agar tidak menghisap dadah.

Mesej yang cuba disampaikan ialah bahaya menghisap dadah dari aspek kesihatan dan apabila ketagih, pelbagai jenayah berkaitan mungkin dilakukan seperti mencuri dan merompak. Mereka perlukan wang untuk membeli dadah.

Sehubungan itu saya tertarik dengan cara Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad dalam usaha dia mengurangkan kes jenayah di kawasan bandar raya Kuching.

Dia menubuhkan kelab berbasikal dengan diketuainya sendiri. Dia mengalu-alukan penyertaan orang ramai ke dalam kelab tersebut. ACP Roslan maklum tentang minat belia pada masa kini yang gemar menunggang basikal sebagai aktiviti riadah.

Mengapa tidak bagi polis merapatkan hubungan dengan golongan belia menerusi hobi dan aktiviti riadah berbasikal?

Jumlah kes jenayah di sesebuah kawasan merupakan antara faktor yang dinilai oleh bakal pelabur sebelum menanam modal. Golongan peniaga tidak mahu rugi kerana kecurian atau keselamatan, justeru mereka memastikan keselamatan berada di tahap yang tinggi.

Dari situasi itu anda wajar tahu tentang kepentingan peranan polis dari aspek perniagaan.

Sehubungan itu polis Kuching menyasarkan penurunan lebih 10 peratus kadar jenayah dalam tahun 2012.

ACP Roslan dipetik menerusi akhbar Isnin memberitahu sasaran itu adalah berasaskan trend penurunan kes jenayah di bandar raya ini.

Katanya, masyarakat pada masa ini lebih percaya dan yakin dengan tugas polis dalam menjaga keselamatan.

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: