YangSaya Nampak

Lepas SPM apa nak buat?

In ekonomi, Pembangunan, Sarawak, SCORE on March 26, 2012 at 10:20 pm

PERSOALAN ‘apa nak buat’ lepas SPM di kalangan remaja yang baru meninggalkan alam persekolahan mungkin lebih hebat jika keputusan mereka tidak memadai untuk meneruskan pengajian ke universiti.

Apa hendak dikesalkan lagi – nasi sudah menjadi bubur – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Keputusan sudah diketahui dan anda gagal mencapai keputusan cemerlang.

Hakikat itu perlu diterima dan usah menoleh ke belakang dan mengeluh “mengapa dahulu aku tidak belajar rajin-rajin” – kata-kata sedemikian tidak mungkin akan memperbetulkan keputusan SPM anda.

Bagi yang cemerlang dan keputusannya melayakkan untuk menjejaki menara gading, mereka sudah boleh tersenyum dan merencanakan apakah kursus atau bidang yang ingin diambil apabila memohon masuk universiti.

Mereka yang mendapat keputusan yang ‘hidup segan mati tidak mahu’, mereka tidak perlu merasa kecewa dan menganggap masa depan mereka sudah gelap.

Orang kata kunci kejayaan dalam hidup ialah usah menoleh terlampau banyak ke belakang, sewajarnya kesilapan lalu dijadikan pembakar semangat untuk mengejar matlamat baru dalam hidup.

Terimalah hakikat bahawa tidak semua kita mampu meraih keputusan cemerlang dalam akademik – mungkin kita dianugerahkan Tuhan dengan kecenderungan lain.

Mungkin anda lebih cenderung terhadap kerja-kerja berkaitan teknikal dan bercirikan kemahiran.

Pembangunan dalam sesebuah negara bukan hanya memerlukan tenaga kerja dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. 

Jika demikian siapa yang akan merancang kerja-kerja lapangan seperti pembinaan paip gas, rekacipta bangunan atau membaiki kenderaan?

Rakan sekelas anda mungkin menyerlah dalam akademik, tidak semestinya anda juga sama kerana anda memiliki bakat dan kecenderungan yang lain.

Saya mengadaptasikan permasalahan lepasan SPM yang kurang menyerlah dalam bidang akademik ke dalam keperluan tenaga kerja Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ini bukan satu perkara baru untuk dibincangkan – saya sering mendengar di stesen radio Sarawak dan baca di akhbar tempatan tentang seruan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tentang kewajaran belia di negeri ini melengkapkan diri mereka dengan kemahiran.

SCORE katanya bakal mencetuskan fenomena baru terhadap keperluan tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal berikutan tumbuhnya industri seperti peleburan aluminium, hab halal dan industri berteknologi tinggi yang lain.

Peluang disediakan kerajaan tidak wajar dibiarkan begitu sahaja dan membiarkan ia direbut oleh tenaga kerja asing kerana anak muda tempatan tidak berminat atau tidak memenuhi tuntutan kemahiran.

Untuk mendapatkan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan SCORE saya rasa tidak sukar kerana ada panduan disediakan menerusi pelbagai saluran. Ada kalanya dimuatkan menerusi akhbar, radio dan televisyen.

Di Sarawak kita ada memiliki pelbagai pusat latihan kemahiran seperti Pusat Latihan Pembangunan Belia, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara, Giat Mara dan kolej-kolej swasta.

Berita berkaitan dipetik menerusi www.theborneopost.com.

S’wak perlu sedia kumpulan baru pekerja mahir untuk laksanakan SCORE, kata Taib

Posted on July 29, 2011, Friday

 

KUCHING: Sarawak perlu lebih bersedia dalam menyediakan satu kumpulan baru pekerja mahir yang besar bagi melaksanakan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Sarawak telah melakukan pelbagai perkara termasuk menyediakan infrastruktur serta pelaburan untuk SCORE de-ngan baik tetapi belum mencukupi bagi tenaga kerja mahir.

“Kita telah menyediakan banyak perkara dengan baik kecuali menyediakan perkara paling besar dalam pelaksanaan SCORE iaitu mewujudkan satu kumpulan yang lebih besar bentuknya iaitu pekerja mahir,” katanya.

Tambah beliau malahan menurut kajian yang dijalankan satu firma yang bekerjasama dengan kerajaan negeri bahawa 1.6 juta kerja yang wujud di SCORE menjelang tahun 2030 adalah pekerja mahir.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pe-laburan Domestik Sarawak anjuran bersama Lembaga Kemajuan Per-industrian Malaysia (MIDA), SME Corp dan MID Sarawak yang di-hadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Taib, dengan menyedia-kan pekerja mahir dalam industri di Sarawak ini mampu membawa kepada struktur ekonomi yang lebih baik serta mencapai matlamat eko-nomi berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun katanya, ia meru-pakan satu cabaran besar yang akan dihadapi Sarawak sama seperti ne-gara lain termasuk Singapura, Australia, China dan India yang memerlukan tenaga kerja mahir untuk membangun.

“Ini bermakna kita bersaing dengan mereka namun kita tidak boleh bersaing bersama mereka dengan menjangkakan untuk mendapatkan tenaga kerja mahir warga asing,” tegasnya.

Taib menjelaskan maka itu Sarawak perlu mempunyai tenaga kerja yang mahir mencukupi selain mengadakan pelbagai segmen dan kerja dalam memajukan industri di negeri ini.

Katanya, ia mampu menjadikan Sarawak merekrut sendiri masyarakat tempatan yang dipercayai bagi mewujudkan kemajuan industri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: