YangSaya Nampak

Mengubah persepsi Bumiputera – pendidikan bukan bebanan.

In ekonomi, Masalah masyarakat, Pembangunan, Pendidikan, Sarawak on March 25, 2012 at 2:34 pm

SAYA membaca majalah “Happenings in Sarawak” edisi terkini (Mac – Jun 2012) sebentar tadi.

Ia memuatkan beberapa rakaman temubual bersama para pemimpin di negeri Sarawak. 

Satu daripadanya ialah YB Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal).

Wawancara itu membincangkan pemikiran masyarakat kita yang masih menganggap pendidikan teknikal sebagai kelas kedua dalam dunia akademik selepas alam persekolahan.

Yang mana saya juga setuju dengan kenyataan Datu Len bahawa ia bukan begitu dan persepsi tersebut wajar diubah.

Dalam artikel temubual itu, beliau membincangkan tentang Tabung Amanah Bumiputera (TAB) yang dilihat amat penting dalam mencorak masa depan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

TAB dilancarkan pada 28 Februari 2012 selepas diwartakan pada 27 Januari 2012 dan mempunyai 11 orang ahli lembaga berperanan mempromosi pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan.

Menurut beliau TAB tidak menyediakan pinjaman pelajaran. Menerusi aktiviti promosi, TAB akan berusaha menyemai perasaan tanggungjawab di kalangan orang ramai terutama golongan ibu bapa.

“Agar pendidikan diberi keutamaan kerana apa yang saya nampak ialah mereka tidak melihat pendidikan sebagai satu bentuk pelaburan tetapi  satu bebanan terutama mereka yang hidup di luar bandar,” katanya dipetik menerusi majalah tersebut.

Ahli TAB dipilih di kalangan wakil rakyat kerana mereka mempunyai hubungan terus dengan rakyat di kawasan masing-masing.

“Jadi ketika apa jua majlis dan upacara, mereka akan membicarakan perihal pendidikan sebagai kunci kemajuan.

“Kumpulan YB-YB ini yang akan berkempen kepada orang ramai agar mereka prihatin terhadap kemudahan yang disediakan kepada Bumiputera untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknikal,” kata Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belawai.

Beliau berkata satu persepsi di kalangan orang ramai yang juga wajar dikikis ialah menjadikan pendidikan teknikal sebagai pilihan kedua dan berada di kelas kedua.

Malahan ia dianggap hanya untuk mereka yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti.

“Sebagai Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal, saya mahu menyemai persepsi yang baik di kalangan orang Sarawak tentang manfaat belajar dalam pendidik teknikal agar kita mampu mengisi pekerjaan yang dihasilkan menerusi SCORE,” katanya.

Menjelang tahun 2030, SCORE memerlukan pekerja seramai 1.6 juta orang dan sebelum itu menjelang tahun 2015, seramai 15,000 pekerja diperlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: